Would like to share some good phrases and quotes?
Here they are… Although it may not right to some peoples but it could be good to some other peoples. Whatever it is,… in my opinion, it is something to ponder…
Love your job but don't love your Company
Because you may not know when your company stops loving you. (… hehehe…. This really make me laughed!...)
What is the Secret of SUCCESS... ? "RIGHT DECISIONS"
How do you make Right Decisions... ? "EXPERIENCE"
How do you get Experience.. . ? "WRONG DECISIONS
Without your involvement you can't succeed.
With your involvement you can't fail.
You are not responsible for what people think about you.
But you are responsible for what you give them to think about you.
A man is lucky if he is the first love of a Woman.
A woman is lucky if she is the last love of a man. (I wonder why?... hehehe…)
Write your Sad times in Sand (so it can be washed away when its healed)
Write your Good times in Stone (so we can read it the whole life time)
Behind every successful man, there is an untold pain in his heart.
It's better to lose your Ego to the one you Love,
than to lose the one you LOVE because of EGO.
Don't make promise when you are in JOY .
Don't reply when you are SAD.
Don't take decisions when you are ANGRY.
Think twice, Act wise.
BE happy...!
Monday, April 6, 2009
The lazy Sunday morning...
Posted by
Nek Cun
at
11:39
10
comments
Monday, March 30, 2009
Jawapan kepada "Bloggers Treasure Hunt"
Nekcun amat-amat menghargai kekawan yang telah menghantar melalui e-mail. Bagaimana pun, oleh kerana memang tatacara “Treasure Hunt’ ni mesti ada waktu tertentu, maka nekcun akan menamatkan tempoh ‘Treasure Hunt’ ini hari ini.
Dibawah ini nekcun sertakan jawapan-jwapan yang betul jadi kekawan yang dah memberi maklumbalas melalui e-mail tu bolehlah tengok samada jawapan kekawan betul ke tidak!.... hehehe…
Soalan dan Jawapan:-
1) Kecil betul tulisan si Mamat nih!...
Mixed & arrange (Kecil & tulisan)
Jawapan : Celik Huruf (Blog RMN)
2) Engkau selalu membuatku rasa rindu pada sidia yang suka usik aku dulu.
Observation: rasa rindu / usik aku dulu (phrasa)
Jawapan : Memori - Tie (Blog kaytieze)
3) Come on Brother!... it’s too long!...
Translation & sound: Brother & long
Jawapan : Abang Long (Blog novelman)
4) Tom & Jerry yang selalu buat kita ketawa kerana suaranya yg merdu
Character & acronym: Tom & Jerry (ada 2 gigi panjang & suara merdu – Mersik)
Jawapan : Pokcik (Blog Mersik)
5) Kita perlu memandang ke belakang untuk mencari azam kita yang tertinggal.
Observation & arrange: (Pandang belakang cari AZAM)
Jawapan : MAZA (Blog Gubuk Kecil Jalanan)
6) Kekawan kata di rumah ini senang dapat rezeki.
Observation & translation: ( senang dapat rezeki)
Jawapan: Izman (Blog : izzi-income.blogspot.com)
7) Lama dah nekcun tak balik kampung…
Observation: (balik kampong – desa)
Jawapan : Lela (Blog : Desaalam)
8) Mai sini lah chek ooi!… di luaq banyak cahaya…
Observation: (Chek di Cahaya – makna nur / cahaya)
Jawapan : Chekdeenoor
9) Drama TV tahun 80-an yang popular…
Character: (Drama TV popular)
Jawapan: Opah De
10) Do you want to know what Muhd said to me?
Observation & sound: (Muhd said)
Jawapan: Blog Muhammd Sayyid.
Jawapan untuk Harta Qarun yang perlu dicari:
1) Usain Bolt berlari di Lebuhraya Utara Selatan sambil memegang buah limau.
Observation & character: (Usian Bolt = Olympic 100 meters champion. Lebuh raya Utara Selatan = PLUS. Limau = perasa lemon).
Jawapan : Minuman 100 PLUS perasa lemon.
