Dalam masa nekcun dan atok sedang seronok menyakat cucu yang tengah berlari-lari bermain di shopping mall, tiba-tiba telefon atok berdering-dering minta dijawab. Sudah jadi kebiasan atok kalau dia tengah layan cucu, memang dia tidak akan jawab telefon. Lalu dia menyerahkan telefonnya pada nekcun untuk menjawabnya.
Memandangkan kami sedang bercuti agak jauh, maka nekcun juga tidak akan menjawab telefon yang nombornya tidak di register dalam contact list kami. Jadi nekcun membiarkan sahaja deringan itu berhenti sendiri.
Tidak sampai 5 minit, telefon atok berdering lagi dan nombor yang sama seperti tadi tertera lagi. Nekcun biarkan lagi dan ianya berlarutan sehingga empat kali.
“Jawablah telefon tu, tanya dia sape dan nak apa! Nampak macam urgent sangat!” Atok menyuruh nekcun apabila telefon itu berdering lagi untuk kali kelima.
“Hello, Assalamualaikum!”
“Mualaikumsalam, ini telefon Haji ke? Ini isterinya ke?”
“Ya… saya!... siapa ni?” tanya nekcun agak suspence kerana mendengar suara pompuan dalam telefon tu.
“Eemmm… saya Minah (bukan nama sebenar) isteri Dollah (juga bukan nama sebenar)… ma’aflah menganggu Hajjah, saya cuma nak pastikan ini betul ke nombor telefon Haji…” katanya agak gugup.
“Ya, puan Minah... ini saya, Hajjah. Puan nak cakap dengan Haji ke?”
“Hajjah dengan Haji ada di mana sekarang?”
“Kami sekeluarga sedang bercuti. Itulah Haji tengah main dengan cucunya, jadi tak angkat telefon tadi…”
“Oh… ma’aflah… cuti dalam M’sia ke di luar M’sia ni…?”
“Kenapa pulak?”
“Kalau luar M’sia, nanti saya telefon lainlah bila dah balik nanti. Takut nanti bil telefon melambung pulak!”
“Okeylah kalau begitu… lusa kami baliklah…” ujar nekcun sambil memutuskan talian.
Atok dengan nekcun agak terkejut juga bila mendapat panggilan dari Minah tu kerana selama ini tidak pernah dia menghubungi atok. Bagaimanapun akhirnya atok dan nekcun membiarkan sahaja isu itu sehinggalah kami balik ke rumah pada hari Rabu lepas.
Petang semalam nekcun mendapat panggilan dari Minah tu apabila dia memberitahu yang atok telah memberikan nombor nekcun kepadanya. Dia kata dia lebih senang bercerita dengan nekcun dari dengan atok, tetapi semasa dia menelefon awal tu, dia tengah buntu dan tidak tahu pada siapa dia hendak memohon pertolongan.
Dari perbualan itu, nekcun baru tahu rupanya dia baru mendapat tahu yang suaminya sedang ‘bermain cinta terlarang’ dengan wanita lain. Dia boleh mengesan perkara itu bila mendapati terlalu banyak SMS dan panggilan dari wanita itu dalam bil telefon suaminya. Sehingga, ada waktu-waktunya pukul 3 pagi pun mereka ada berhubungan. Apabila dia ‘confront’ dengan suaminya, suaminya kata bahawa nombor itu adalah nombor kekawan golfing mereka. Tapi Minah lebih cekap, dia telah telefon nombor itu dan telah ‘confront’ dengan wanita itu dan dia pun dah mengaku segalanya. Sebab itulah Minah telefon atok untuk mendapatkan pengesahan kerana suaminya itu adalah kekawan atok juga.
Apabila nekcun ceritakan hal itu pada atok, mengucap panjang atok dibuatnya!...
“Mengapa bang?” nekcun bertanya.
“Jadi betullah apa yang kami sangkakan selama ini!” balas atok.
“Sangkakan apa?”
“Memang betul mereka ada hubungan sulit!...”
“Siapa?” nekcun tambah bingung.
