Bagai nak pecah perut nekcun tergelak bila Kak June cerita pasal kisah2 sensasi yang hebuh dikatakan sekarang iaitu ramai suami-suami yang kena dera oleh isteri-isteri mereka!.. Macam tak percaya ajer nekcun dibuatnya kerana apa yang sering nekcun baca dalam Harian Metro ialah suami-suami yang tak sudah-sudah 'membelasah' isteri-isteri mereka, seperti cerita minggu lepas kalau tak silap nekcun ada satu kes di mana seorang suami sanggup memukul isterinya yang sedang mengandung hanya kerana si isteri menegur suaminya itu supaya tidak selalu sangat lepak dengan kawan-kawannya sehingga lupa waktu solat.
"Betul, Kam!..." Kak June menekankan suaranya seolah mahu meyakinkan nekcun.
"Macam mana si isteri tu dera suaminya? Kuat sangat ke dia sampai boleh membelasah suaminya sehingga cedera tu? Ni mesti kes perempuan tu ada belajar tekwando sampai 'black-belt' ni..." balas nekcun sambil terus tertawa terkekeh-kekeh.
"Kak June tak tahulah pulak macam mana perempuan tu membelasah suaminya, tetapi apa yang Kak June dengar tu, suaminya memang cedera kerana didera oleh isterinya!..." ujar Kak June memberitahu.
"Huh!... kalau camtu memang terror lah perempuan tu!..." balas nekcun lagi kerana memang nekcun kagum dengan keupayaan wanita yang boleh 'membelasah' lelaki.
"Mungkin perempuan tu dah tak tahan lagi dengan perangai suaminya agaknya!... Jadi mungkin dia sudah naik histeria lalu membelasah suaminya!... kerana orang yang kena histeria memang kuat tenaganya!..." Kak Gee yang hanya mendengar sejak tadi menyampuk.
"Mungkinlah agaknya!.." Kak June menyetujui sambil mengangguk-ngangguk.
"Itulah salah satu tanda akhir zaman agaknya!.." nekcun menambah.
"Tak tahulah apa nak jadi dengan masyarakat kita di Malaysia sekarang ni... sana sini kita dengar orang mengamuk, bergaduh, dan bunuh membunuh tu dah macam perkara biasa sahaja!... Heeehh... takut pulak rasanya ya!..." Kak June menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tak setuju benar dengan keadaan sosial sekarang ini.
"Eeemmm... entahlah!... Macam dah tak ada iman atau ugama lagi agaknya semua mereka tu!.." Kak Gee turut menyuarakan kebimbangannya.
"Itulah akibatnya apabila kehidupan kita hanya berlandaskan keperluan duniawi sahaja!... Orang sentiasa sebuk mencari harta dan keperluan hidup di dunia sahaja tanpa mengujudkan Allah dalam setiap perlakuan mereka!... Apa yang mereka kejar adalah duit, duit, duit dan keseronokkan kehidupan yang sementara ini sahaja!... Mereka jadi lupa akan dosa dan pahala apabila hanya mengejar kehidupan dunia yang mereka tidak sedar hanya sebuah pentas yang tidak mampu memberi ketenangan dalam hati mereka sebaliknya lebih memberi tekanan kepada jiwa mereka sehingga membuatkan mereka hilang pertimbangan jika apa yang mereka kehendakki terhalang!.. Kita tidak sedar bahawa ramai orang yang sedang sakit jiwa sebenarnya sekarang ini dan sebab itulah terlalu banyak masaalah sosial dan jenayah yang berlaku di Malaysia sekarang!.." Kak Zah yang hanya mendiam sejak tadi menyuarakan pendapatnya.
Secara dasarnya nekcun memang setuju dengan apa yang dikatakan oleh Kak Zah itu. Apabila kita terlalu mengejar dunia, kita akan jadi stress kalau apa yang kita kejar itu tak dapat. Dunia ini adalah ibarat bayang-bayang, lagi kita mengejarnya, lagi jauh dia menyasarkan kita dan akhirnya kita juga yang akan kepenatan kerana pastinya kita tidak akan dapat menangkap bayang-bayang dan tidak mustahil juga kita mungkin akan tersungkur kalau kita tidak dapat mengawal kepenatan yang dialami oleh hati dan jiwa ketika mengejar dunia yang hanya sementara itu.
Ianya amat berbeza jika kita menjadikan akhirat sebagai destinasi yang kita kejar kerana akhirat itu adalah yang kekal. Apabila kita mengejar akhirat sudah pasti kita akan mengujudkan Allah dalam hati kita dan juga pada setiap perbuatan kita di dunia ini kerana kita tahu bahawa Allah yang akan menunggu kita di akhirat kelak. Jika hati dan jiwa kita penat ketika mencari kehidupan di dunia ini, kita boleh memohon kepada Allah untuk membantu kita kerana kita yakin Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pemurah apabila kita telah mengujudkan NYA di dalam hati kita. Tetapi bagi mereka yang hanya mengejar dunia dan tidak pula kesah untuk mengujudkan Allah dalam hati mereka, bagaimanakah mereka mahu memohon pertolongan Allah sedangkan mereka tidak mengenal atau mengingati Allah menurut cara yang sepatutnya?
Begitu jugalah kehidupan suami isteri dan rumah tangga. Kalau kita banyak menjadikan akhirat sebagai destinasi yang kekal untuk rumah tangga kita, maka sudah pasti kita akan berusaha melaksanakan tanggungjawab kita berlandaskan ajaran Allah yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadith disamping Sunnah-sunnah Rasulullah. InsyaAllah, pastinya rumah tangga kita akan kekal bahgia sehingga ke akhirnya apabila setiap kita menjadikan Nabi Muhammad SAW dan Saidatina Khadijah sebagai 'role model' kita.
Namun apabila suami atau isteri tidak menjadikan Al-Quran dan Hadith sebagai panduan di dalam melayari bahtera rumah tangga, maka tidak hairanlah apabila bahtera mereka 'karam dan hancur' sebelum sempat sampai ke destinasi yang kekal di akhirat kelak. Dengan sebab itu jugalah maka sekarang ini sering benar kita dengar berbagai cerita yang memualkan dan menakutkan tentang kehancuran institusi kekeluargaan dan rumah tangga di Malaysia ini. Nauzubillah!...
Siapakah yang harus dipersalahkan sekiranya masaalah sosial dan jenayah yang kian meningkat di kalangan masyarakat Islam akibat dari kehancuran institusi kekeluargaan dan rumahtangga?... Bertamadunkah kita apabila setiap hari terdapat bayi-bayi yang dibunuh / dibuang seperti zaman jahiliah dulu?... Berbaloikah kita menjadi rakyat di dalam negara yang kononnya sudah maju dan setanding dengan negara-negara barat?... Apakah tindakan Pemimpin negara, Ahli Ugama/ Para Ulama, Ibu bapa dan diri kita sendiri di dalam menangani masaalah ini?... Marilah kita sama-sama fikir-fikirkan supaya kita tidak akan didakwa ketika bertemu dengan Allah kelak!... Wallahualam...