Wednesday, January 28, 2009

Kesempatan Bercuti...





Atok dan nekcun seronok betul bila anak teruna kami memohon untuk kami menghantar pinangan kepada keluarga gadis yang menjadi idamannya selama ini. Setelah urusan merisik yang dijalankan oleh abang ipar nekcun sebulan lalu, maka dipersetujui agar majlis pertunangan anak teruna nekcun ni diadakan pada cuti hari raya Cina nih!... Gambar semasa kami mula-mula sampai di rumah bakal besan nekcun.


Mengambil kesempatan yang rumah gadis itu di Taiping, Perak, Atok telah pun menempah beberapa bilik hotel di Lake Town Resort untuk kami sekeluarga bercuti dan berehat di samping melangsungkan majlis pertunangan anak teruna kami tu. Alhamdulillah… semuanya telah berjalan lancar. Nampaknya… tak lama lagi nekcun dan atok akan dapat menantu lagilah!... dan yang pasti akan bertambah pulak cucu nekcun nanti… (Tapi nekcun tetap rasa macam muda sokmo jer!... hehehe…perasan plak nenek nih!...) Sekadar dulang-dulang pemberian yang nekcun buat sendiri.... nak jimat belanja...hehehe...


“Akak… boleh tak anak saya main ngan anak akak?” seorang wanita berumur lingkungan 30an bertanya nekcun ketika nekcun dan atok membawa cucu nekcun yang sorang tu main water gliding di water park. Anaknya ingin main tetapi tiada pelampung lagi sebab semua sudah disewa orang lain, jadi anaknya nak naik sama dengan cucu nekcun.

“Okey!... boleh… no problem!” jawab nekcun. Tapi dalam hati rasa nak tergelak gak bila orang ingat nekcun bawa anak kecik begitu… (heeh… tak habis-habis perasan plak nenek nih!...). Nampak gayanya nekcun dan atok kenalah tukar pernampilan bila dah bertambah menantu nanti… hehehe…

Apa yang nekcun nak kongsi di sini bukanlah pasal nekcun perasan nih!.... hehehe… tetapi pasal keadaan ekonomi rakyat Malaysia nih… dalam kita sibuk-sibuk kegawatan ekonomi ni tetapi orang-orang Malaysia masih boleh bermewah-mewah, kerana ketika di Lake Town Resort tu nekcun tengok ramai betul yang datang bercuti di situ. Untuk bermain di water park pun dah jadi macam tak selesa kerana terlalu ramai.

Atok dan nekcun terpaksa gak pergi ke water park tu sekadar melayan kerenah cucu sorang nih!... Bila dikenang akan keadaan saudara Islam kita di Gaza, Pelastin terasa sebak pula di dada kerana anak cucu kita di sini masih boleh bersukaria dan bermewah-mewah sedangkan mereka di sana, nak tidur pun sudah tidak tenteram lagi, apatah lagi untuk bersukaria!... Ya Allah, lindungilah saudara Islam ku di Gaza, Pelastin dari kezaliman orang-orang Yahudi Laknatullah!...

Sunday, January 18, 2009

TIDAK KU PINTA...


Alhamdulillah, kelahiran “TIDAK KU PINTA” dengan Buku Prima akhirnya terlaksana jua. Pada hari Rabu lepas nekcun telah pun mendapat beberapa buah ‘complementary edition’ dari Buku Prima dan katanya InsyaAllah pada minggu ini (19/1/2009) novel nekcun itu akan mula boleh didapati di kedai-kedai buku.

Setiap kali menantikan keluaran novel baru, nekcun rasa macam menantikan kelahiran anak pula. Hati sentiasa berdebar-debar memikirkan adakah ianya dapat diterima dan memenuhi citarasa pembaca sekelian. Bagaimanapun, nekcun sentiasa berdo’a dan mengharapkan ianya akan mendapat sokongan dari peminat-peminat novel dan semua pembaca yang budiman.