“Dollah dengan Zenah… (bukan nama betul)” jawab atok seolah terkilan.
“Oh!... Zenab tu ke?...” nekcun juga turut terkejut.
Atok hanya mengangguk. Nekcun lagilah terkilan yang amat-amat kerana nekcun memang mengenali kesemua mereka itu dan memang selama ini kami semua berkawan rapat melalui suami masing-masing. Malah Minah dengan Zenab juga saling kenal mengenali agak rapat.
Eeemmm… nekcun tak mahulah nak cerita panjang pasal kisah ‘cinta terlarang’ ni kerana ia amat menyakitkan hati bagi isteri yang terkena perbuatan khianat suaminya itu. Sebagai seorang isteri, nekcun faham benar perasaan Minah. Iyalah… dalam keadaan umur-umur “rumah kata pergi, kubur kata mari” pun suaminya masih sanggup mengkhianati perkahwinan yang telah terjalin lebih dari 30 tahun.
Entahlah!... nekcun pun kekadang tak faham, apalah sangat yang di cari dek suami-suami yang sebegini. Tidak kah kau ingat segala kebaikkan isteri kamu selama ini? Kalau kamu mencari yang lebih muda, tidakkah isteri kamu juga dulu pernah muda dan kekasih baru mu itu juga nanti akan tua juga. Lagi pun, kamu tu pun kan dah tua Bangka juga!.. Tak malukah pada anak cucu bila mereka tahu perangai ‘gatal’ kamu itu?
Nekcun hanya mampu menasihati Minah agar bertawakal dan memohon pertolongan Allah agar rumah tangganya kembali bahgia. Nekcun suruh juga dia beritahu suaminya, adakah tidak suaminya berfikir sedemikian:-
1) Sekiranya dia meneruskan dengan episode cinta terlarang itu, tidakkah dia tahu yang dia sebenarnya dalam kerugian.
2) Dia akan kerugian bila dia hilang kepercayaan dan rasa hormat serta kasih sayang isteri, anak, menantu dan cucunya kelak kalau mereka mengetahui perkara tersebut.
3) Dia akan kerugian apabila dia hilang maruah diri dan rasa hormat dari kawan-kawan yang selama ini menghormatinya.
4) Dia akan kerugian apabila dia terus menanggung dosa kerana menipu isteri dan anak-anak selama ini.
Entahlah… nekcun macam rasa dah malas nak fikir soal-soal begini. Nekcun bukan nak salahkan lelaki sahaja, tetapi... juga kaum wanita yang tidak tahu menilai maruah diri sendiri. Tidakkah wanita-wanita yang suka ‘merampas hak orang ini’ terfikir bahawa kalau hari ini lelaki itu boleh meninggalkan isterinya kerana dia, maka tidak mustahil satu hari nanti lelaki itu juga akan meninggalkannya untuk wanita lain.
Wahai kaum sejenisku… janganlah kita sakiti hati kaum kita sendiri… dan wahai kaum lelaki, sayangilah dan kasihilah isteri anda yang telah banyak berkorban melahirkan zuriat anda… janganlah disakiti hatinya. Bagaimana anda rasa, kalau anda di tempat isteri anda itu?...
Bukan niat nekcun mahu ‘mengharamkan yang halal’ tetapi, kalau mahu membuat juga, ikutlah cara yang sebenarnya mengikut sunnah Rasullullah, bukannya hanya kerana mengikut naluri kelakian kamu… Kepada kaum lelaki, nekcun minta ma’af sekiranya entry kali ini agak emosional dan mungkin mengguris hati kalian, tetapi marilah berfikir secara waras dan fikirkanlah segala implikasi yang akan timbul dari perbuatan itu…
Harap ma’af sekiranya ada kekawan bloggers yang terguris rasa akan N3 nekcun kali ini…

14 comments:
wakakaka
maza tak nak komen bebanyak..
sbb dlm hal ini terlalu rumit utk diperjelaskan.
mungkin salah suami, atau isteri atau kaum wanita atau kaum lelaki!
