Pagi tadi ada seorang kakitangan syarikat telefon nak datang buat temujanji dengan nekcun untuk meminta nasihat dan pandangan kerana dia sedang menghadapi masa’alah dengan ketuanya. Memang itulah salah satu tugas nekcun sebagai EAP practitioner atau pun counselor untuk syarikat tempat nekcun bekerja sekarang di samping tugas utama nekcun di Bhg. Sumber Manusia.
“Hajjah… saya rasa tertekan sangat dengan perangai boss saya!” ujar anggota syarikat.
“Apa yang dia buat sampai awak rasa tertekan?” tanya nekcun.
“Dia bossy sangat!” balas anggota syarikat.
“Dah dia boss, kenalah bossy!… “ ujar nekcun sengaja nak provoke supaya dia akan terus bercerita masaalahnya.
“Iyalah… saya tahulah dia boss, tapi janganlah bossy tak tentu hala!” ujarnya.
“Bossy yang macam mana tu?” tanya nekcun lagi.
“Bla..bla…bla… potpet… potpet…” anggota itu bercerita pasal perangai ketuanya.
Hampir satu jam kami berbincang, tetapi dia yang banyak meluahkan perasaannya, manakala nekcun hanya mendengar sahaja dan sekali sekala nekcun bertanya sekiranya apa yang dimaksudkan tidak jelas.
“Jadi… sekarang awak dah tahu yang boss awak bossy macam tu sebab mahu memastikan tanggungjawab dia sebagai boss berjalan lancar kerana tanggungjawab sebagai boss bukannya mudah, jadi apa yang awak rasa awak patut buat?” nekcun sengaja mahu dia membuat keputusannya sendiri.
“Saya rasa saya setuju dengan statement Hajjah tadi… dah dia boss, kenalah bossy baru kerja boleh berjalan lancar!… saya akan guna cara yang sama kepada anggota bawahan saya pula!… biar boss saya tahu bahawa saya juga seorang boss!.. Terima kasih Hajjah kerana mahu mendengar masaalah saya! ” katanya sambil tersenyum seolah puas hati kerana telah dapat idea untuk bertindak.
Nekcun turut tersenyum dengan keputusan yang dibuatnya sendiri. Dari fahaman nekcun, sebenarnya bossnya itu tidaklah bossy tara mana pun, hanya dia sahaja yang merasa kurang senang apabila ada di antara rakan sekerjanya yang lebih mendapat perhatian dari ketua mereka sebab berjaya menyiapkan semua tugas dalam jangka masa yang ditetapkan kerana mereka tahu mengawal anggota bawahan mereka.
Di samping itu, anggota terlibat merasa tiada siapa yang faham akan perasaan dan masaalahnya kerana selama ini tiada siapa pun yang mahu mendengar rungutannya!… Maka itulah salah satu sebabnya mengapa di syarikat kami, telah diujudkan beberapa orang yang dilantik sebagai EAP practitioner atau pun counselor yang diikhtiraf oleh syarikat untuk membantu anggota-anggota yang memerlukan bantuan seperti yang nekcun ceritakan itu.
Bagi nekcun, walaupun tugas itu sebenarnya hanyalah sebagai tugas sukarela kerana ia tidak termasuk dalam KPIs tugas utama nekcun, tetapi nekcun akan rasa seronok bila anggota yang datang berjumpa nekcun akan pulang dengan lebih senang hati dan bersemangat untuk bekerja di dalam membangunkan syarikat. Bagi nekcun, jika nekcun berjaya membuat orang lain gembira dan bermotivasi adalah satu kejayaan yang amat membahgiakan.
Nekcun selalu percaya akan kata-kata seorang ustaz kepada nekcun suatu masa dulu: “ Sekali kita membantu melapangkan kehidupan orang lain, nescaya Allah akan melapangkan hidup kita sampai bila-bila!…” InsyaAllah!...

8 comments:
betul tu nekcun.......
rasanya saya nak cadangkan unit itu juga ditubuhkan di syarikat saya yg hanya tidak berapa kerat orang pekerjanya.., huhuhu
psst: bukan semua org boleh jadi boss tau.. huhuhuhu
tapikan kalau semua orang nak jadi kuli, siapa lak nak jadi boss..
eh silap, kalau semua org nak jadi boss, siapa lak nak jadi kuli?! hmmm
saya setuju bahawa kadang2 penyelesaian masalah datang dari org yg memikirkan itu adalah masalah. mind setting!. HR cuma jadi org yg bertindak membantu memahami situasi.
harap suatu hari nanti saya juga akan menjadi se 'expert' nekcun dalam mengurus pekerja.
Kirana yakin dgn kata2 ustaz tu. Kirana pn byk jgak mbantu mlapangkan hdup org lain bila mghadapi masalah. Alhamdullillah...hidup Kirana pn lapang jgak!
Wah...best juga nekcun ni siap jadi kaunselor yang baik...... banyak pahala tu. Nekcun bukan sahaja membantu pekerja tu...tetapi nekcun juga membantu mengeratkan hubungan bos dan pekerjanya.......
Chekdee bos disyarikat chekdee.... menjadi bos bukanlah mudah ....kena banyak memahami tetapi dalamm asa yang sama kita perlu tegas agar pengurusan syarikat ok......
Syabas nekcun.
Maza, semua orang adalah boss... boss pada diri sendiri!... hehehe...
----
Izman, jadi orang HR memang camtulah!... kena pasang telinga jer kalau staff mengadu!... Kalau kita tak layan, kesihan pulak tengok depa stress one-kind jer!... Anyway nekcun memang seronok jadi orang HR, macam-macam perangai orang kita boleh jumpakan!...
----
Kirana, memang betul... nekcun memang selalu ingat pesanan ustaz tu!...
----
Chekdee, jadi boss di syarikat sendiri lagi terok. Lagi kena bossy kerana kalau syarikat tak deliver, kita yang menanggung risikonya!...
nekcun kata, "maza ~ semua orang adalah boss... boss pada diri sendiri!... hehehe..."
hmm..
mendalam maksudnya..
huhuhu
understood nenek ku... huhuhu
t.q
hoho..setuju2...bos kena bossy la sebab tu dapat title boss..huhu...salam nekcun..lama tak singgah sini..syd punya blog tukar template so habis hilang link semua orang..
Salam sayyid,dah tukar template ke? Patutlah bila nekcun nak ziarah tak dapat-dapat... sambunglah balik link kita nih!... hehehe...
Post a Comment