2) Rumahku dibuat dari kayu, hanya bertiang sebatang dan tiada bumbung. Kanak2 dan orang dewasa pun suka memegang-megang aku. Kekadang mataku hampir-hampir buta kalau mereka membiarkan dinding rumahku melindungi mataku.
Observation & character: ( Rumah kayu = salutan luar. Tiang sebatang = jenis sebatang. Tiada bumbung = tiada tutup. Mata = lead).
Jawapan: Sebatang pensil.
3) Satu ketika dulu, aku ada 6 beradik. Entah macam mana abang aku yang tua mati kerana ramai orang tak suka. Baru-baru ini adik aku yang bungsu pulak disisihkan orang. Sekarang tinggallah kami 4 beradik dan akulah jadi yang sulong sekarang. Alangkah seronoknya kalau aku boleh diberikan pada nekcun!
Observation & character: (6 beradik = duit syiling $1. 50sen, 20 sen, 10 sen, 5 sen & 1 sen. Yang tua mati dibunuh = $1 dah mansuh. Yang bungsu disisih: 1 sen dah di’round-up’)
Jawapan: Syiling 50 sen (Sekarang yang besar sekali).
Sebenarnya, semua kekawan yang telah menghantar melalui e-mail tidak dapat mencarikan Harta Qarun dengan tepat. Bagaimana pun, terdapat beberapa kekawan yang dapat menjawab soalan-soalan hampir tepat. Markah yang tertinggi adalah 8/13 yang dihantar oleh…. siapa lagi kalau bukan 'Makcik Tie' kita tuh!... Hehehe…. Tahniah!... (Maza jangan marah aaa...)
Bagaimana pun nekcun harap kekawan semua seronok menyertai “Bloggers Treasure Hunt” yang nekcun sajer buat untuk kita menguji minda kita… untuk seronok-seronok sajer… sekurang-kurangnya ada benda yang kita nak kena fikir-fikirkn sambil melawat blog kekawan...
Posted by
Nek Cun
at
18:21
14
comments
Wednesday, March 25, 2009
MENCARI HARTA QARUN untuk Kekawan Bloggers...
Di dalam Treasure Hunt, ada beberapa teknik soalan-soalan diolah dan begitu jugalah teknik-teknik untuk kita mencari jawapan. Teknik-teknik yang selalu digunakan adalah seperti:-
1) Soalan berdasarkan ‘straight forward clues’. Contohnya: Teratak yang dihuni oleh seseorang yang tidak diketahui berapa umurnya, perasan dirinya muda selalu tetapi tak sedar yang dia dah setaraf dengan orang tua ibu bapaku di kampung… Jawapannya: www.nekcun.blogspot.com. …hehehe… (Nak promote nih!)
2) Soalan berdasarkan ‘campur dan susun’. Contohnya: Musim jualan mega di bulan Ogos… Jawapannya: SOGO.
3) Soalan dari awalan huruf atau sukukata. Contohnya: Mama… saya frustlah!... Jawapannya: Menggamit Syurga Firdaus (MSF).
4) Dan macam-macam lagi teknik soalan diolah seperti character pelakon, bidalan2, bunyi-bunyi sebutan dan lain-lain. Nekcun tak dapat nak terangkan semua, nanti panjang sangatlah pulak!... hehehe…
Soalan-soalannya:-
2) Engkau selalu membuatku rasa rindu pada sidia yang suka usik aku dulu.
3) Come on Brother!... it’s too long!...
4) Tom & Jerry yang selalu buat kita ketawa kerana suaranya yg merdu
5) Kita perlu memandang ke belakang untuk mencari azam kita yang tertinggal.
6) Kekawan kata di rumah ini senang dapat rezeki.
7) Lama dah nekcun tak balik kampung…
8) Mai sini lah chek ooi!… di luaq banyak cahaya…
9) Drama TV tahun 80-an yang popular…
10) Do you want to know what Muhd said to me?
Clues untuk Mencari Harta Qarun:-
2) Rumahku dibuat dari kayu, hanya bertiang sebatang dan tiada bumbung. Kanak2 dan orang dewasa pun suka memegang-megang aku. Kekadang mataku hampir-hampir buta kalau mereka membiarkan dinding rumahku melindungi mataku.