Tak molek hanya bersandarkan sekelumit info lalu membuat kesimpulan total!
wakakakak
tapi kalau si suami nak menikah yg lain, tak sda soal menipu terhadap isterinyer derrr....
keduanya, kalau anak dan menantu membenci si suami atau bapaknya, hahahah tentu ada tukang hasut! .. satu lagi waema bapaknya murtad sekali pun wajib seorang anak taat kepada kedua ibubapanya!
Tetapi soal menyakitkan hati si isteri memang saya sokong! Janganlah sakitkan hati isteri sedapat2nya.. semolek2nya... usahakanlah.. Org yg berbahagia adalah org yg baik perkerti dan lembut melayani isterinya (maksud hadis tuu)
tetapi isteri pun kena faham dan kenalah taat kepada si suami. ini baru suruh sikit, mintak sikit ada pulak dikatakannya, "his! dah tua2 pun tak cukup lagi!" wakakaka
pesanan maza, selagi lelaki boleh 'tegang' selagi itu dia bernapsu.. itu fitrah... jadi sebagi isteri kena lah faham2lah yea!
pesan maza kepada kaum lelaki (dengar ni mat lan) - Tuhan tidak akan memandang muka kamu di pagi hari dan petang hari kepada mereka yg sudah tua tetapi berzina!...
(maksud hadis H.R. Bokhari - copy dari Diari Islamiah 2010)
huhuhuhu...pendek kata ke dalam terus lah tu...
opss.. den pulak terlobih cakap kan.. wakakakak
Salam nekcun...
Tie tak tahu nak tulis apa sebab tak de pengalaman begini...harap2 terus begitu...
Tapi, Tie tetap rasa simpati pada Minah..., cinta dan kasih sayangnya dikhianati... sedih, kan..
Kalaulah siDollah tu benar2 nak bukak cawangan, katakanlah dengan jelas... mungkin Minah dapat menerima kehendaknya itu... tapi, bila hati dah terguris, tepek plaster emas pun tak mungkin akan terubat....
Psst - Maza.... ewah.... bukan main lagi laju datang komen, ya. Ingat boleh dapat no.1 rupanya terpaksa beratur kat belakang jugak!
Maza, nekcun bukan marah kat kaum sejenis Maza, tapi bila perkara camni kena kat kekawan sendiri, rasa kesihan pulak!... Mentang-mentanglah lelaki boleh pasang 4, nak ambil kesempatan pulak! Macam mana kalau pompuan pun boleh pasang 4, suami-suami marah tak? cubalah fikir-fikirkan kenapa perlu cari yang lain kalau isteri yang ada dah beri segalanya!... Kalau takat nak kendurkan yg tegang (cilok phrasa adinda long!), nekcun rasa kami isteri ni pun tak heranlah!... kalau suami minta sekali, kami beri 2 kali!... hehehe... (sebab tu boleh stay cun selalu... petua awet muda tuh!)kakakaka...
----
Tie, memang pun, kalau hati dah terluka memang susah nak pulih balik... kepercayaan yang 100% tu dah tinggal 0% jer... Nekcun memang kesihan sungguh kat Minah tu kerana dekat depan orang, Zenab tu punyalah baik dengan Minah, tiba-tiba belakang Minah dia nak kebas laki orang tuh!... Eeemmm... mintak simpang malaikat 44, janganlah ada kekawan yang jadi macam Zenab tuh!...
wakakak...
ambil kesempatan! hehehe
tetapi kan kalau dah ada depan mata kesempatan, pompuan pun ngapp gak! cuma tinggal namanya ada atau tiada kesempatan itu di depan mata aje.. hehehe
bab kedua ttg testify ttg kepuasan dan penyediaan perkhidmatan.. wakakak..
kalau nak tau perkhidmatan berkualiti, si suami kenyang dan puas hati, kenalah ukur dan tanya pd si suami! Bukan tanya si penyedia perkhidmatan. Itu namanya naik lift tekan butang sendiri namanya tu!