Kehadiran ‘TIDAK KU PINTA’ di dalam dunia pernovelan kali ini di harap akan dapat banyak memberi iktibar dan tauladan kepada anak-anak muda di dalam mengharungi dunia percintaan dan juga alam kerjaya. Seperti yang nekcun sering nyatakan, dalam mengharungi kehidupan di dunia ini kita tidak akan dapat lari dari Cinta & Cita-Cita. Anak-anak remaja sering terleka ketika mengharungi kedua-dua era ini, maka adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa pula membimbing mereka ke jalan yang sepatutnya.

Oleh itu nekcun telah merangkumkan semua lapisan umur dan golongan masyarakat di dalam mewarnai watak-watak dan konflik-konflik yang diutarakan di dalam TIDAK KU PINTA. Ianya adalah cerita benar sebuah kehidupan yang telah diharungi oleh seorang insan yang mahu ianya dikongsi bersama oleh orang lain kerana baginya berkongsi pengalaman demi untuk kebaikan insan-insan lain adalah sesuatu yang amat bermakna!… Semoga pembaca sekelian seronok membaca novel ini.

Sinopsis: TIDAK KU PINTA.

Pengalaman pahit ketika ghairah memupuk cinta pertama bersama Kamal membuatkan Haryati terpaksa membina tembok yang menutup pintu hatinya dari diterjah lagi oleh perasaan cinta dari insan yang bergelar kekasih. Hancur luluh perasaan Haryati bila Kamal menghilangkan diri. Tambah memeritkan apabila peristiwa hitam yang dilalui bersama Kamal sentiasa memburunya sehingga membuatkan Haryati sering lemas sendirian.

Namun hidup mesti diteruskan walau apa pun badai yang melanda. Pemergian ibu bapanya dalam trajedi hiba turut menjadikan Haryati seorang gadis yang cekal menghadapi segala cabaran hidup ini. Bukan lagi cinta yang dikejar tetapi cita-cita yang menjulang tinggi menjadi sasarannya kini.

Dalam menggapai cita-citanya, pintu hati Haryati sering diketuk oleh lelaki yang sentiasa dahagakan cintanya. Dalam kepayahan Haryati terus cuba mempertahankan tembok yang dibina demi menjaga maruah yang sudah tercalar dari terus menghantui hidupnya.

Kecekalan dan kesabaran Haryati di dalam mengharungi hidup tanpa insan-insan yang disayangi menjadi lebih mencabar apabila ketua dan majikannya juga terus-terusan menduga emosi dan perasaannya. Kehadiran Dato’ Johari, seorang lelaki hartawan yang begitu prihatin terhadap liku-liku kehidupan Haryati benar-benar menduga kekuatan Haryati dari terus mengurung hatinya dalam tembok yang dibinanya.

Demi maruah diri, akhirnya Haryati pasrah akan jodohnya, walaupun dia tahu bukan mudah untuk hidup dengan lelaki itu lantaran terlalu banyak perbezaan dan halangan yang membelenggu mereka.

Dapatkah Haryati membina bahgia bersama lelaki yang telah mula dicintai dengan sepenuh jiwa dan raganya, walaupun setelah mengetahui siapa lelaki itu sebenarnya? Bagaimana pula Haryati mahu menepis segala fitnah yang mendatang lantaran Kamal tiba-tiba muncul kembali dalam hidupnya? Hanya “Tidak Ku Pinta” yang akan dapat memberikan jawapannya kerana apa yang berlaku bukanlah hak kita sebagai makhluk Allah untuk menentukannya!
Selamat membaca!....

Tuesday, January 13, 2009

Berjihad dan membaikot barangan Al-Kafirun!...

Sebelum mesyuarat pagi tadi nekcun dan beberapa kawan yang juga ahli mesyarat sempat berbual-bual pasal nak baikot barangan dari US / Israel. Maka mula dari kami tiga orang dah jadi semua orang pulak yang turut membincangkan isu itu. Dan tak secara langsung dah jadi macam satu agenda menyuarat pulak!... hehehe…

“Heh.. kalau macam tuh, apa lagi yang kita nak minum? Semua product nestle tak boleh… milo, Nescafe dan lain-lain sumenya kena baikot!...” rungut seorang teman tu..

“Ikut macam aku!... aku minum Ali cafĂ© jer!... kalo tak pun, kopi Radix… lagi best. Bukan takat sedap, power plak!... cuba kau beri hubby kau minum. Mesti dia suka punyer!...” seorang ‘mamat’ mengusik ‘minah’ yang merungut tadi.