3) Satu ketika dulu, aku ada 6 beradik. Entah macam mana abang aku yang tua mati dibunuh kerana ramai orang tak suka. Baru-baru ini adik aku yang bungsu pulak disisihkan orang. Sekarang tinggallah kami 4 beradik dan akulah jadi yang sulong sekarang. Berikanlah aku kepada nekcun!..
Posted by
Nek Cun
at
23:19
12
comments
Monday, March 23, 2009
Kreativiti Minda & Kerja Berpasukan...
Nekcun sekeluarga turut memeriahkan aktiviti Hari Keluarga itu dengan menyertai “Treasure Hunt”. Sengaja nekcun ajak anak-anak untuk turut serta kerana bagi nekcun aktiviti Treasure Hunt ini adalah satu aktiviti yang banyak menguji kreativiti minda kita disamping menguji IQ, pengetahuan am dan juga ‘thinking skill’ kita.
“Macam mana ni mama?” anak bungsu nekcun merungut.
“Macam mana apa?” soal nekcun balik.
“Ni… nak baca ‘Tulip’ ni pun tak faham… apatah lagi nak jawab 30 soalan-soalan nih!” dia mengomel lagi.
“Hah!… ‘Tulip’ pun Cu Lin tak tahu ke? ‘Tulip’ tu kan bunga!… apa raaa!…” sepupu dia yang dipanggil Abang Ee menyampok.
“Huh… iya lah tu… kalau abang Ee kata ‘Tulip’ ni bunga… Abang Ee soranglah cari harta karun tuh!” sambil tergelak besar anak bungsu nekcun mengusik sepupunya.
“Sajer jer Abang Ee nak test Cu Lin… Abang Ee tahulah ‘Tulip’ tu arah tunjuk jalan…” riuh rendah kami dalam kereta ketawa.
Dalam kumpulan nekcun hanyalah nekcun, Cu Lin (anak bungsu nekcun), Abang Ee dan isterinya Kak Linda. Sengaja nekcun ajak anak buah turut serta, jadi bolehlah naik kereta depa sebab kereta depa pakai NGV… jimat minyak!… hehehee…
Treasure Hunt kali ini melibatkan perjalanan ke seluruh kawasan USJ, Subang Jaya yang lebih kurang 30 km. Kami pula perlu menjawab sebanyak 30 soalan dan dikehendakki membawa balik ‘Harta Karun’ sebanyak 3 barang. Sebanyak 32 buah kereta telah menyertai Treasure Hunt tersebut.
Huh!… pening betul kami sekeluarga dibuatnya, tambah-tambah lagi semua soalan dan petunjuk Harta Karun adalah dalam Bahasa Inggeris. Nekcun lihat dari 32 kereta itu, kumpulan keluarga Melayu yang menyertai adalah dalam 7 buah sahaja, yang lainnya adalah kumpulan keluarga Cina dan India. Hei… memang ‘berasap’ juga kami dibuatnya bila banyak clue-clue soalan-soalan yang melibatkan English literature, jargon words and phrases. Nasib baik anak bungsu nekcun siap bawa Dwibahasa Dictionary…
Q: Cancelled the Approved Permit to see Mark’s wife.
Itu adalah salah satu soalan yang diberikan di satu jalan di Taipan USJ. Bagai nak pecah kepala kami sekeluarga memikirkannya. Tiba-tiba Cu Lin terpandang satu kedai tu tertulis “JAPLO Sdn. Bhd.”
“Huh!… itulah jawapannya!…” kata nya riang.
“Kenapa pulak?” soal Abang Ee.
“Iyalah… cancelled Approved Permit… maknannya cancelled AP… to see Mark’s wife… J.LO kan isteri kepada Marks Anthony? Jadi JAPLO tu jawapan yang di carilah!…hehehe…” Cu Lin bersorak riang.
Sampai di satu kawasan lain pula, soalan yang dikemukakan adalah:
Q: Emirates, Reeboks and JJB.
“Hei… apa ni? Bunyi macam kasut sport ajer tapi tak ada pun kedai kasut kat sini!” Cu Lin & Kak Linda menyungut.