Janganlah syok sendiri dgn berkata, "ah! semuanya aku turutkan,semuanya aku korbankan. Apa nak lagi?"
walhal hakikatnya pada pandangan org lain, dari kaca klient kita itu perkhidmatan itu boleh dicebik dgn bibir aje ..wakakaka..
Bab kendurkan yg tegang! aduhai.. kalau semua perempuan berjaya kendurkan itu sudah bagus. Tapi sejauh manakah saudara kita itu mampu mengendurkan suaminya?
Adakah sama performance dgn kita yg mampu memuaskan si suami itew? atau mereka juga tergolong seperti jenis isteri yg berkata, "ah! Dah tua2 tak habis lagi ke? Asyik nakkkk aje?!"
So camner tu?!
****
What ever it is permasalahan yg timbul antara zenab, minah dan dollah mesti ada sebab dan musabab.
Mesti ada puncanya!
Tak wajar kita salahkan dollah semata2 yang sememangnya telah diberikan syariat lesen 4!
atau kurang ajar juga kalau kita tuduh melulu si zenab.. jauh sekali mengabaikan fakta kesilapan yg berulang2 kali dilakukan oleh si minah!
sebagai sorg yg sudah matang dan dewasa haruslah mengukur situasi itu dengan pertimbangan yg waras!
Tak wajarlah atau kurang cerdik kalau terusan menuduh membabi buta! Melulu....
Adapun maza hanyalah cuba membawa pembaca kita, masyarakat kita agar jgn cepat sangat menuduh manusia melakukan dosa tanpa usul periksa.
Jangan ada pula kita mengambil jalan mudah dgn menabur fitnah dan dosa kering atas nama emosi kononnya yg telah difitrahkan itu!
stigma dan dogma inilah harus diperbetulkan. Kalau tidak, kita tidak ubah seperti org yg cepat melatah dan anti poligamy - a.k.a anti Quran!
jangan sampai kita tertipu sebagaimana Hawa ditipu dek syaitan di dlm syurga. Jangan sampai pula kelihatan seperti 'telujuk lurus kelingking berkait"! Membenarkan syariat tetapi perbuatan dan perkataan ada kesamaran dan kesangsian ttg hukum Tuhan! Perkara Redha itu seolah2 tergantung2...
Kalau rasa perkara ini sukar untuk diubah! Maka hal inilah ujian kita di dlm dunia... Hal inilah yg perlu diatasi pada hakikatnya dlm hayat kita di sini... dan Hal inilah yg menduga kita sejauhmanakah kita yakin dgn Tuhan lalu menaikan darjat kita terhadap-Nya.
hehhe.. kengkawan..maza hanya sekadar merapu aje ni... Mana rasa kata nasihat tak elok tu, dan tak dapat lekat di hati, tak dapek den nak menolongnya der.. tolak ajelah komen ni ke tong sampah! wakakaka
tetapi kalau ekau mengambil pengajaran darinya, dan ekau tunjukan pula kepada den.. alhamdulilah.. ekau memang diberkati Tuhan dan mampu menolong den pulo ke jalan-Nya.. hehhehe
maza; cita-citanya nak jadi org yang soleh!...
psst: harap2 tak ada lah pulak kengkawan cakap maza bila isu seperti ini laju aje maza datang dan komen... hehehhe
itu namanya org tu masih tak jelas tu.. wakakakak
sbbnya isu lain pun yg mana berselindung dgn ADDIN Al Islam wal Muskminin, bagi maza NO COMPROMISE...
sama juga halnya dengan isu2 parent hood... hehehe
psst! sorry nekcun.. heheh
maza terlebih minum air masak tulah agaknya kembung perut lalu mabuk2 sikit nie..dan seterusnya terspam lak blog si nekcun.. aderkk!
wakakakaka
Maza, nekcun tak kisah apa pun Maza nak mengomen kat sini... itu tandanya isu yang nekcun utarakan adalah isu yang penting dalam hidup manusia.
