Thursday, January 7, 2010

Manusia atau syaitan?...

Akhir tahun 2009 ditutup dengan cerita sedih kematian 10 orang penumpang bas ekpress di lebuhraya Utar Selatan, maka nekcun mengharapkan kedatangan tahun baru 2010 ini tidak akan ada lagi keluarga-keluarga yang bersedih sebab kemalangan sedemikian.

Namun rupa-rupanya harapan nekcun itu benar-benar meleset!… benar… tidak ada kematian beramai-ramai sebab kemalangan jalanraya lagi, tetapi… apa yang berlaku adalah lebih dahsyat!… kematian beramai-ramai dalam keluarga yang mati dibunuh dengan kejam!..

Memang benar-benar kejam!... bayangkan bagaimana kepala salah seorang yang terbunuh itu boleh terputus dan di tanam di Shah Alam! Nekcun tak boleh nak bayangkan bagaimanalah agaknya perasaan si pembunuh itu ketika membawa kepala mayat itu dari Gemenceh ke Shah Alam? Tidak berhati perutkah dia?.. Tidak terdetikkah di hatinya bahawa kepala yang di bawanya itu adalah kepala mayat ayahnya sendiri?..

Sekiranya betul suspek yang sudah ditangkap itu benar-benar pembunuhnya!.. nekcun benar-benar tak tahu apa nak cakap!... memang dunia ini sudah hampir ke penghujungnya!.. Tak tahulah syaitan mana yang telah merasuk hati dan minda si pembunuh itu?… atau mungkinkah dia sendiri telah menjadi syaitan!.. Nauzubillahminzalik!…

Inikah yang dikatakan zaman moden yang manusia semuanya sudah maju dan berpelajaran? Sudah civilized? Oh!… civilized kah ini? Bagi nekcun, ini lebih teruk dari ‘babarian!’… jauh sekali civilized!..

Marilah kita sama-sama renung-renungkan… siapakah yang harus disalahkan kerana menjadikan lelaki itu begitu kejam sehingga tidak lagi mengenal darah dagingnya sendiri!… Haruskah manusia sebegini lahir ke dunia ini?…

Hanya Allah yang mengetahui segalanya!...

Nekcun selalu berdo’a semoga Allah akan sentiasa melindungi dan menyelematkan kita dan keluarga kita semua daripada manusia-manusia jahil dan kejam seperti pembunuh itu!..

3 comments:

maza said...

Manusia atau syaitan?

erk! mungkin jawapannya ialah jembalang gitew.. huhuhu

jembalang tanah pun boleh tahan nakalnyer.. hehehe

tetapi lelaki jembalang ala2 mcm buaya darat pun hebat juga.. asyik gatal nak ke seberang selantan siam.. kanzz...

huhuhu

chekdenoor said...

Salam,

Malaysia ni dah mula tak aman..... pelbagai kisah kekejaman dah mula berlaku..... chekdee risau memikirkan tentang keselamatan anak-anak dikemudiaan hari.

Hanya doa bekalan untuk perlindungan diri dari anasir yang tiada akal dan pertimbangan.

nin said...

hmm... jauhi la diri kita dr syaitan yg d rejam..

mmg sedih, tperanjat n takut bila tau berita tu.. nk kata salah didikan atau tidak bpelajaran rasanya bukan... pd sy diri org tu sndiri kalau mak ayah dh bg didikan n sekolahkan kita tuk jd org yg bpelajaran bukan salah mereka.. diri kita sndiri yg kna kuat n balance antara dunia n akhirat... x yah jauh2 la..renung je dri kita slalukan kita lmbatkan wkt sembhyg..leka.. n akhirnya jadi alpa..msa ni syaitan mula la cucuk jarum kt kita.. selebihnya diri kita nk ikut kata syaitan atau sebaliknya..

nauzubillah..mnta dijauhkan.. n mnta dikuatkan iman..