Award ini nekcun dapat dari Tie sejak dua tiga hari lepas, tetapi oleh kerana agak sibuk sikit maka nekcun tak dapat nak response segera. Sebenarnya nekcun rasa malu nak terima award ni kerana nekcun rasa nekcun 'does not really deserve it'. Tapi apa-apa pun nekcun ucapkan terima kasih pada Tie... cuma... dalam tu sempat jugak Tie ni nak tag nekcun... ni yang tak sedap nih!... hehehe...
Bagaimanapun, untuk menghargai kasih persahabatan nekcun akan jawab jugak tag Tie itu. Nekcun juga berharap apa yang nekcun kongsikan di sini dapat kita ambil ikhtibar dan jadikan panduan di dalam membahgiakan keluarga kita...
The rules are:
1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!
Sebenarnya nekcun ni bolehlah dikategorikan sebagai anak menantu kesayangan. Jadi dari mula kahwin sampai dapat anak, emak mertua telah layan nekcun macam puteri sampaikan semasa dalam pantang ketiga-tiga anak, nekcun dilayan oleh mertua makan di katil sehingga 44 hari kerana dia tidak mahu nekcun penat.
Oleh itu semua anak-anak nekcun pun dia dan kakak ipar yang jaga. Sehingga tidur malam pun semua anak-anak nekcun akan dijaga oleh mertua kerana dia tidak mahu anak kecil yang menangis akan mengganggu tidur nekcun dan atok.
Oleh sebab itu, nekcun tidak dapat merasa bagaimana susah payah menjaga anak2 nekcun semasa bayi sehinggalah mereka bersekolah. Frankly speaking, nekcun tidak pernah memandikan seorang pun anak2 nekcun semasa bayi, apatah lagi menukar lampin atau pun berjaga malam ketika anak2 meragam. Semua anak2 nekcun mula tinggal dengan nekcun apabila mereka telah mula bersekolah. Setelah mereka sudah pandai menguruskan diri sendiri. Nekcun hanya membantu mereka sikit-sikit sahaja kerana apabila mereka tinggal dengan nekcun, mereka dibantu pula oleh ‘bibik’.
Nasib baiklah semua anak2 nekcun tetap sayang dan manja pada nekcun dan atok. Walaupun kami tidak menjaga mereka semasa kecil tetapi kami selalu meluangkan masa bersama mereka setiap hujung minggu dan memotivasikan mereka. Inilah yang selalu nekcun rasa terkilan kerana apabila orang bercerita tentang anak menangis malam, nekcun tak dapat nak sampok cerita kerana nekcun tidak mengalaminya. Dan sebab itu jugalah, bila ada cucu sorang ni… nekcun ngan atok tak bagi chance nak lepaskan peluang menjaganya sejak dari bayi….
2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.
1. Nekcun ngan atok boleh dikatakan sebagai sport woman & man semasa remaja. Jadi kegemaran itu telah turun kepada anak2 nekcun. Jadi sejak dari mereka kecil hingga sekarang kami suka melakukan riadah sukan ni bersama-sama seperti main badminton atau bowling.
2. Alhamdulilah, ketiga-tiga anak nekcun mempunyai kerjaya professional iaitu yang tua doctor, yg kedua engineer dan yg bungsu (InsyaAllah setelah grad Degre & ACCA June nanti) sebagai akauntan. Atok & nekcun memang mendidik dan menggalakkan mereka berjaya dalam kerjaya yang boleh dianggap sebagai professional.
3. Sebagai anak yang sulong dan seorang doctor, dia amat mengambil berat akan kesihatan atok dan nekcun. Boleh dianggap dia juga merupakan doctor peribadi atok dan nekcun dan juga kepada adik-adiknya.
4. Anak yang kedua merupakan ‘intan payung’ dalam keluarga kerana dia sahaja yang lelaki. Namun dia tidak pernah ambil kesempatan itu, malah dia lebih bertanggung jawab menjaga adik bungsunya sekiranya atok dan nekcun ke luar negara. Nekcun selalu nasihatkan dia bahawa tanggungjawab lelaki kepada keluarga dan ibu bapa akan berterusan sampai ke akhirat.
5. Anak2 nekcun selalu suka buat ‘surprises’ pada hari jadi nekcun atau atok. Kami sekeluarga selalu seronok kalau ada surprises begitu dan itu mengiratkan lagi kasih sayang kami anak beranak.