Tapi bagi nekcun, nampak gaya Maza macam menyokong sajer perbuatan Dollah & Zenab dan seolah menuduh Minah sebagai isteri yang kurang segalanya!... Tapi, sebagai sahabatnya nekcun tahu benar bahawa Minah adalah seorang isteri yang lengkap segalanya!... malah Dollah pun pernah komen yang mengatakan dia beruntung beristerikan Minah kerana Minah memahami segala kehendaknya!... jadi apa lagi yang hendak dicari dek Dollah pada si Zenab tuh!... kalau kata nak cari yg 'baru dan ketat' apa yang Zenab nak ketatkan kalau dia pun dah melahirkan 5 anak dengan suaminya dulu. Kalau kata nak ikut sunnah nabi menolong ibu tunggal, carilah ibu tunggal yang benar2 miskin macam Rasulullah dulu, tapi Zenab bukan ibu tunggal yang miskin kerana dia bekerja dengan gaji lebih 10K.
Bagi nekcun dalam hal ini, memang kedua mereka telah kalah dengan hasutan syaitan yang sukakan masjid yang dibina roboh!... Adakah Dollah akan dapat pahala kerana membantu menjaga anak Zenab tetapi meninggalkan tanggungjawabnya sebagai bapa yang sah kepada anak-anaknya bersama Minah dengan menyerahkan segala tugas memberi nafkah dan mendidik mereka secara sepenuhnya ke bahu Minah? sedangkan anak Zenab bukanlah tanggungjawabnya!... inilah salah satu yang nekcun katakan Dollah akan sentiasa menanggung dosa jika dia meneruskan episode 'cinta terlarang' ini.
Itu belum lagi isu Dollah menipu Minah & anak-anaknya yang mengatakan dia selalu keluar kawasan kerana bertugas, sedangkan hal yang sebenar adalah untuk 'bercanda' dengan si Zenab! adakah perbuatan itu juga tidak mendatangkan dosa pada Dollah?... kalau Maza kata itu pun adalah hak Dollah, maknanya dia boleh berbohong dan dia tidak akan berdosa... maka, ma'aflah... nekcun tak tahu ustaz mana Maza belajar hukum syariat Islam yang syumul ini!...
Dari apa yang nekcun perhatikan, memang ramai lelaki akan melihat hanya dari sudut kekurangan isteri apabila ada isu seperti ini berlaku. Tidak pernah mereka memikirkan dari sudut kekurangan suami pula!... Nekcun tidak pernah membantah yang lelaki ada lesen 4, tetapi Allah juga ada memberi tatacara bagaimana lesen 4 itu boleh digunapakai... bukan main redah ajer!...
Apa-apa hal pun, satu jer nekcun nak tanya pada Maza atau lelaki lain, macam mana you all rasa sekiranya Allah memberikan lesen 4 kepada isteri dan bukannya kepada suami? Bolehkah tuan-tuan terima kenyataan bila isteri berkahwin lain sebab tuan-tuan sebagai suami pertama mempunyai kekurangan sebgaimana yang Maza celotehkan itu?.... cubalah fikirkan dan letaklah diri anda di tempat isteri2 seperti Minah ini....
Apa-apa pun nekcun minta ma'af sekiranya apa yang nekcun katakan menggors perasaan kaum lelaki, tetapi untuk kebaikan ummah, nekcun rasa tak salah kalau kita saling ingat mengingatkan...
heheh...
pada padangan mata kita, mungkin sempurna sudah si Minah itu.. tetapi padangan orang yang hari2 dengannya? si suaminya? saper tahu!
Zaman berubah manusia pun berubah.. Dulu Dolah dan Minah dianggap untung memanjang… tetapi hari ini siapa tahu ada kerugian! Kita sahabat mereka bukan tinggal pun sebumbung! Hehehehhe
(Psst: ada sesetengah kes, dulu orang tu paling jahat sekali, tetapi pada usia2 hendak mati, dialah paling takwa dan akhirnya masuk syurga. Dan ada pula kes yang sebaliknya… so apa nak diherankan sangat kes Dollah, Minah dan Zenab… hehehhee)
Bab berbohong dia keluar kawasan itu, itu dosa Dollah dengan Tuhannya, kerana berbohong! Memang hak Dollah untuk berbuat dosa atau sebaliknya.. hehhehe yang nak menanggung beban di atas perbuatannya pun dia….dan selamat pun dia juga!
