Monday, January 25, 2010

Tidak perlu lagikah yang asli?....

Ketika berbual dengan kekawan pagi tadi, entah macam mana tiba-tiba terkeluar pula cerita pasal sekarang ni senang betul kalau seseorang pompuan tu nak nampak cantik. Macam –macam alat kecantikan yang terdapat di pasaran sekarang ini.

Yang gemok boleh dikuruskan, rambut yang nipis boleh dilebatkan, kuku yang pendek boleh dipanjangkan, pipi yang kendur boleh ditegangkan, hidung yang kemek boleh dimancungkan dan yang terbaharu bulu mata yang pendek boleh dipanjangkan dan dilentikkan untuk menjadikan renungan seorang wanita itu kelihatan romantis dan menggoda! Bukan pakai bulu mata palsu atau mascara, tetapi bulu mata yang ditanam di kelopak mata!

Terkejut juga nekcun mendengarnya!... huuhhuuuuhh... punyerlah canggih manusia sekarang nih!.. semuanya boleh diubah-ubah!... kekadang takut juga nekcun mendengarnya kerana bagaikan manusia ini sudah tidak lagi menghargai anugerah Allah!... Sedangkan, Allah telah jadikan manusia ini adalah sebaik-baik makhluk, yang paling lengkap kejadiannya!...

Kalau sudah begitu kecanggihannya, di manalah agaknya kecantikkan asli seorang wanita itu?... atau pun adakah lelaki memang lebih mengutamakan kepada yang cantik-cantik sahaja tanpa mengira lagi yang asli atau tiruan?... dan sebab itu jugalah wanita sanggup berhabisan membelanjakan wang untuk kecantikkan yang boleh diubah-ubah itu?...
Eeemmm... itukah kecanggihan zaman millennium ini atau pun itukah tanda dunia ini hampir kiamat?... siapakah yang sanggup menjawabnya?...


p/s: nekcun tetap suka mata cucu nekcun yang jernih dan bulat ini... Itulah anugerah Allah untuk cucu tersayang... Semoga Allah akan memeliharanya dengan sebaik-baiknya!.. InsyaAllah!...

Alahai cucu nenek!... hehehe...

Wednesday, January 20, 2010

Macam mana kalau tak cukup kain?...


Ketika bercuti bersama atok di satu tempat di alam maya ini hujung tahun lepas (2009), sempatlah nekcun merakamkan beberapa gambar sekadar sebagai kenangan ketika kesunyian. Dalam merenung-renung gambar tu, terfikir oleh nekcun, macam manalah agaknya manusia ini akan berpakaian dalam tempoh sepuluh tahun lagi?

Nak tahu kenapa? Ketika bercuti itu, nekcun tengok mereka-mereka tu semua macam dah tak cukup kain nak tutup yang sepatutnya ditutup. (Nekcun pun bukanlah alim sangat… jadi tak berani nak komen lebih-lebih…)

Walaupun mereka bukanlah orang dari negara kita, tetapi nekcun tengok kat negara kita pun dah mula camtu!...



Nekcun jadi terasa janggal pulak bila cuba-cuba nak ikut macam depa ketika ‘berjemur’ di tepi pantai kerana lain sangat dari apa yang mereka pakai!... nekcun rasa tentu mereka berkata… “Hai orang Melayu nih.. ada hati nak berjemur dan tidur di tepi pantai, tapi pakai macam orang nak balik kampong, baik tak payah berjemur di tepi pantai!”… hehehe… (Itu agak-gak nekcun jer!..)



Tetapi, apa-apa hal pun, nekcun bangga dengan penampilan nekcun walau ke mana sahaja nekcun pergi!... tak kiralah negara yang ramai orangnya bagaikan tak cukup kain ataupun di mana sahaja.





p/s: Nekcun ada sorang kenalan yang akan menukar penampilan pakaiannya mengikut trend dan gaya pakaian di satu-satu negara yang dia lawati supaya tidak dikatakan ‘out-dated’…
Itulah kelebihan seseorang yang nekcun tak ada!.. tak ada kemampuan atau kekuatan hati nak menukar-nukar penampilan berpakaian...

Friday, January 15, 2010

Chocolates!.. oh chocolates!...



Setelah beberapa hari nekcun tidak berada di pejabat kerana bertugas di luar kawasan, pagi tadi nekcun dikejutkan dengan sesuatu yang tidak disangka-sangka ketika sampai di pejabat.