“Apa…apa soalannya? JJB? Itu bunyi macam nama stadium ajer…” Abang Ee yang memang meminati bola sepak menyampok.
“Iya ke? Hah tu… Stadium Curry House Restaurant!… dah tentu itulah jawapannya!” jerit Cu Lin dan Kak Lindanya.
Kami tidak begitu mengharapkan untuk menang tetapi tujuan utama nekcun mengajak anak dan anak-anak saudara untuk menyertai Treasure Hunt adalah untuk menguji minda dan juga menitipkan team spirit di dalam mencapai misi. Memang jelas kelihatan ketiga-tiga mereka betul-betul bekerjasama sepanjang aktiviti berjalan. Sikap-sikap positif begini perlu dipupuk dikalangan anak-anak kita sekiranya kita mahu mengukuhkan ukhwah sesama Islam. Apabila perasaan bekerjsama itu telah dipupuk dari rumah, maka apabila mereka keluar bermasyarakat pun sikap positif itu akan tetap terjalin. Bagi nekcun inilah salah satu cara untuk kita mengiratkan siratulrahim anak beranak, saudara mara dan sahabat handai.
Apabila keputusan diumumkan, kami langsung tidak menyangka yang kumpulan kami telah berjaya menjadi ‘top 13’ pemenang yang berjaya mendapat hadiah. Ketika pihak consultant memberikan jawapan-jawapan, ramai yang ketawa macam nak pecah perut kerana memang banyak jawapan-jawapan yang diluar jangkauan minda sekiranya kita tidak pernah menyertai aktiviti Treasure Hunt kerana aktiviti Treasure Hunt memang mempunyai tekniknya yang tersendiri di mana kekadang minda kita perlu berfikir “out of the box”…
Bagaimana pun, nekcun lihat anak dan anak2 saudara nekcun cukup seronok kerana berjaya menjadi salah satu ‘top 13 teams’ walaupun ini kali pertama mereka menyertai Treasure Hunt. Bagi nekcun ‘Hari Keluarga’ USJRA & NST semalam memang menyeronokkan…
Posted by
Nek Cun
at
22:16
15
comments
Tuesday, March 17, 2009
Alahai... Ahli-ahli Yang Berhormat...
“Huh… mereka ni sebenarnya sama jer ngan apa yang kita hadapi sekarang!” pakcik Meran bersuara sambil menunjukkan satu artikel di dalam akhbar bertajuk ‘EPF paid 4.5% dividend’.
“Apasal pulak?” pakcik Ta bertanya dengan muka dia yang nampak blurr ajer…
“Iyalah… duit banyak masuk, berbillion-billion… tapi asyik nak kena ‘support sana support sini… invest sana invest sini’… akhirnya untuk bayar dividen dah tinggal seciput!...” ujar pakcik Meran sambil menghirup teh tariknya!
“Betullah!... yang berbillion-billion tu termasuklah caruman aku setiap bulan kan!” Atuk Li menyampuk sambil menyeringai.
“Habis tu… apa pulak yang sama ngan kita sekarang nih?” pakcik Ta yang masih blurr bertanya lagi…
“Alaaahhh… takkan tak tahu… kononnya syarikat kita untung berbillion juga… malah salah satu syarikat yang untung tertinggi lagi… tapi… tengoklah!... bonus kita berapa jer? Silap haribulan, ada yang tak dapat langsung!...” ada nada sembilu dalam suara pakcik Meran.
Nekcun dan makcik Bee hanya senyum sajer. Membiarkan jejaka-jejaka yang menjadi ahli parlimen mini itu meneruskan hujjahnya.
“Ko mesti dah tahu sape dapat tinggi kan Li?” tiba-tiba makcik Bee bersuara.
“Entah!... tak sempat nak tengok!... tapi… macam aku cakap kat ko lerr… waktu balik tu, cepat-cepatlah balik… jaga suami kat umah lagi baik…” seolah malas sahaja Atuk Li menjawab.