(Siapakah kita hendak tentukan pahala dan dosa si Dolah itu... Kita inikah malaikat? - erk! ustaz tak bagi tahu lak kita ni malaikat.. wakakakka) Dan apakah minah juga tidak pernah berbohong dengan si suaminya? waema sekali, atau sedikit pun? dan urusan dosa dan pahala itu pula bukankah urusan Tuhan?!
Tetapi kalau si Dollah mahu juga, bertegas juga mahu keluar rumah adakah isteri boleh menghalangnya?! Sudah lupakah hukum nuzyus!
(Psst: ustaz pun tak maksum dan bukan nabi…. Apa nak heran kalau dia pun ‘terkhilaf’ atau kita yang tidak faham2 .., erk! Pintu ‘ilmu dan hidayah’ di ‘tangan’ Allah lah.. hehehhehe)
Bab pahala dan dosa dengan anak2 si zenab itu urusan Allah SWT yang hendak memberikan ganjarannya! (bagi maza, tak elok kita mendahului Tuhan tentang hokum dosa, pahala, hala, haram dalam hal yang tidak pasti)
Kalau si Dollah hendak menikah dengan Zainab, sudah tentu dia ada perancangan tertentu... Mesti ada tatacaranya nya! Tidak baik menuduh sebarangan dengan membuat telahan sendirian tanpa mengetahui apakah objektif dan perancangan yang telah mereka lakukan!
Bab Zenab dikatakan janda yang kaya tak perlu pertolongan seorang lelaki! Siapakah kita boleh menentukan bahawa hanya seorang janda miskin sahaja perlu dibantu? Apa janda kaya tidak ada masalahkah dalam hidupnya, tidak perluk dibela sama sekali?!
Walhal tidak ada halangan pun dalam mana2 hadis untuk berkahwin janda kaya, tetapi kenapa kita hendak letakkan yang harus kepada tidak harus pula! (psst: kebanyakkan sunnah tidak terkongkong di dalam hanya ‘satu kotak’… hehehheh)
Waeman janda kaya, mereka juga ada masalah tertentu yang perlu kehadiran si suami atau lelaki. Sebab itu ada sesetengah perkerjaan dan tugas hanya mampu ditanggung perempuan, dan setengahnya pula hanya mampu ditanggung atau diberikan oleh seorang lelaki!
...sambung....
Apa yang dicari si Dollah ke atas si Zenab!
Kenapa tidak tanyakan sendiri kepada Dollah apa specialnya si minah itu dan apa istimewanya pula si Zenab. Hingga bagi Dollah, Zenab memiliki dan mampu melengkapkan kehidupannya berkeluarga.
Dan jangan lupa tanyakan sekali kepada Zenab apa kelebihan Dollah hingga dia pun sama tertarik!
Bab Ketat:
Bukankah tidak adil kita hanya menuduh Dollah berkehendakan layan nafsunya semata2! Nah kalau nak si ketat barangpasti si Dollah sudah lama melakukannya, tetapi kenapa si longgar dicarinya. Pastinya ada terselit keistimewaan ke atas wanita itu! Kenapa tidak ditanyakan kepada mereka?!
(Psst: Quran cakap: Apa yang kamu sangkakan itu lebih banyak tidak benar daripada yang benar. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang tersembunyi dan apa-apa yang tidak diketahui oleh kamu)
Kenapa kita hendak lihat si Dollah hendak meruntuhkan masjid. Adakah betul si Dollah hendak bercerai dengan isterinya?
Dan apakah salah, betul-betul salah si Dollah itu jika hendak membina satu mesjid lagi?!