“Hah… Hajjah!... nampaknya dah tak boleh nak pakai minyak wangi astee lauder lagilah yek!.. make-up pun kena tukar brandlah nampaknya!...” seorang teman lain mengusik nekcun pula.

“Tak mengapa… kerana saudara Islam ku di Gaza, saya sanggup pakai minyak wangi ‘Seribu Bunga’ dari Mekah ajer!... make-up pulak, pakai ajerlah Felisa cosmetic atau pun Safi… terjamin pulak halalnya!” jawab nekcun selamba!

“Betul ke tu, Hajjah!... mana ada class pakai brand local!...” teman itu mengusik nekcun lagi kerana dia memang tahu apa brand minyak wangi dan alat make-up yang nekcun selalu pakai.

“Hei… kita kenalah berubah!.. tadi beriya-iya sangat kutuk Yahudi tuh!... tak kanlah nak buat perubahan yang kecil begitu tak sanggup?” nekcun pula sengaja nak mengusik sambil mahu mencabar teman yang sorang nih!...

“Hajjah… tak apalah!.. dia pakai apa brand pun tetap ‘cun’ almaklumlah… nekcun!” dia terus lagi memperli nekcun. Kedengaran derai ketawa kekawan lain yang ada dalam bilik mesyuarat tuh!... berdesing juga telinga nekcun walau pun nekcun tahu mereka sajer mahu bergurau.

“Bukan kira cun atau tak cun!... objectif kita apa? Nak baikot kan? Nak berjihad, nak tegakkan kekuatan Islam kan? Jadi apa salahnya kita berkorban sikit untuk ugama dan saudara seugama kita!... Lagi pun, barang-barang keluaran Malaysia tak kurang juga kualitinya!... dan harganya pun murah pulak… jadi kita boleh ‘killed two birds with one stone!”.. Disamping membaikot barangan US/Yahudi, kita juga boleh meningkatkan atau membantu usahawan kita dan juga kita boleh menjimatkan belanja. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang sedang merudum sekarang ini!... Betul tak?” nekcun mula berhujah.

“Ini yang susah kalau nak challenge orang yang selalu buat ceramah!... kita cakap satu, dia jawab sepuluh fakta!... emmmm… tapi memang betullah apa yang Hajjah cakap tuh!...” seorang teman yang duduk bertentangan memberi komen.

Sebenarnya nekcun sendiri agak bimbang dengan keupayaan nekcun menahan nafsu membeli di dalam melaksanakan kempen membaikot barangan US/Yahudi ini kerana memang boleh dikatakan semua barangan yang disebutkan itu adalah keperluan harian dan memang ada banyak di rumah kita. Namun, demi tekad kita untuk membantu saudara seugama yang sedang dizalimi dan semangat jihad yang telah berkobar-kobar dalam hati ini, nekcun kuatkan hati juga untuk membaikot barangan-barangan terlibat.

Awal-awal lagi atok dan nekcun dah beri amaran pada anak-anak dan cucu nekcun supaya tidak lagi pergi ke Starbuck, MacD, KFC or Pizza. Walaupun pada awalnya mereka agak membantah, tetapi setelah mereka sendiri melihat gambar-gambar dan berita-berita yang menyayat hati itu, Alhamdulillah nampaknya semua anak-anak nekcun juga bersemangat untuk melaksanakan kempen membaikot barangan US/Yahudi itu.

Marilah kita sama-sama mendo’akan keselamatan dan kesejahteraan saudara kita di Gaza & Palestin. Semoga usaha kita ini akan diberkati Allah kerana bagi nekcun itu sahajalah yang mampu kami lakukan untuk berjihad membantu menegakkan ugama Islam.

Thursday, January 8, 2009

Adakah itu 'trend' masyarakat sekarang?

Semalam nekcun terkejut bila dapat panggilan dari kawan lama semasa di tingkatan lima. Entah dari mana dia dapat nombor telefon nekcun. Tapi apa-apa hal pun nekcun memang seronok sangat bila ada kawan lama yang masih ingat dan kenal nekcun!...