“Eemm… itulah yer… kekadang rasa macam demoralized gak kita ni yek!... kita bertungkus lumus kerja, sampai tinggal suami balik lewat-lewat, tapi bila tang imbuhan, orang lain gak yang dapat banyak!...” ujar makcik Bee perlahan, frustlah tuh!...
“Hei… apa nak susah-susah… kalo kita tak dapat bonus banyak pun, kita tak gak jadi miskin kan?... Tok Li masih boleh pasang makwe kiri kanan… makcik Bee masih boleh beli gelang berangkai-rangkai… so, why worry? Yang mustahaknya, kita ikhlas di dalam menjalankan tanggungjawab kita!” nekcun cuba menceriakan suasana.
“Haah!... betullah nekcun!...” makcik Bee kembali ceria.
“Betul…betul… nekcun!... apa yang mustahak makwe masih nak kat aku kan?” Atuk Li ketawa terbahak-bahak. Pakcik Ta ngan pakcik Meran pun turut ketawa.
“Oh ya!... oleh kerana ko asyik pasang ramai makwe… aku cadangkan ko makan ubatan herba tempatan KUKUBIMA...” usul nekcun sengaja nak mengusik Atuk Li.
“Ubat apa tuh?” pakcik Ta tambah blurr. Pakcik Meran pun nampak macam blurr gak!
“Eh… ada!.. aku biasa dengar product herba tempatan tu…” balas Atuk Li selamba.
“Ko tahu tak apa makna KUKUBIMA tuh?” nekcun bertanya Atuk Li.
“Ntah!... apa maknanya?” Atuk Li mengerutkan dahinya.
“Itulah korang ni… suka buat sidang parlimen sendiri ajer!... cuba ikuti sidang parlimen yang betul tuh… tentu korang tahu!... dalam sidang parlimen semalam ada yang berhormat membincangkan pasal herba KUKUBIMA nih!... nekcun ngan atok bagai nak pecah perut ketawa bila dengar depa sebut makna herba KUKUBIMA tuh semasa mengikuti edisi parlimen di TV!” balas nekcun.
“Apa maknanya nekcun?” tanya pakcik Meran agak excited.
“Kurang Kuat Bini Marah!...” jawab nekcun selamba…
“Hahahahaha….” Kedengaran hilai tawa berderai-derai di mini parlimen kami pagi tadi.
Eeemmm… nekcun sendiri tak sangka dalam Parlimen Malaysia ada membincangkan isu-isu sebegitu… kerana rasanya... ada banyak lagi isu-isu yang melibatkan keresahan rakyat marhain yang perlu dibincangkan atau didebatkan dengan lebih menyeluruh!... Adakah kita pembayar cukai yang tak secara langsung juga membayar gaji-gaji ahli-ahli yang berhormat, sanggup menerima hakikat bahawa kita hanya disogokkan dengan perbincangan dan perdebatan pasal makna KuKuBiMa di Parlimen? sedangkan pelaburan KWSP kita tidak siapa pun yang mahu ambil tahu!... Entahlah!...
p/s: Terlalu banyak iklan2 barangan sebegitu di internet sekarang! Sakit hati nekcun kerana memenuhkan e-mail nekcun tak tentu pasal jer!... entah dari mana mereka2 ni dapat e-mail address nekcun!...
Posted by
Nek Cun
at
13:00
11
comments
Friday, March 13, 2009
Adakah ia hanya sebagai gula-gula...
Maka sekarang ini nekcun pasti mereka-mereka ini tentu sedang sibuk mengisi permohonan untuk memasukki IPT, yang pastinya banyak menggunakan ‘application on-line’, sehingga line internet pun boleh jadi ‘jammed’ dibuatnya!... Berlumba-lumbalah mereka untuk mendapatkan tempat untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Namun… adakah kita sedar… disamping mereka-mereka ini berebut untuk memasukki IPT, maka beribu-ribu jugalah mahasiswa/siswi yang akan keluar setelah tamat pengajian dalam masa terdekat ini. Maka berebut-rebut pula lah mahasiswa-siswi ini memohon pekerjaan kerana sudah pasti mereka mahu pula membalas jasa ibu bapa yang selama ini bersusah payah menanggung kos pembelajaran mereka sehingga mereka berjaya bergelar ‘Graduan’.