Di atas meja nekcun terlihat sebuah bakul yang sarat dengan barangan kegemaran nekcun. Wuuuhhh… bestnya!… chocolate yang berbagai jenis!… Namun hati nekcun tiba-tiba jadi gusar kerana memikirkan siapakah gerangan yang telah bermurah hati memberi nekcun semua itu.

Segera nekcun menarik sampul surat yang terselit di bakul itu… dan membacanya!… hati nekcun jadi tambah gusar kerana ianya hanya tertulis…
I really hope you like those chocolates!.. I’m one of your novel readers!… I know you like chocolates and.... hope those chocolates will give you more inspiration to write more novels!.. Wish you all the best & happy new year!.. I'm waiting for your next novel...”

Terkedu sebentar nekcun dibuatnya!… Namun… Alhamdulillah!... mungkin itu sudah rezeki nekcun agaknya!… Iyalah... dalam novel-novel nekcun, suka juga nekcun selitkan pasal makan chocolates, terutamanya dalam novel Menggamit Syurga Firdaus, jadi mungkin dari situlah dia tahu yang nekcun suka chocolates agaknya!...

Walau apa-apa pun, memang nekcun suka chocolates!.. dan kepada insan yang bermurah hati itu, sekiranya anda ada mengikuti N3 nekcun ini, ketahuilah bahawa nekcun benar-benar ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih… I really like the chocolates!… it makes my day sweeter today!… hehehe…

Thursday, January 7, 2010

Manusia atau syaitan?...

Akhir tahun 2009 ditutup dengan cerita sedih kematian 10 orang penumpang bas ekpress di lebuhraya Utar Selatan, maka nekcun mengharapkan kedatangan tahun baru 2010 ini tidak akan ada lagi keluarga-keluarga yang bersedih sebab kemalangan sedemikian.

Namun rupa-rupanya harapan nekcun itu benar-benar meleset!… benar… tidak ada kematian beramai-ramai sebab kemalangan jalanraya lagi, tetapi… apa yang berlaku adalah lebih dahsyat!… kematian beramai-ramai dalam keluarga yang mati dibunuh dengan kejam!..

Memang benar-benar kejam!... bayangkan bagaimana kepala salah seorang yang terbunuh itu boleh terputus dan di tanam di Shah Alam! Nekcun tak boleh nak bayangkan bagaimanalah agaknya perasaan si pembunuh itu ketika membawa kepala mayat itu dari Gemenceh ke Shah Alam? Tidak berhati perutkah dia?.. Tidak terdetikkah di hatinya bahawa kepala yang di bawanya itu adalah kepala mayat ayahnya sendiri?..

Sekiranya betul suspek yang sudah ditangkap itu benar-benar pembunuhnya!.. nekcun benar-benar tak tahu apa nak cakap!... memang dunia ini sudah hampir ke penghujungnya!.. Tak tahulah syaitan mana yang telah merasuk hati dan minda si pembunuh itu?… atau mungkinkah dia sendiri telah menjadi syaitan!.. Nauzubillahminzalik!…

Inikah yang dikatakan zaman moden yang manusia semuanya sudah maju dan berpelajaran? Sudah civilized? Oh!… civilized kah ini? Bagi nekcun, ini lebih teruk dari ‘babarian!’… jauh sekali civilized!..

Marilah kita sama-sama renung-renungkan… siapakah yang harus disalahkan kerana menjadikan lelaki itu begitu kejam sehingga tidak lagi mengenal darah dagingnya sendiri!… Haruskah manusia sebegini lahir ke dunia ini?…

Hanya Allah yang mengetahui segalanya!...

Nekcun selalu berdo’a semoga Allah akan sentiasa melindungi dan menyelematkan kita dan keluarga kita semua daripada manusia-manusia jahil dan kejam seperti pembunuh itu!..

Sunday, January 3, 2010

Rasanya masih belum terlambat...

Agak lama juga nekcun tak menjengah teratak buruk nekcun ni kerana baru sahaja balik dari bercuti. Elok lepas kenduri menyambut menantu adik nekcun tempoh hari, atok ajak nekcun bercuti… maklumlah cuti masih banyak yang belum dihabiskan… apa lagi… pergi makan anginlah!... (Perasanlah macam orang pergi honeymoon pulak!)… hehehe…

Walaubagaimana pun, nekcun rasa masih belum terlambat untuk nekcun mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010 kepada kekawan semua. Semoga tahun 2010 ini akan membawa kita lebih keberkatan dan kemakmuran dalam kehidupan di dunia ini dan di akhirat kelak.

p/s: Nekcun rasa pun masih belum terlambat lagi nekcun nak tambah azam tahun baru nih!... azam nak tambah menantu dan tambah cucu!... hehehe…