6. Anak2 nekcun selalu suka mengusik nekcun bahawa kalau ada diantara mereka yang nak bercinta/berkawan, calonnya mestilah mendapat kelulusan sirim ISO 9009 dari ‘mama’ dulu!... Itulah yang manjadi modal mereka ketika anak sulong berkahwin dulu dan ketika anak kedua mahu bertunang tempoh hari…
7. Atok dan nekcun selalu berdo’a dan juga berpesan kepada anak2 terutama kepada yg lelaki supaya apabila kami mati nanti, biarlah mereka yang memandikan dan mengimamkan solat jenazah kami. Itu adalah lebih afdal. Semoga Allah akan memakbulkan do’a nekcun dan atok itu. Tapi kalau kami cakap pada mereka perkara itu, mereka selalu kata: “Apalah mama & ayah cakap camtu… kami nak hidup lebih lama lagi ngan mama & ayah… tak puas nak manja dan nak jaga mama ngan ayah lagi…”. Seonok benar hati nekcun mendengarnya. Nekcun juga selalu berdo’a agar semua anak2 kami menjadi anak2 yang soleh dan solehah… InsyaAllah.
3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.
Nekcun tak nak panjangkan award ni pada 5 orang tetapi hanya nak panjangkan kepada kawan nekcun sejak dibangku sekolah lagi dan selalu menjengah nekcun di blog ini iaitu Fatimahwati Mohamed, kerana dia juga merupakan seorang ibu yang gigih dan bertawaduk di dalam membahgiakan keluarganya.
10 comments:
Alhamdulillah, Tie tumpang bangga akan kejayaan Nekcun dan suami dalam mendidik anak2 hingga begitu cemerlang. Betapa cemburunya Tie !
InsyaAllah, Tie akan terus cuba menjadi seorang ibu yang baik dalam menyempurnakan tanggungjawab terhadap anak2 dan suami.
Kepada nekcun....terus maju dan berjaya !!
Alhamdullilah nekcun menjadi ibu,anak menantu kesayangan dan menjadikan anak2 nekcun menjadi orang2 yg berguna untuk menjadi manusia gemilang terbilang dan cermlang mcm nekcun..
salam nek cun
manje pon nk tumpang bangga jugak...:)
wah..... best juga jadi menantu kesayangan...... teringinnyer chekdee nak cam tu......
nekcun...doakan ya.... anak-anak chekdee berjaya dapat deggre mereka dengan cemerlang.......
sukabaca catatan nekcun......
salam..happy women's day
apa2pun. tahniah nekcun...
Tie, nekcun sentiasa do'akan tie juga akan jadi seorang ibu yang berjaya mendidik anak2 menjadi insan2 yg cemerlang...
Fadizah, Alhamdulillah...nekcun juga selalu bersyukur kepada Allah kerana mendapat seorang mertua yang baik. Semoga kita semua juga akan menjadi mertua yang baik...
Manje... terima kasih kerna sudi lagi ziarah nekcun... datanglah selalu...
Chekdee...nekcun selalu do'akan semua kekawan nekcun akan dianugerahkan anak2 yang bijaksana dan yang berilmu yang munafa'at... InsyaAllah... semoga anak2 chekdee juga akan berjaya dalam bidang mereka masing2...
Arsailli... thanks for the wish...Really appreciate it...
Ila... apa khabar... terima kasih kerna sudi singgah. Sayang ari tu tak sempat nak jumpa kerna nekcun kena terbang ke Brunei petang tuh!... harapa kita dapat jumpa lagi nanti yek!...
Nek Cun, kalau tak nak adward tu, nekcun blh pass kat maza..RMN pun sudi terima gak.....
heheheheh
Maza... camna nekcun nak pass award tu pada maza atau RMN sbb ianya award 'mom of the year'. Kalau kata maza ngan RMN, nekcun akan beri award "Mr. Mama" mahu tak?... hehehe...
Woww.. Kirana terkedu membaca ttg kejayaan nekcun dan anak2. Semuga Kirana akan mlalui keindahan sprti ini suatu masa nanti. Boleh tak Kirana tolong lanjutkan cerita nekcun ni kat blog Kirana dan kwn bloggers yg lain?
Post a Comment