Tapi… hakikatnya… bolehkah kebanjiran mahasiswa/siswi yang telah bergelar ‘Graduan’ ini mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan mereka dalam keadaan ekonomi global yang merudum-rudum ini? Sedangkan pekerja-pekerja yang sudah mempunyai kemahiran dan pengalaman pun terpaksa diberhentikan kerja, apatah lagi ‘Graduan’ yang masih panas baru keluar dari ‘oven’ Universiti… di manakah ‘graduan2’ baru ini mahu ditempatkan?...
Ibu bapa di kampung sudah pun berharap-harap yang anak-anak mereka akan dapat membantu mereka dengan memberikan sedikit bantuan kewangan untuk perbelanjaan harian yang kian meningkat sekarang ini, bila anak-anak mereka sudah mendapat pekerjaan, menjadi pegawai dan bergaji besar tidak lama lagi kerana mereka telah pun berjaya memegang segulung Ijazah… Namun kita tidak perlu hairan kalau sebaliknya kata-kata sebegini pula yang akan sering kita dengar sekarang ini:
“Along masih tak dapat kerja lagilah ayah!...”
“Along dah pergi interview banyak tempat, tapi masih tak dapat kerja lagi…”
“Banyak syarikat kata, tak ada kerja kosong sekarang ini…”
Bayangkanlah betapa sedih hati ibu bapa yang begitu mengharapkan mendengar kata-kata sebegitu, sedangkan ramai lagi anak-anak yang harus ditanggung lagi kos persekolahan mereka disamping kos sara hidup yang kian meningkat setiap hari.
Di kaca-kaca television kita dapat lihat pemimpin-peminpin negara berebut-rebut memberi pendapat dan pandangan akan ‘kebaikan’ kerajaan memberi ‘suntikan’ sebanyak 60 billion di dalam usaha mereka mengembalikan kedudukan ekonomi di negara tercinta ini. Namun hakikat sebenar… adakah rakyat marhain seperti kita akan dapat merasa kebaikan ‘suntikan’ itu dalam masa terdekat ini? Bagaimana kita mahu membayar yuran pembelajaran anak-anak kalau duit atau gaji yang ada sekarang perlu pula menampung perbelanjaan dapor yang semakin meninggi?
Kalau benar ‘suntikan’ 60 billion itu boleh dimanfa’atkan oleh segenap lapisan rakyat, mengapa harga barangan makanan masih terus naik? Bagaimana rakyat marhain akan dapat menafa’at dari suntikan itu? Bagi pandangan nekcun, rakyat marhain hanya akan dapat merasakan men’fa’at suntikan itu sekiranya kerajaan dapat menurunkan semua harga barangan asas makanan harian kita contohnya, kalau harga beras boleh diturunkan dari RM40.00 (10 kilo) kepada RM30.00 atau harga ikan kembung dari RM12.00 kepada RM6.00 seperti dahulu, barulah rasanya rakyat marhain akan merasakan kebaikan suntikan RM60 billion itu… Kalau perkara-perkara seperti ini tidak diberi perhatian oleh kerajaan… rasanya walaupun kerajaan menyuntik 100 billion sekali pun, rakyat marhain macam kita tetap susah dan terus berada dalam kesengsaraan…
Bayangkanlah… apa yang ibu bapa, saudara mara kita di kampung dapat dengan suntikan RM60 billion itu kalau harga beras, ikan, telor dan lain-lain barangan makanan dan keperluan harian masih tetap seperti sekarang dan tidak mustahil akan meningkat lagi… Marilah kita sama-sama fikir-fikirkan…
Posted by
Nek Cun
at
14:39
10
comments
Friday, March 6, 2009
Award dari Tie...
Award ini nekcun dapat dari Tie sejak dua tiga hari lepas, tetapi oleh kerana agak sibuk sikit maka nekcun tak dapat nak response segera. Sebenarnya nekcun rasa malu nak terima award ni kerana nekcun rasa nekcun 'does not really deserve it'. Tapi apa-apa pun nekcun ucapkan terima kasih pada Tie... cuma... dalam tu sempat jugak Tie ni nak tag nekcun... ni yang tak sedap nih!... hehehe...
