Tuesday, March 3, 2009

Terima Kasih kepada Peminat Novel Melayu!...


Dalam seminggu ni nekcun memang macam ‘lipas kudung’, terkejar ke sana dan ke mari kerana terlibat dalam dua pesta buku. Pertama di Krangkraf Mini Karnival di Shah Alam pada 27 & 28/2/2009 dan kemudian di Brunei Darussalam pada 28/2 – 2/3/2009.

Walaupun penat dan keletihan kerana terpaksa berkejar ke Shah Alam dan kemudian terbang ke Brunei Darussalam, namun nekcun rasa seronok sangat sebab dapat bertemu dengan peminat-peminat novel-novel nekcun.

Cuaca yang panas terik ketika pesta mini carnival Karangkraf di Shah Alam, nekcun seolah tidak merasakan bahang panas yang menyengat itu apabila novel nekcun TIDAK KU PINTA laku macam goreng pisang panas. Nekcun juga rasa seronok sangat bila dapat berjumpa kekawan blogger iaitu Izman sekeluarga dan Adinda Long (blogger Abang Long).
“Cerita ini lawa sangat baa…” seorang peminat novel memberitahu kawannya sambil menunjuk kepada novel-novel nekcun yang di atas meja.

“Hah? Lawa?…siapa yang lawa?” nekcun bertanya agak hairan . (Dalam hati rasa agak perasan ler tuh kerana ingatkan mereka kata nekcun yang lawa!… hehehe… tak malu sungguh nekcun ni yek?…perasan tak habis-habis!…hehehe)

“Iya baa… semuanya ceritanya lawa!… saya sudah baca semua!” ujar wanita itu lagi. Nekcun tambah keliru….

“Hajjah… orang Brunei cakap sedap tu lawa… kalau cerita tu sedap, dia orang kata cerita tu lawa!…” terang Mala, pembantu yang menguruskan booth Choicebook di mana nekcun di tempatkan untuk bertemu peminat2 novel.

“Oooooh!…” nekcun mengangguk tanda baru faham. Rasa beruntung kerana sudah dapat tahu satu perkataan bahasa orang Brunei… Yeh!…

Disamping itu nekcun juga jadi terharu kerana peminat-peminat novel di Brunei bukan sahaja membeli novel-novel nekcun tetapi mereka juga telah bermurah hati memberi nekcun berbagai hadiah sebagai kenangan dari Brunei. Di sini nekcun ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua peminat novel-novel nekcun. Hanya ALLAH yang akan dapat membalas budi baik kalian dan sokongan kalian amatlah nekcun hargai sehingga akhir hayat nekcun. Semoga kita akan dapat bertemu lagi di masa hadapan.


Di pesta buku Brunei kali ini nekcun juga berkesempatan bertemu dengan penulis-penulis lain dari NB iaitu Norhayati Berahim & Nora Ismail dan juga penulis2 dari Fajar Pakir iaitu Bikash Nur Idris, Hafirda Afiela & Nuriani Johaini.
Di entry ini juga ingin nekcun mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Mr. Basheer dari Choicebook (Novelers’ corner) Brunei yang telah menjemput nekcun dua tahun berturut-turut. Tidak ketinggalan juga nekcun ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerpada warga kerja Tintarona Sdn. Bhd & UPND yang menerbitkan MSF & TDKS dan tidak ketinggalan warga kerja Buku Prima yang menerbitkan TKP.

Nekcun amat berharap peminat2 novel di M’sia, Brunei & S’pore akan terus memberikan sokongan padu kepada novel2 nekcun disamping novel2 Melayu yang lain bagi menyemarakkan lagi industri penulisan dan pernovelan Melayu agar ianya dapat setanding dengan novel-novel dari Negara Barat.

Selamat Membaca dan menambah ilmu disamping sebagai terapi minda anda!… Segala yang baik itu semuanya dari ALLAH dan yang kurang itu adalah dari saya… Semoga kita semua akan sentiasa mendapat keberkatan dan Rahmat dariNYA…. Amiiiinnn…

p/s: Gambar2 adalah beberapa peminat novel nekcun di Brunei dan juga beberapa cenderahati yang nekcun terima dari peminat novel di Brunei.... Terima kasih daun keladi, bila ada novel nekcun yang baru nanti jangan lupa beli....

13 comments:

Tie said...

Ha ha ha......

Sungguh tak sangka...rupa2nya Nekcun pergi ke Brunei bertemu peminat2, ya...

Tahniah Tie ucapkan . Rasa bangga sungguh dapat berkenalan dengan Nekcun, hi hi....

Teruskan berkarya !

Nursuzry said...

amboi nek cun... glemer no kat sinun... hehehe

tahniah ye nekcun...

