Sebenarnya nekcun rasa sedih gak bila ada kekawan bloggers tak menyahut cabaran nekcun dalam ‘Bloggers Treasure Hunt’. Walaupun ada nekcun terima e-mail dari beberapa kekawan yang menghantar jawapan menyatakan, tak mahu jawapan mereka di nyatakan dalam N3 kerana: 1) Tak mahu orang lain tahu jawapan mereka 2) Malu kalau jawapan mereka tak betul…
Nekcun amat-amat menghargai kekawan yang telah menghantar melalui e-mail. Bagaimana pun, oleh kerana memang tatacara “Treasure Hunt’ ni mesti ada waktu tertentu, maka nekcun akan menamatkan tempoh ‘Treasure Hunt’ ini hari ini.
Dibawah ini nekcun sertakan jawapan-jwapan yang betul jadi kekawan yang dah memberi maklumbalas melalui e-mail tu bolehlah tengok samada jawapan kekawan betul ke tidak!.... hehehe…
Soalan dan Jawapan:-
1) Kecil betul tulisan si Mamat nih!...
Mixed & arrange (Kecil & tulisan)
Jawapan : Celik Huruf (Blog RMN)
Nekcun amat-amat menghargai kekawan yang telah menghantar melalui e-mail. Bagaimana pun, oleh kerana memang tatacara “Treasure Hunt’ ni mesti ada waktu tertentu, maka nekcun akan menamatkan tempoh ‘Treasure Hunt’ ini hari ini.
Dibawah ini nekcun sertakan jawapan-jwapan yang betul jadi kekawan yang dah memberi maklumbalas melalui e-mail tu bolehlah tengok samada jawapan kekawan betul ke tidak!.... hehehe…
Soalan dan Jawapan:-
1) Kecil betul tulisan si Mamat nih!...
Mixed & arrange (Kecil & tulisan)
Jawapan : Celik Huruf (Blog RMN)
2) Engkau selalu membuatku rasa rindu pada sidia yang suka usik aku dulu.
Observation: rasa rindu / usik aku dulu (phrasa)
Jawapan : Memori - Tie (Blog kaytieze)
3) Come on Brother!... it’s too long!...
Translation & sound: Brother & long
Jawapan : Abang Long (Blog novelman)
4) Tom & Jerry yang selalu buat kita ketawa kerana suaranya yg merdu
Character & acronym: Tom & Jerry (ada 2 gigi panjang & suara merdu – Mersik)
Jawapan : Pokcik (Blog Mersik)
5) Kita perlu memandang ke belakang untuk mencari azam kita yang tertinggal.
Observation & arrange: (Pandang belakang cari AZAM)
Jawapan : MAZA (Blog Gubuk Kecil Jalanan)
6) Kekawan kata di rumah ini senang dapat rezeki.
Observation & translation: ( senang dapat rezeki)
Jawapan: Izman (Blog : izzi-income.blogspot.com)
7) Lama dah nekcun tak balik kampung…
Observation: (balik kampong – desa)
Jawapan : Lela (Blog : Desaalam)
8) Mai sini lah chek ooi!… di luaq banyak cahaya…
Observation: (Chek di Cahaya – makna nur / cahaya)
Jawapan : Chekdeenoor
9) Drama TV tahun 80-an yang popular…
Character: (Drama TV popular)
Jawapan: Opah De
10) Do you want to know what Muhd said to me?
Observation & sound: (Muhd said)
Jawapan: Blog Muhammd Sayyid.
Jawapan untuk Harta Qarun yang perlu dicari:
1) Usain Bolt berlari di Lebuhraya Utara Selatan sambil memegang buah limau.
Observation & character: (Usian Bolt = Olympic 100 meters champion. Lebuh raya Utara Selatan = PLUS. Limau = perasa lemon).
Jawapan : Minuman 100 PLUS perasa lemon.
2) Rumahku dibuat dari kayu, hanya bertiang sebatang dan tiada bumbung. Kanak2 dan orang dewasa pun suka memegang-megang aku. Kekadang mataku hampir-hampir buta kalau mereka membiarkan dinding rumahku melindungi mataku.
Observation & character: ( Rumah kayu = salutan luar. Tiang sebatang = jenis sebatang. Tiada bumbung = tiada tutup. Mata = lead).
Jawapan: Sebatang pensil.
3) Satu ketika dulu, aku ada 6 beradik. Entah macam mana abang aku yang tua mati kerana ramai orang tak suka. Baru-baru ini adik aku yang bungsu pulak disisihkan orang. Sekarang tinggallah kami 4 beradik dan akulah jadi yang sulong sekarang. Alangkah seronoknya kalau aku boleh diberikan pada nekcun!
Observation & character: (6 beradik = duit syiling $1. 50sen, 20 sen, 10 sen, 5 sen & 1 sen. Yang tua mati dibunuh = $1 dah mansuh. Yang bungsu disisih: 1 sen dah di’round-up’)
Jawapan: Syiling 50 sen (Sekarang yang besar sekali).
Sebenarnya, semua kekawan yang telah menghantar melalui e-mail tidak dapat mencarikan Harta Qarun dengan tepat. Bagaimana pun, terdapat beberapa kekawan yang dapat menjawab soalan-soalan hampir tepat. Markah yang tertinggi adalah 8/13 yang dihantar oleh…. siapa lagi kalau bukan 'Makcik Tie' kita tuh!... Hehehe…. Tahniah!... (Maza jangan marah aaa...)