Bagaimanapun, untuk menghargai kasih persahabatan nekcun akan jawab jugak tag Tie itu. Nekcun juga berharap apa yang nekcun kongsikan di sini dapat kita ambil ikhtibar dan jadikan panduan di dalam membahgiakan keluarga kita...
The rules are:
1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!
Sebenarnya nekcun ni bolehlah dikategorikan sebagai anak menantu kesayangan. Jadi dari mula kahwin sampai dapat anak, emak mertua telah layan nekcun macam puteri sampaikan semasa dalam pantang ketiga-tiga anak, nekcun dilayan oleh mertua makan di katil sehingga 44 hari kerana dia tidak mahu nekcun penat.
Oleh itu semua anak-anak nekcun pun dia dan kakak ipar yang jaga. Sehingga tidur malam pun semua anak-anak nekcun akan dijaga oleh mertua kerana dia tidak mahu anak kecil yang menangis akan mengganggu tidur nekcun dan atok.
Oleh sebab itu, nekcun tidak dapat merasa bagaimana susah payah menjaga anak2 nekcun semasa bayi sehinggalah mereka bersekolah. Frankly speaking, nekcun tidak pernah memandikan seorang pun anak2 nekcun semasa bayi, apatah lagi menukar lampin atau pun berjaga malam ketika anak2 meragam. Semua anak2 nekcun mula tinggal dengan nekcun apabila mereka telah mula bersekolah. Setelah mereka sudah pandai menguruskan diri sendiri. Nekcun hanya membantu mereka sikit-sikit sahaja kerana apabila mereka tinggal dengan nekcun, mereka dibantu pula oleh ‘bibik’.
Nasib baiklah semua anak2 nekcun tetap sayang dan manja pada nekcun dan atok. Walaupun kami tidak menjaga mereka semasa kecil tetapi kami selalu meluangkan masa bersama mereka setiap hujung minggu dan memotivasikan mereka. Inilah yang selalu nekcun rasa terkilan kerana apabila orang bercerita tentang anak menangis malam, nekcun tak dapat nak sampok cerita kerana nekcun tidak mengalaminya. Dan sebab itu jugalah, bila ada cucu sorang ni… nekcun ngan atok tak bagi chance nak lepaskan peluang menjaganya sejak dari bayi….
2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.
1. Nekcun ngan atok boleh dikatakan sebagai sport woman & man semasa remaja. Jadi kegemaran itu telah turun kepada anak2 nekcun. Jadi sejak dari mereka kecil hingga sekarang kami suka melakukan riadah sukan ni bersama-sama seperti main badminton atau bowling.
2. Alhamdulilah, ketiga-tiga anak nekcun mempunyai kerjaya professional iaitu yang tua doctor, yg kedua engineer dan yg bungsu (InsyaAllah setelah grad Degre & ACCA June nanti) sebagai akauntan. Atok & nekcun memang mendidik dan menggalakkan mereka berjaya dalam kerjaya yang boleh dianggap sebagai professional.
3. Sebagai anak yang sulong dan seorang doctor, dia amat mengambil berat akan kesihatan atok dan nekcun. Boleh dianggap dia juga merupakan doctor peribadi atok dan nekcun dan juga kepada adik-adiknya.
4. Anak yang kedua merupakan ‘intan payung’ dalam keluarga kerana dia sahaja yang lelaki. Namun dia tidak pernah ambil kesempatan itu, malah dia lebih bertanggung jawab menjaga adik bungsunya sekiranya atok dan nekcun ke luar negara. Nekcun selalu nasihatkan dia bahawa tanggungjawab lelaki kepada keluarga dan ibu bapa akan berterusan sampai ke akhirat.
5. Anak2 nekcun selalu suka buat ‘surprises’ pada hari jadi nekcun atau atok. Kami sekeluarga selalu seronok kalau ada surprises begitu dan itu mengiratkan lagi kasih sayang kami anak beranak.