Mersik said...

Amboi nekcun..

Amazing race gitu. Biasa la.. kalau dah menghampiri tahap2 selebriti ni kena la bz selalu menemui peminat di sana sini.

Semoga kenangan yg dikutip akan menjanjikan sesuatu yg manis buat dan juga panduan di masa akan datang dalam memperbaiki mutu kerja karya yg ada. hik hik..

* Yg memerhati.. oang yg berseluar jeans n berbaju pink di Mini Karnival Karangkraf dari jauhhh saja. Maklom la.. malu gitu nk menyapa. Lom wat gigi lagi.. hik hik

chekdenoor said...

Wah nekcun..... best kan..... khamis ni chekdee memang nak ke mph....nak cari novel nekcun...nak baca gak...tie dah promote ...heheheh

chekdee doakan ....nekcun selalu berjaya cemerlang dalam apa bidang yang nekcun ceburi...... terharu dan teruja juga bila membaca kisah kejayaan nekcun ini..... sebab... chekdee memang dah lama simpan impian menulis novel ..... tapi kerana kekangan bahasa yang teruk ni....hmmmm..... kena lupakan kot impian ini....heheheheeh

Kata hubby chekdee.... kita buat jer apa yang kita mahir..... heheheh ....cam dia suruh lupakan jer impian yang tak rialistik chekdee ni...

Tie said...

Nekcun, nanti senang datang ke blog Tie ambik award !

en_me said...

glamornyerrr..

Nek Cun said...

Tie, terima kasih kerana sudi baca novel nekcun tuh!... sokongan Tie menyemarakkan lagi semangat nekcun nak berkarya...

Nursuzry, mana ada glemernya?... nekcun dah tua, sape yang nak lagi?...hehehe...

Pokcik... malu plak nekcun pokcik kata nak sampai tahap selebriti tuh!... rasanya jauh lagi kot!...lagi pun nekcun dah tua, mana orang nak selebriti tua?...
Awat pokcik tak mai dekat ngan nekcun masa kat Krangkraft ari tu? Nekcun teringin gak nak tangkap gambar ngan pokcik... nanti bila2 jumpa kat SA, pokcik mai cuit nekcun nooo...

Chekdee, dulu pun nekcun ni bukannya pandai sangat nak berkarya ni, tapi oleh kerana minat tu dah ada, Alhamdulillah Allah beri pulak bakat tu.... Nanti kalau chekdee dah baca novel nekcun, chekdee komenlah yer... boleh gak nekcun perbaiki lagi mana yang kurang...

En_me, mana plak nekcun glemer... sajer2 jer nekcun suka jumpa ramai orang.... ramai kawan tak rugi, betul tak?.... nak pulak dah tua-tua camni, lagi ramai anak cucu ziarah, lagi nekcun suka...hehehe...

izman said...

he.3x. saya dah keluarga yg berbesar hati berjumpa nekcun.

mula tu tercari2 gak nekcun sbb ingat pangkat nenek, kot2 bawak tongkat. tapi, PERGH! memang menawan lagi nekcun. nenek yg vogue gitu.

teruskan berkarya.

fadizah said...

salam perkenalan untuk nekcun,sayang liza tak sempat jumpa nekcun nak tt untuk ke3 buah novel nekcun,waktu liza ketempat ekspo nekcun tak ada,terasa rugi tak dapat tt nekcun..inshallah kita dapat jumpa dilain waktu..

Nek Cun said...

Izman...jangan puji nekcun tinggi2 sangat tuh... nekcun takut nanti kalo jatuh tertiarap, nyaya jer tak dak sape nak angkat!... hehehe... Suka tengok anak Izman especially yang sulong tuh macam sebaya cucu nekcun jer!... Bila nak tambah lagi?...

Salam Fadizah, terima kasih kerana dah beli ketiga-tiga buku nekcun tuh... nanti semasa pesta buku di PWTC April depan, InsyaAllah nekcun akan berada di sana, so bolehlah kita jumpa yek!...

dina said...

baru 1st time nak komen...selalu jadi silent reader je... hehehe... best le nekcun ni, ramai peminat.

fadizah said...

alaaa nekcun macamana nak pergi keekspo buku dipwtc terlalu jauh nekcun liza dibrunei..inshallah tahun depan kita jumpa..

ardmad said...

As'kum...

Saya ingin menjemput tetamu anda yg berminat dengan penulsan novel agar meluangkan sedikit masa membaca artikel di sini kalau tak keberatan:

Penulisan Novel kecil-kecilan

Tahniah kepada anda kerana berjaya menerbitkan hasil penulisan. Bagi yg tk mampu mcm saya ni, menulis sekadar memenuhi hasrat hati sendiri jer...Tq.