Tetapi agak-agaknya siapakah yang ‘naik hantu’ sebenarnya hingga lupa mesjid sendiri?! Hmmm (maza tak tuduh mana-mana pihak yea hehehehe)
Siapakah kita hendak menghukum mereka telah hanyut dihasut syaitan. Confirm ker? Sejauhmana kita yakin? Betul ke ada wujudnya ‘cinta terlarang’ dalam bab ini?
Bukankah mereka itu halal dinikahi, kenapa dipanggil cinta terlarang?
Lagipun kita pernah mengakui bahawa soal jatuh cinta dan rasa cinta tidak pernah terhalang dan ia hadir di dalam hati seseorang itu?! (wakakaka – soalan menduga akal,, dengan akal maza sekali terpeleot (serius) ..wakakak)
Mana kita tahu, bahawa itu juga adalah perancangan Allah, takdir Allah SWT untuk menjodohkan mereka bertiga!
Kalau isteri pun diberi kelonggaran bersuami empat sekali pun, insyallah tentu ada hikmah disebalik kejadian dan ketentuan Tuhan...
Tetapi sekarangnya ketentuan telah pun ditetapkan, kelonggaran diberikan ke atas si lelaki, sudah tentu ada banyak hikmah dan pengajaraanya yang hendak Tuhan sampaikan kepada manusia!
Tetapi apakah agak sebabnya hingga kita sanggup membandingkan 'jika hukum yang ditetapkan ini dilaksanakan pula ke atas sebelah jantina lain, apa perasan mereka pula'! Ragukah kita terhadap hukum Tuhan itu hingga mempersoalkan sejauh itu?
Kalau begitu, kenapa tidak diusulkan apakah perasaan wanita waema ketika nifas dan haid perlu solat! Ketika nifas dan haid kena puasa juga! Wanita mencari nafkah dan si suami menjaga anak-anaknya di rumah!
Lantaran itu apabila melihat isu seperti ini, atau isu2 apa sekalipun, janganlah melihat dari satu sudut sahaja. Iaitu isteri pertama adalah mangsa tanpa mengambil biacara tentang sebab musabab pihak yang lagi satu; Dollah dan Zenab sendiri! atau hanya menilai melalui observation semata2. Adakalanya mata pun pandai menipu kita....
Contohnya, ada sesetengah orang lain mampu berlakon di depan kita lain, di belakang kita lain pula!
bukan si suami sahaja hanya melihatkan kekurangan isteri, bahkan isteri juga kalau 'dah angin' dah semput dan ‘dah angau’ akan melihat juga hanya kesilapan dan kesalahan si suami! Ini hukum alam yang perlu kita atasi bersama! Bukan hanya si pihak lelaki atau sebelah perempuan sahaja!
bukanlah si wanita itu maksum, jauh sekali sempurna segalanya bagai, tiada cacat cela langsung! Bahkan mengikut Al Quran, tidak pernah ada seorang pun semenjak dunia ini wujud wanita itu maksum.
demkian juga bukannya si lelaki itu sempurna sesangat sampai dialah paling benar sekali...paling sempurna…. Walhal penganas tegar juga melibatkan lelaki…. Penyangak pun rata-rata lelaki!
tetapi alangkah indahnya jika kita anjurkan agar sama-sama mudah memaafkan, mudah pula taubat,berubah dan kembali ke jalan Ilahi. Demikianlah jika mahukan rumahtangga rukun aman damai!
Kalau nak ikutkan isu hangat di media perdana sekarang ialah isu rumahtangga Ustaz Hayy...
walaupun banyak telah diwar-warkan diakhbar, dan seolah2 berat kepada isterinya yang pertama, namun maza tetap menantikan jawapan dan timbalbalas dari ustaz sendiri...
Dan maza sendiri tidak berani mengatakan isteri pertama berdosa, ustaz hayy berdosa dan wahida juga berdosa! (lagipun siapakah maza hendak tentukan dia ni layak dapat pahala atau dosa, wal hal Allah SWT berfirman soal dosa dan pahala adalah urusannya.. bahkan bukan urusan Nabi dan para wali Allah, serta para Malaikatnya. Psst; malaikat pun tunggu arahan Allah SWT, dia tukang catat aje) hehehhehe
bab maza sokong atau tidak si Dollah itu isu lain. Isu itu harus yang diteliti secara mendalam. Perlu didengari kedua-dua belah pihak! Dan wanita yang selalu ingin menjuarai keadilan, bukankah saranan maza ini juga menyeru kepada keadilan?!