6. Anak2 nekcun selalu suka mengusik nekcun bahawa kalau ada diantara mereka yang nak bercinta/berkawan, calonnya mestilah mendapat kelulusan sirim ISO 9009 dari ‘mama’ dulu!... Itulah yang manjadi modal mereka ketika anak sulong berkahwin dulu dan ketika anak kedua mahu bertunang tempoh hari…
7. Atok dan nekcun selalu berdo’a dan juga berpesan kepada anak2 terutama kepada yg lelaki supaya apabila kami mati nanti, biarlah mereka yang memandikan dan mengimamkan solat jenazah kami. Itu adalah lebih afdal. Semoga Allah akan memakbulkan do’a nekcun dan atok itu. Tapi kalau kami cakap pada mereka perkara itu, mereka selalu kata: “Apalah mama & ayah cakap camtu… kami nak hidup lebih lama lagi ngan mama & ayah… tak puas nak manja dan nak jaga mama ngan ayah lagi…”. Seonok benar hati nekcun mendengarnya. Nekcun juga selalu berdo’a agar semua anak2 kami menjadi anak2 yang soleh dan solehah… InsyaAllah.
3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.
Nekcun tak nak panjangkan award ni pada 5 orang tetapi hanya nak panjangkan kepada kawan nekcun sejak dibangku sekolah lagi dan selalu menjengah nekcun di blog ini iaitu Fatimahwati Mohamed, kerana dia juga merupakan seorang ibu yang gigih dan bertawaduk di dalam membahgiakan keluarganya.
Posted by
Nek Cun
at
14:15
10
comments
Tuesday, March 3, 2009
Terima Kasih kepada Peminat Novel Melayu!...
Walaupun penat dan keletihan kerana terpaksa berkejar ke Shah Alam dan kemudian terbang ke Brunei Darussalam, namun nekcun rasa seronok sangat sebab dapat bertemu dengan peminat-peminat novel-novel nekcun.
Cuaca yang panas terik ketika pesta mini carnival Karangkraf di Shah Alam, nekcun seolah tidak merasakan bahang panas yang menyengat itu apabila novel nekcun TIDAK KU PINTA laku macam goreng pisang panas. Nekcun juga rasa seronok sangat bila dapat berjumpa kekawan blogger iaitu Izman sekeluarga dan Adinda Long (blogger Abang Long).
“Hah? Lawa?…siapa yang lawa?” nekcun bertanya agak hairan . (Dalam hati rasa agak perasan ler tuh kerana ingatkan mereka kata nekcun yang lawa!… hehehe… tak malu sungguh nekcun ni yek?…perasan tak habis-habis!…hehehe)
“Iya baa… semuanya ceritanya lawa!… saya sudah baca semua!” ujar wanita itu lagi. Nekcun tambah keliru….
“Hajjah… orang Brunei cakap sedap tu lawa… kalau cerita tu sedap, dia orang kata cerita tu lawa!…” terang Mala, pembantu yang menguruskan booth Choicebook di mana nekcun di tempatkan untuk bertemu peminat2 novel.
“Oooooh!…” nekcun mengangguk tanda baru faham. Rasa beruntung kerana sudah dapat tahu satu perkataan bahasa orang Brunei… Yeh!…
Di entry ini juga ingin nekcun mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Mr. Basheer dari Choicebook (Novelers’ corner) Brunei yang telah menjemput nekcun dua tahun berturut-turut. Tidak ketinggalan juga nekcun ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerpada warga kerja Tintarona Sdn. Bhd & UPND yang menerbitkan MSF & TDKS dan tidak ketinggalan warga kerja Buku Prima yang menerbitkan TKP.
Selamat Membaca dan menambah ilmu disamping sebagai terapi minda anda!… Segala yang baik itu semuanya dari ALLAH dan yang kurang itu adalah dari saya… Semoga kita semua akan sentiasa mendapat keberkatan dan Rahmat dariNYA…. Amiiiinnn…
p/s: Gambar2 adalah beberapa peminat novel nekcun di Brunei dan juga beberapa cenderahati yang nekcun terima dari peminat novel di Brunei.... Terima kasih daun keladi, bila ada novel nekcun yang baru nanti jangan lupa beli....
Posted by
Nek Cun
at
19:27
13
comments
