Seronok nekcun tengok ramai ibu bapa dan anak-anak mereka yang gembira dan riang ketika mengambil keputusan peperiksaan STPM dan SPM baru-baru ini. Lebih-lebih lagi keputusan SPM yang baru dikeluarkan semalam, kita dapat lihat bagaimana pelajar-pelajar berjaya meraih 12A, 11A, 10A dan entah berapa banyak A lagi…
Maka sekarang ini nekcun pasti mereka-mereka ini tentu sedang sibuk mengisi permohonan untuk memasukki IPT, yang pastinya banyak menggunakan ‘application on-line’, sehingga line internet pun boleh jadi ‘jammed’ dibuatnya!... Berlumba-lumbalah mereka untuk mendapatkan tempat untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Namun… adakah kita sedar… disamping mereka-mereka ini berebut untuk memasukki IPT, maka beribu-ribu jugalah mahasiswa/siswi yang akan keluar setelah tamat pengajian dalam masa terdekat ini. Maka berebut-rebut pula lah mahasiswa-siswi ini memohon pekerjaan kerana sudah pasti mereka mahu pula membalas jasa ibu bapa yang selama ini bersusah payah menanggung kos pembelajaran mereka sehingga mereka berjaya bergelar ‘Graduan’.
Tapi… hakikatnya… bolehkah kebanjiran mahasiswa/siswi yang telah bergelar ‘Graduan’ ini mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan mereka dalam keadaan ekonomi global yang merudum-rudum ini? Sedangkan pekerja-pekerja yang sudah mempunyai kemahiran dan pengalaman pun terpaksa diberhentikan kerja, apatah lagi ‘Graduan’ yang masih panas baru keluar dari ‘oven’ Universiti… di manakah ‘graduan2’ baru ini mahu ditempatkan?...
Ibu bapa di kampung sudah pun berharap-harap yang anak-anak mereka akan dapat membantu mereka dengan memberikan sedikit bantuan kewangan untuk perbelanjaan harian yang kian meningkat sekarang ini, bila anak-anak mereka sudah mendapat pekerjaan, menjadi pegawai dan bergaji besar tidak lama lagi kerana mereka telah pun berjaya memegang segulung Ijazah… Namun kita tidak perlu hairan kalau sebaliknya kata-kata sebegini pula yang akan sering kita dengar sekarang ini:
“Along masih tak dapat kerja lagilah ayah!...”
“Along dah pergi interview banyak tempat, tapi masih tak dapat kerja lagi…”
“Banyak syarikat kata, tak ada kerja kosong sekarang ini…”
Bayangkanlah betapa sedih hati ibu bapa yang begitu mengharapkan mendengar kata-kata sebegitu, sedangkan ramai lagi anak-anak yang harus ditanggung lagi kos persekolahan mereka disamping kos sara hidup yang kian meningkat setiap hari.
Di kaca-kaca television kita dapat lihat pemimpin-peminpin negara berebut-rebut memberi pendapat dan pandangan akan ‘kebaikan’ kerajaan memberi ‘suntikan’ sebanyak 60 billion di dalam usaha mereka mengembalikan kedudukan ekonomi di negara tercinta ini. Namun hakikat sebenar… adakah rakyat marhain seperti kita akan dapat merasa kebaikan ‘suntikan’ itu dalam masa terdekat ini? Bagaimana kita mahu membayar yuran pembelajaran anak-anak kalau duit atau gaji yang ada sekarang perlu pula menampung perbelanjaan dapor yang semakin meninggi?
Kalau benar ‘suntikan’ 60 billion itu boleh dimanfa’atkan oleh segenap lapisan rakyat, mengapa harga barangan makanan masih terus naik? Bagaimana rakyat marhain akan dapat menafa’at dari suntikan itu? Bagi pandangan nekcun, rakyat marhain hanya akan dapat merasakan men’fa’at suntikan itu sekiranya kerajaan dapat menurunkan semua harga barangan asas makanan harian kita contohnya, kalau harga beras boleh diturunkan dari RM40.00 (10 kilo) kepada RM30.00 atau harga ikan kembung dari RM12.00 kepada RM6.00 seperti dahulu, barulah rasanya rakyat marhain akan merasakan kebaikan suntikan RM60 billion itu… Kalau perkara-perkara seperti ini tidak diberi perhatian oleh kerajaan… rasanya walaupun kerajaan menyuntik 100 billion sekali pun, rakyat marhain macam kita tetap susah dan terus berada dalam kesengsaraan…
Bayangkanlah… apa yang ibu bapa, saudara mara kita di kampung dapat dengan suntikan RM60 billion itu kalau harga beras, ikan, telor dan lain-lain barangan makanan dan keperluan harian masih tetap seperti sekarang dan tidak mustahil akan meningkat lagi… Marilah kita sama-sama fikir-fikirkan…

Adakah ini hanya gula-gula pihak tertentu untuk memujuk rakyat marhain yang semakin sedar akan hak mereka sekarang?... Entahlah!...
10 comments:
Yang pasti itu adalah gula - gula HACKS.
Inilah hakikat negara kita.
Adinda Long... Kalo gula-gula HACKS boleh tahan jugak kerana sekurang-kurangnya boleh gak tolong kurangkan sakit tekak. Takutnya ia jadi gula-gula lolipop... nampak cantik tetapi kalau banyak di makan boleh menjadikan kencing manis dan memudaratkan diri sendiri...