Bagaimana pun nekcun harap kekawan semua seronok menyertai “Bloggers Treasure Hunt” yang nekcun sajer buat untuk kita menguji minda kita… untuk seronok-seronok sajer… sekurang-kurangnya ada benda yang kita nak kena fikir-fikirkn sambil melawat blog kekawan...
14 comments:
Waaakakakakah...!!
Kembang kempis idung ni...!!
Maza ooii...!! Tie pemenang..!! Maza pengalah...!! Kih kih kih ..!!
Ooops !! Sorrylah Nekcun..! Over pulak..!! Suka sangat ni..sebab dapat kalahkan Maza tu... hi hi ...
Tapi Nekcun...soalan harta karun tu memang susah laa...tak terfikir langsung pun. Tie dok temenung sana sini, sampai naik berasap kepala ni...
Tie tak boleh pikir lama2..nanti terus pening dan pitam... Ingat nak sambung cari jawapan lagi..rupanya time's up! He he... Tak pe laa... Lain kali bagi teka teki senang sikit laa...he he..
Mekasihlah nekcun..kerana Tie rasa lebih cerdik pulak sekarang...lebih sikit dari pokcik sebelah rumah tu..kih kih....
Alahai .... wahai kekanda Nek Cun. Adinda pulang ke kampong ... pilihanraya ... itu yang tak sempat tu .... tolong bagi alamat emel. TERIMA KASIH.
Tie cit....
kato Presiden Umno yang baru nie, "Yang menang bukan menang semuo pun, Yang kalah tak kalah semuo pun"
wakakaka
den sajo jo buek salah2kan tu ha.. bagi chance kek ekau tu ha!..
erk! kalau asyik monang jo lah kan.. huhuhu, nanti org menyampah lak. tak do sapo lak nak bersaing....
hehehhe
(psst: ayat penyejuk hati maza setelah tewas) huhuhu
anyway den botul tigo tau!
hehehhee
Tie... tahniahlah kerana boleh kalahkan Maza... hehehe... (nampak Maza jeling kek nekcun tuh!...) hehehe... Bila Tie datang KL nanti, bolehlah 'open table' ngan nekcun!...
Adinda Long, seronok ke balik kampong? Camna... dorian dah masak ke?... e-mail nekcun : hajahkamsiah@gmail.com
Maza... nekcun nampak Maza dok jeling kek nekcun tak habih-habih... awat marah ka?... hehehe... Tak mengapalah... nanti kalo Tie mai KL, kita 'open table' sesama yer sebab Maza pun ada gak jawapan yang betul kan...kan...kan... hehehe...
Nekcun...mekasihlah kerana sudi pelawa Tie.. Sebenarnya Tie benar2 pemalu (rasa nak serkup kepala dgn tudung saji!).
Tak mungkin kita dapat bertemu, bukan tak nak, tapi memang malu betul...terutama dengan pokcik sebelah tu...hu hu...Mungkin satu hari nanti kita jumpa gak..bila Tie betul2 confident ni..he he..entah bila agaknya dpt ke KL....
Maza...(tumpang lalu nekcun!)
Ngaku ajelaa....tgh sakit ati kat kita...kih kih...!!
Tie ...cit..
tak kuasa!..huhuhuhu
nasib baik nekcun ada, hehehehe...boleh lah mengending nasi ayam beringin.....hehehhhe
la baru ada masa nak buat dah tutup. (sebenarnya bagai pecah kepala fikir tapi jawapan tak keluar). satu2 nya jawapan yg near miss cuma opah.
Izman... soalan-soalannya bukanlah susah sangat. Takkan address blog sendiri tak ingat!... ni mesti kes banyak makan kepala ikan nih!...hehehe...
aha...hehehehehehe......... nak ketawa kuat...kang pembantu tengok chekdee ni semacam aje.....tapi......wahhhhhhh....jawapan ni memang interesting sangat...... hehehehehehe........ chekdenoor pun ada gak......heheheheh
dulu lecture chekdee panggil chekdee tripel light ...sebab nama chekdee ada 3 cahaya .... noor sinaran chaya ....... hehehehehehehe
Nekcun..!!
Wah.....terkejut Tie tengok wajah nekcun terpampang kat Majalah MIDI tu....anak gadis tie terus pekik Nekcun!!
Sweet je nekcun ni...hi hi....memang nampak muda laa....kih kih ...!!
Tahniahlah....sebab jadi glamour tu...
Chekdee, memang semua soalan tuh nekcun ambil dari blog kekawan supaya senang nak cari jawapan. Treasure hunt memanglah camtu... kekadang jawapan yang betul tu langsung kita tak sangka.... Nanti kalo ada masa, nekcun nak buat soalan Treasure Hunt yang lain pulak!... sajer nak peningkan kepala kekawan... hehehe...
Tie, oh!... Tie dah baca pasal nekcun dalam MIDI yek?... sajer-sajer tu nak promote buku-buku nekcun tuh!... kalo kata nak glamour...heh!... mana ada glamournya... dah tua dah!...maklumlah dah jadi nenek!... hehehe...
salam nekcun
manje nak pinjam soalan2 'Harta Qarun' nekcun boleh? Nak tanya 'student2'manje bila boring2...
Salam Manje... nekcun tak kisah kalo manje nak ambil soalan 'harta qarun' tuh kerana rahsianya dah terbongkar pun!...hehehe...
err...boleh tak blur jap...what happend????
haha..sorry syd tak tau apa-apa pasal harta karun ni~huhu
Post a Comment