Namun pada hakikatnya, maza dan kengkawan lelaki lain sering kali menasihati diri maza dan kengkawan agar kalau hendak menambah cawangan supaya fikir baik2. Jangan sampai memburu sesangat pahala berbini lebih hingga dosa dan bala terbeban di jemala kepala sendiri. Hal ini juga bukanlah bermaksud hendak mengajar lelaki dan diri maza sendiri untuk tidak bertanggungjawab terhadap ummah!
Maza amat menyokong nasihat nekcun terhadap si Minah. Agar bersabar dan memohon dengan berdoa kepada Alalh SWT diperteguhkan rumah tangga mereka!
Wahai Minah yang dikasihi, carilah jalan agar si suami anda tidak digelanggi dosa maksiat lagi… bantulah dia! Tidak kiralah goda dia balik, nasihat ke, atau kalau memang kuat jodoh mereka redhailah….(heheh hat ni kena hati-hati sikit, sesintip..karang ada lak yang terbeliak mata…wakakka)
Namun sebagai Muslimah solehah, janganlah sekali-kali meminta cerai kepada si suami. Ditakuti nusyuz dan neraka marak membara menanti kita.
Kecuali menebus talak atau fasakh, jika hal-hal yang melibatkan syariat dan akidah!
(tamat)
Salam nekcun,
Kesian kat "minah" tu kan..... Tapi..cam tulah..... bila emosi menguasai akal..... Ramai yang dah terjebak dan ramai yang dah terkesan dari hal itu.... tapi ... cam biasalah... susah sangat lelaki cam tu nak ambil ikhtibar dari pengalaman orang lain kan.......
Kesian sekali ialah nasib anak-anak.......
Doa chekdee... harap kami sekeluarga dan juga keluarga anak-anak kelak selalu mendapat perlindungan ALLAH agar semuanya berjalan mengikut akal yang sihat.
Hello Nekcun...
Apa kabo???
Lama x dgr cerita...
Dah lupa Cucu Tommy kat sini ke...
Commentlar 2 entri terbaru ye..
Hope to hear fr U soon..
Chekdee, sama-samalah kita berdo'a agar kehidupan keluarga kita akan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. Semoga bahgia selalu.
---
Hi Tommy, thanks for dropping by. Nanti ada masa, nekcun akan singgah blog Tommy yek!... musim cuti sekolah ni, highway jammed sikit sbb ramai orang balik kampung!... hehehe...
salam nekcun..pertama kali ziarah blog nekcun..best n santai..crite dolah, minah n zenab mmg haru... pada saya lah klau dolah bagi tau kat minah nak bina masjid lg satu. boleh ke minah terima..padahal dolah beritahu kat minah sbb dia sayang kat minah..nak jaga hati minah..tak mau buat keje jahat @ menipu kat blakang minah..dia betul2 ikhlas..tapi setujukah minah?.. jika minah setuju..payung emas dia dapat kat syurga..itu janji Tuhan. kejadian dan ketentuan Tuhan semua ada hikmah disebaliknya.. buat kita muhasabah diri..semua milik kita ( yg kita anggap ) bukan hak kita..semua pinjaman... sampai masa kena bagi balik pd yang empunya..kita tak boleh ego n anggap itu hak kita seorang..lagi satu.. tu semua ujian Tuhan.. mengukur sejauh mana pergantungan kita pada Tuhan.. bukan pada manusia..kalau dolah tu tak kawin dgn zenab pun..klau ditakdirkan kawin dua..dia akan kawin juga dgn org lain..Tuhan jadikan hati lelaki byk ruang kosong utk diisi..klau tak lelaki pun tak leh kahwin 4..wallahualam
Post a Comment