Salam,
Chekdee setuju dengan nekcun.... mereka hanya gula-gulakan kita...biar rakyat leka....
Sebenarnyer pemimpin kita....tidak berjiwa rakyat...sebab...mereka tidak merasai kehidupan sebagai rakyat sebenarnyer ...... apa yang dilihat...tidak akan sama dengan apa yang dialami.......
kekadang...chekdee merasai...menjadi rakyat kelas pertengahan seperti kita...lebih teruk kena....kena bayar tax....tapi...dalam masa yang sama...kebanyakkan bantuan tidak dapat kita perolehi kerana jumlah pendapatan yang melebihi min yang ditetapkan...... sedangkan labiliti kehidupan tinggi.......
kesian rakyat kan ....nekcun..... jom kita jadi pemimpin pulak ...nak...heheheh....tapi... ada ker orang nak undi kita.....???....kita guna undi hantu jerlah....heheheheheh
Hu hu...memang terasa sangat semput ni...harga barangan keperluan semakin meningkat. Tie pun naik pening...almaklum anak2 semakin membesar...
Tapi yang mengharukan tentulah yang kurang mampu...
Chekdee, kekadang nekcun pun terfikir cam chekdee gak iaitu lebih elok kalo kita yg jadi pemimpin sbb kita dah rasa perit jerih jadi rakyat marhain, so apa yg akan kita buat mestilah untuk kebaikan semua rakyat jelata kan? Tapi... iyalah... sape nak cadangkan kita sbb kita tak pernah nak involved dalam politik pun!... hehehe...
Tie,kat T'gganu pun harga barang mahal ke? Nekcun ingatkan kami kat KL je yang semput dibuat dengan harga barang nih, rupanya di mana-mana pun sama ke?... Pagi tadi nekcun pi pasar, harga ikan tengiri last month RM20.00 sekilo, hari ni dah jadi RM22.00 sekilo... apa nak jadi nih?...
kata boss maza, "I doubt this transfusion! Does this meant to save or a grace to wealthier certain 'people'only?"
In positive side, I believe this is a sweet to retract investor and bouncing the market share which we have witnesses the KLSE had been affected badly, if not worse, back few months ago.
hmm..
Everywhere we could hear, people start talking how to survive! Not anymore the question of how to grow!
Again, the demand theory would be applicable? if do so does it really works?! hmm
This time i believe is not stagflation, but deflation!
Nekcun, do you agree with me, if I would say that we could expecting sooner or later the price war: price reduction race, will be began?
Maza, roughly nekcun tend to agree with you!... sooner or later there will be 'price war' especially on properties. Even now some developers already strated to reduce their houses/shop lots and sometimes with few added facilites such as 'free legal fees for S&P, MOT' sts.
But... nekcun have yet to see 'Sea food stalls or mamak stalls' started 'price war' among them... camna nak 'open table' ngan maza nih?.... hehehe....
nak komen tapi tak tau nak komen apa...
sikit je~
orang melayu mengharapkan kepada kerajaan untuk menyediakan kerja bila dah graduate..
ramai graduan-graduan melayu tak berani ambil resiko (bukan hanya graduan) untuk memulakan perniagaan..bila minta kerja tak dapat mereka lebih suka duduk rumah tunggu sampai dapat..sampai bila?
nak tunggu pegawai yang pencen pun lama lagi..belum termasuk syarikat yang buang pekerja..
60 billion tu boleh dipakai untuk orang-orang yang fresh graduate ni..bagi pelatihan..bagi modal..bagi peralatan..
pernah dengar orang merungut..kerajaan dah bagi latihan, dah bagi modal tapi takde market/pelanggan..orang melayu dah naik lemak..suma nak kena bagi...bila nak cari?
melayu kena berani..kena belajar dari bawah..kena susah dulu..
p/s: syd tak nak jadi doctor selamanya di hospital..makan gaji~..nak keluar dan ceburi bidang perniagaan..bukak klinik..bukak restoran..bukak butik~doakan ye~
agaknya ke mana 60b itu?
Sayyid... apa yg sayyid cakap tu ada betulnya dan ada juga yang perlu kita fikirkan balik. Tentang tak berani ambil resiko tu, betullah... orang Melayu agak takut nak mengambil resiko. Tetapi kita kena fikir pulak kerana apa mereka takut? Salah satu sebabnya ialah tak ada pengetahuan/pengalaman dan kurang modal. Itulah sebab utama mengapa DEB dahulu diadakan... untuk menolong orang Melayu membina 'confident, experience & knowledge besides assisting the starting budget - modal" Tetapi apa yang terjadi...amat menyedihkan... DEB tidak sampai ke sasarannya... Frankly speaking, nekcun sekeluarga sendiri 'are not civil servents". Kami semua kerja swasta (and partly own business)... cuba bersaing dengan orang lain dan berusaha membuktikan bahawa kita orang Melayu juga 'good performer and willing to take challenges'. Infact anak nekcun yang lelaki tu, he's working at an International Organization... we all trying to go out of the 'box', so we can survive even at any situation... Nekcun always prayed that Sayyid also would have such determination!... bukan Malaysia boleh tetapi 'kita orang Melayu Boleh!...'
Bima... entahlah!... nekcun amat sceptical ke manalah agaknya 60 billion itu akan disalurkan... Takut2 ada orang yang akan bertambah2 kaya dengan suntikan itu... yang miskin terus miskin tetapi yang kaya akan bertambah kaya...
Post a Comment