Tuesday, February 23, 2010

I missed it very much!...





On days like this
When all I do is just unwind
Thoughts of you…
Find their way into my mind…

A familiar place
Half remembered sounds
A smell so sweet
Loneliness so profound…

Bring me back
To those days
When we were together
Just you & me!...


p/s: sometimes we might want to hold on those memories that once made us happy eventhough we are appeared to be happier nowdays!... only person who knew would appreciate the moments that we had left behind....

Tuesday, February 9, 2010

Berbaloikah menyambut Hari mengingati Kekasih?...

“Apa istimewanya 14 February?” tiba-tiba Shidah bertanya ketika nekcun dan kekawan sedang pot-pet-pot-pet sementara menunggu pengerusi mesyuarat masuk.

“Hai… takkanlah itu pun you tak tahu? Valentine’s Day!…” balas Dani yang tiba-tiba sahaja berpaling ke arah kami. Mungkin soalan Shidah tadi telah menarik minatnya.

“Iyalah!… I tahulah Valentine’s Day!… tapi apa istimewanya bagi kita orang Islam? Bukankah itu adalah budaya bagi ugama Kristian, bukan ugama Islam!…” Shidah mengomen, selamba.

“Entah!… I pun hairan juga!… bila tiba sajer Valentine’s Day tu sekarang ni… I tengok, orang Melayu pulak yang lebih-lebih menyambutnya!.. terutamanya budak-budak muda sekarang ni, sebuk ingatkan kekawan pasal 14 haribulan tuh!…” Munah menyampok dengan dahi yang berkerut-kerut seolah keliru pulak.

“Tentulah!… kan sekarang ni 1 Malaysia!... jadi apa-apa perayaan pun mestilah disambut bersama!... tak kiralah ugama mana yang punya!… Lagi pun Valentine;s Day tu kan maknanya Hari mengingati Kekasih!… itulah agaknya anak-anak muda ni beriya-iya sangat nak menyambutnya!…” sambil tersenyum nakal Dani menjawab.

“Eeemm!… elok sangatlah tuh!... you all tahu tak, dalam akhbar STAR semalam (Isnin) ada berita mengatakan, Pihak Berkuasa tengah sebuk memantau aktiviti remaja-remaja termasuklah pelajar-pelajar IPT yang merancang hendak mengadakan pesta menyambut kononnya Hari mengingati Kekasih nih!… dah tu… you all tahu tak apa yang mereka rancang?…” sambil membeliakkan matanya Shidah bertanya dengan nada geram.

“Apa bendanya? I tak baca STAR sebab I sekolah Arab!… “ balas Dani lagi sengaja nak mengusik Shidah.

“Mereka nak buat pesta yang pesertanya tak boleh pakai ‘underwear atau panties’ kalau nak join pesta tuh!… “ terus dengan mata yang membulat Shidah mengetapkan bibirnya.

“Underwear tu apa? Kan I ni sekolah Arab… tak faham semua tu!..” sambil tertawa kecil Dani terus mengusik.

“Heh!… kenapa bengap sangat you ni?… sajer nak kena budak nih!.. seluar dalam lah!… takkanlah itu pun you tak tahu!…” seolah geram betul, Shidah menjegilkan biji matanya pada Dani.

“Ooooh!… manalah I nak tahu… I ni kan innocent, suci, lurus bendul…” sambil ketawa terbahak-bahak Dani terus mengusik Shidah.

“Eh!… kenapa pulak sampai begitu?” Munah pulak bertanya bagaikan tidak percaya apa yang dikatakan Shidah tadi.

“Itulah yang Pihak Berkuasa sedang pantau nih!… bebudak ni nak buat maksiatlah!… dari pesta menyambut Hari mengingati kekasih terus lajak jadi pesta sex bebas pulak!… Hai… entah apalah nak jadi zaman sekarang nih?… Na’uzubillah!… takut betul I mendengarnya!…” keloh Shidah dengan nada yang amat kesal.

“Sebenarnya I pun macam tak percaya bila baca berita tuh… dan yang tambah menyedihkan, rupanya aktiviti tu bukan sahaja setakat kalangan pelajar IPT tetapi termasuk juga pelajar-pelajar sekolah Menengah!.. mereka menyebarkannya melalui kawan-kawan secara rahsia!… Hai… takut betul memikirkannya bila teringat kita pun ada anak-anak yang tengah remaja sekaran nih!…” Zila yang senyap sahaja dari tadi tiba-tiba menyampuk.

“You all tahu tak, dalam akhbar tu ada juga menyatakan bahawa pihak JPN mengesahkan bahawa lebih kurang seramai 257,000 kanak-kanak yang dilahirkan dan didaftarkan dari tahun 2000 sehingga 2008 tidak mempunyai nama bapa!… ini bermakna besar kemungkinan mereka ini anak luar nikah!… hhoooiiii… terkejut betul I dibuatnya!…” tambah Zila lagi bila melihat kami semua menumpukan perhatian terhadap kata-katanya tadi.

“Heh!… seram sejuk I mendengarnya!…apalah nak jadi dengan anak-anak remaja sekarang ni?… Inilah bahananya kalau Negara kita terlalu moden, kurang kesedaran dan didikan ugama. Tambahan peluang hiburan terlalu berleluasa tanpa kawalan!… jadi siapa yang nak disalahkan?…” dengan nada penuh kesal juga Munah mengeluh.

“Heeemmm… entah berapa ramai pulak lagi akan lahir anak-anak yang tidak ketahuan bapanya selepas 9 bulan 10 hari dari tarikh 14 February nanti?… Berbaloikah anak-anak remaja kita menyambut hari mengingati kekasih itu?…” tanpa diduga Dani yang suka menyakat tadi turut menyuarakan kebimbangannya.

"Alaah!... bukan takat setiap 14 February... tapi setiap lepas 31 December atau pun 31 Ogos, kalau di Malaysia ni... akan adalah anak-anak yang akan lahir tanpa bapa sembilan bulan kemudian!..." dengan muka selamba deeeknya Shidah menambah. Mungkin dengan perasaan geram dan kesal juga agaknya.

Bagi nekcun, apa yang dibincangkan itu bukanlah sesuatu yang boleh kita pandang ringan!… Fakta tentang bilangan anak yang lahir tanpa bapa yang dinyatakan dalam akhbar itu adalah sesuatu yang memang memeranjatkan nekcun!.. bukannya ratus tetapi ratus ribu!!!.. Lalu nekcun teringat pada satu ketika tahun lepas, ada nekcun terbaca dalam sebuah akhbar Melayu (tak ingat akhbar apa) yang menyatakan bahawa dalam satu kaji selidik yang telah dijalankan terhadap setiap 15 orang remaja, 8 orang dari mereka telah pernah melakukan sek pada peringkat sekolah menengah!... Khhuuusss... bagai nak luruh semangat nekcun membacanya!...

Marilah kita renung-renungkan, apakah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa, sebagai seorang Islam dan juga rakyat yang prihatin terhadap kehidupan masyarakat sekeliling kita!… Semoga Allah akan sentiasa melindungi anak-anak dan keluarga kita dari gejala maksiat yang boleh manghancurkan kehidupan di dunia dan juga di akhirat!…

P/s: Nekcun akan sentiasa berselawat ketika menyambut 'Hari Mengingati Kekasih nekcun' pada setiap 12 Rabiul Awal… InsyaAllah…