Yang paling seronok bila dia mula buka cerita kami pernah panjat pagar asrama dan ‘kantoi’ dengan warden bila balik lambat kerana terlepas bas selepas tengok wayang “King Kong”. Terbahak-bahak kami ketawa.

Selepas cerita gembira, tiba pulak cerita yang mengusik jiwa nekcun. Rupanya kawan nekcun ni sedang dalam kesusahan sebab kena turun naik mahkamah syariah kerana kes penceraian dengan suaminya masih belum selesai atas tuntutan nafkah anak dan harta sepencarian, sedangkan semua anak-anaknya sekarang ada dalam tanggungan dia kerana isteri baru bekas suaminya tidak mahu langsung tanggung anak tiri. Maklumlah dia masih muda jelita, jadi malu kalau orang tahu ada anak tiri!...

Nekcun rasa sedih sungguh bila tahu yang kawan nekcun tu baru bercerai dengan suaminya kerana bagi nekcun, dalam umur-umur kami yang sudah hampir melepasi waktu asar ni, bukanlah pepecahan yang sepatutnya berlaku tetapi adalah kesejahteraan kehidupan suami isteri dan anak-anak yang sepatutnya perlu dikukuhkan.

Kekadang nekcun pun naik hairan dengan trend masyarakat sekarang nih!... naik ‘confused’ dibuatnya!... si lelaki tua suka kepada perempuan muda dan si lelaki muda pula suka kepada perempuan tua…(rujuk kisah nek wook - Trengganu, dan beberapa artis/selebriti seperti Rosnah Mat Aris, Rita Rudaini dan ramai lagi). Adakah ini salah satu tanda-tanda dunia dah nak sampai ke penghujungnya?

Nasib baiklah kawan nekcun ni punya profession yang baik dan tidaklah terok sangat kalau suaminya tidak beri nafkah anak-anak. Tetapi sebagai suami dan ayah sepatutnya lelaki itu tahu tanggungjawabnya kerana di akhirat nanti pasti tanggungjawab itu akan dituntut!...

Agak geram juga hati nekcun bila dengar cerita kawan nekcun tuh!... Sebelum menamatkan perbualan sempat nekcun sarankan kawan nekcun tu cari lelaki lain yang lebih ‘mancho’ dan muda dari bekas suaminya itu kerana dia pun masih cun (macam nekcun gak!... hehehe… perasanlah plak nenek nih!...). Tambahan dengan kekayaan yang dia ada, nekcun rasa ramai lelaki yang masih mahu melamarnya. Lagi pun, sekarang kan trend lelaki muda suka kahwin perempuan berumur!... (bukan tua yer!... Cuma nombor umur tu tinggi sikit!... Macam nekcun lah!... hahahaha… perasan lagi lak nenek nih!...) Biar padan muka bekas suaminya tuh!...

Entahlah!... nekcun pun tak tahu apa nak jadi dengan cara kehidupan masyarakat kita sekarang ini. Ada perkara-perkara yang tak pernah kita fikir akan terjadi telah terjadi. Naik takut pula nekcun memikirkannya!... Semoga Allah akan sentiasa merahmati dan memberikan HidayahNya kepada kita untuk kebahgiaan kehidupan di dunia dan akhirat. Kepada kawan nekcun tuh!... nekcun harap dia dapat bersabar menempuh dugaan Allah itu kerana sesungguhnya Allah sedang merancang yang terbaik untuknya. InsyaAllah.

p/s: Nekcun masih tetap sayang Atok walaupun dah tua dan tak ‘mancho’ lagi… hehehe…

Tuesday, January 6, 2009

Seronok dapat tambah ramai kekawan!....


Sebelum tahun 2008 menutup tirai, pihak Buku Prima telah mengadakan perjumpaan kepada semua penulis-penulisnya. Walaupun buku nekcun dengan BP masih dalam proses dan InsyaAllah akan berada di pasaran pada pertengahan Januari ini, pihak BP telah sudi juga menjemput nekcun ke perjumpaan tersebut. Seronok betul nekcun sebab dapat jumpa ramai kekawan baru dari kalangan penulis-penulis yang telah lebih 'senior' berkecimpong dalam bidang penulisan


Macam nekcun cakap pada mereka, mungkin dari segi umur nekcun memang lebih 'senior' dari mereka, tetapi dari segi pengalaman dalam bidang penulisan mereka lebih lagi 'expert' dari nekcun. Sebab itulah nekcun memang rasa seronok sangat dapat berjumpa dan bertukar-tukar fikiran dengan kekawan baru nih...

