Wednesday, January 20, 2010

Macam mana kalau tak cukup kain?...


Ketika bercuti bersama atok di satu tempat di alam maya ini hujung tahun lepas (2009), sempatlah nekcun merakamkan beberapa gambar sekadar sebagai kenangan ketika kesunyian. Dalam merenung-renung gambar tu, terfikir oleh nekcun, macam manalah agaknya manusia ini akan berpakaian dalam tempoh sepuluh tahun lagi?

Nak tahu kenapa? Ketika bercuti itu, nekcun tengok mereka-mereka tu semua macam dah tak cukup kain nak tutup yang sepatutnya ditutup. (Nekcun pun bukanlah alim sangat… jadi tak berani nak komen lebih-lebih…)

Walaupun mereka bukanlah orang dari negara kita, tetapi nekcun tengok kat negara kita pun dah mula camtu!...



Nekcun jadi terasa janggal pulak bila cuba-cuba nak ikut macam depa ketika ‘berjemur’ di tepi pantai kerana lain sangat dari apa yang mereka pakai!... nekcun rasa tentu mereka berkata… “Hai orang Melayu nih.. ada hati nak berjemur dan tidur di tepi pantai, tapi pakai macam orang nak balik kampong, baik tak payah berjemur di tepi pantai!”… hehehe… (Itu agak-gak nekcun jer!..)



Tetapi, apa-apa hal pun, nekcun bangga dengan penampilan nekcun walau ke mana sahaja nekcun pergi!... tak kiralah negara yang ramai orangnya bagaikan tak cukup kain ataupun di mana sahaja.





p/s: Nekcun ada sorang kenalan yang akan menukar penampilan pakaiannya mengikut trend dan gaya pakaian di satu-satu negara yang dia lawati supaya tidak dikatakan ‘out-dated’…
Itulah kelebihan seseorang yang nekcun tak ada!.. tak ada kemampuan atau kekuatan hati nak menukar-nukar penampilan berpakaian...

4 comments:

maza said...

laaaa.. kenapa nekcun tak suruh atok tangkap gambar manusia itew dan tepek kat sini..

boleh ler sama2 kita ambil iktibar dan pelajari yg baik2 aje gitew..

hehehhehe

Tie said...

Maza ni...

kang tembel mata baru tau, hi hi hi..

Kalau yang bukan Muslim tu , mereka dah biasalah, dari kecik dok pakai bikini, tu yang tak rasa apa-apa pun.

Kalau sebangsa dengan kita tu saja nak buang tebiat kot !!

Che' Pit said...

salam ziarah

hmm gambar yg 1st tu kat kinabalu park kan.. kat bawah tu pintu masuk nak mendaki kinabalu.. sejuk tempat tu..

Nek Cun said...

Maza, nekcun tak adalah plak gambar kenalan nekcun tu sebab nekcun tak berani tangkap gambar ngan dia...takut kecanggihan dia berpakaian ngan nekcun cam langit ngan bumi jer... malu plak nekcun!... hehehe...

---

Tie... orang Islam pun dah ramai yang berani pakai bikini sekarang nih!... Eeemmm... tak berani nak komen sangat...

---

Che' Pit... yg 1st tul betul... tapi yang lain-lain tu bukan kat situ tapi kat hotel Nexus, Karambunai sbb atok suka golf course kat situ... CP dah sampia sana ke?... cantik kan tempatnya!... hehehe...