Kekadang nekcun rasa bersyukur sangat bila mendapat sokongan padu dari insan-insan yang disayangai dan kekawan yang sentiasa ikhlas membantu nekcun bila nekcun tiba-tiba hendak 'menerjunkan' diri nekcun ke dalam bidang penulisan ini walaupun secara dasarnya profession sebenar nekcun amat berbeza dengan bidang ini. Bagi nekcun, tiada apa yang akan menghalang cita-cita kita sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh. "Nothing is too late! Something is better than nothing!"

Kepada semua kekawan yang mengenali nekcun, ketahuilah bahawa nekcun memang benar-benar menghargai persahabatan kelian dan amat berharap siratulrahim ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat!...
P/s: Ila... terima kasih kerana membenarkan nekcun 'cilok' gambar-gambar nih dari blog Ila... Kekawan penulis yang lain, ma'af nekcun tak ingat nama sebenar kekawan... harap kita akan dapat terus berhubungan...

Saturday, January 3, 2009

Ma'al Hijrah 1430 Vs Tahun Baru 2009.

Dalam keghairahan menyambut tahun baru Masehi & Hijrah (2009 & 1430), nekcun tiba-tiba jadi amat sedih dan risau kerana teralu banyak perkara yang kita tidak mahu lihat tetapi tetap terjadi. Maksiat, kezaliman dan kematian seolah berlumba-lumba menonjolkan kehadiran mereka di tahun baru ini.

Hati nekcun amat sedih melihat gambar-gambar insan-insan yang tidak berdosa terutamanya anak-anak kecil yang terkorban oleh kezaliman Yahudi terhadap orang-orang Islam di Gaza. Mengapakah dalam keadaan ekonomi global yang kian meruncing ini, Al-kafirun ini masih tamak dan sentiasa rakus menindas umat-umat Islam yang tidak berdosa ini? Apakah tindakan kita sebagai umat Islam di dalam membantu saudara seugama kita ini? Marilah kita sama-sama mendo’akan kesejahteraan umat Islam di dunia ini…

Tanpa kita sedari, di Malaysia juga umat Islam telah dizalimi dengan cara yang amat halus. Berita pesta seks yang melibatkan actress dan pembaca berita TV adalah salah satu kisah penzaliman yang amat memalukan kita umat Islam di Malaysia ini. Cara Al-kafirun menzalimi kita di Malaysia memang amat berbeza dengan cara yang di alami oleh saudara kita di Palestin, tetapi impaknya kepada Islam tetap sama!…

Nekcun amat sedih bila mengenangkan ramai anak-anak Melayu (tentu kebanyakkannya Islam) berasa amat bangga di dalam meraikan sambuatan tahun baru dengan acara-acara yang akan meningkatkan aktiviti maksiat itu!… Tidakkah kita merasa insaf bahawa tahun Ma’al Hijrah juga baru berlalu dan macam-macam azam yang kita sematkan untuk menyambut Ma’al Hijrah tetapi mengapa begitu mudah pula kita rosakkan azam yang murni itu dengan aktitivi maksiat dalam hanya selang dua hari selepas menyambut Ma’al Hijrah!… Tidakkah perbuatan ini benar-benar menghina Islam????….

Eeemm… entahlah… nekcun sendiri tak tahu apa yang akan terjadi kepada kita umat Islam di Malaysia ini…. Sekadar ingat mengingati sesama kita sahajalah yang nekcun mampu buat sekarang ini… Semoga Allah akan sentiasa melindungi kita, dan keluarga kita dari segala aktiviti yang menghina umat Islam ini… Marilah kita sama-sama mengingatkan diri kita dan keluarga kita untuk mengukuhkan ukhwah antara kita agar Islam tidak di zalimi dalam apa bentuk sekali pun. InsyaAllah…