Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu...



<<<> gambar ketika anak & menantu membelanja nekcun dan besan makan seafood di Port Klang.

Mama… oh Mama!…
Kaulah ratu hati kami semua…
Tanpa mama…
Tidak akan kami lahir ke dunia
Menikmati hidup di alam maya ini…
Jasa mu mama, tidak terhingga
Keredhaan mu jua yang selalu kami pinta
Semoga Allah sentiasa memberkati
Kehidupan kita sekeluarga sehingga akhir nanti…
Kami semua sayang Mama!…

Bait-bait indah yang mencuit hati nekcun apabila anak-anak nekcun dengan penuh kasih sayang mengucapkannya. Nekcun jadi agak sebak apabila mereka adik beradik tidak pernah lupa untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Ibu’ setiap tahun walaupun pada dasarnya mereka selalu berkata bahawa ‘Hari Ibu’ adalah pada setiap hari bukan pada satu hari tertentu ini sahaja.

Walau apa pun, nekcun amat bahgia dengan kehadiran anak-anak, anak menantu dan cucu, menambah memeriahkan lagi rumah nekcun pada hujung minggu ini. Mereka juga membawa nekcun & atok makan bersama-sama keluarga yang lain di tepi laut.


Kepada kekawan yang sudah bergelar Ibu, nekcun juga ingin mengucapkan “Selamat Hari Ibu’ untuk kita semua. Semoga kita akan menjadi Ibu yang mithali dan berjaya mendidik anak-anak kita untuk menjadi insan-insan yang soleh dan solehah. InsyaAllah!...

17 comments:

Unknown said...

selamat hari ibu nekcun~

kasih ibu tak ternilai harganya~

chekdenoor said...

Selamat hari ibu juga dari chekdee untuk nekcun..... hehehe...bukan mudah kan nakjadi ibu yang sempurna..... tapi kita kena gak berusaha kearah itu.......

maza said...

hmm

tapikan...
perasan tak?
Bila hari bapak aje.. mesti sunyi jerk suasana kan..

masing2 buat2 derk je kan..
uwakkkkk!!!!

Nek Cun said...

Sayyid, terima kasih di atas ingatan ikhlas Sayyid itu...

----

Chekdee, betul kata chekdee... bukan mudah nak menjadi ibu yang sempurna! Lebih2 lagi dalam dunia yang penuh cabaran ini! Tapi marilah kita berusaha dan terus berdo'a kepada Allah, semoga Allah akan memakbulkan do'a kita itu.

----

Maza, janganlah sedih... nanti bila anak2 Maza sudah faham apa itu pengorbanan seorang Bapa, mungkin mereka juga akan memeriahkan kehidupan Maza dengan limpahan kasih sayang mereka!...

maza said...

huhuhu

meh ler rawat lara maza ini dgn nekcun open table makan nasi beringin... aderkkk...


uwakkkkk

Nek Cun said...

Maza, nekcun tak kisah bila & kat mana maza nak open table, masaalahnya... bila nak mai ambil nekcun nih!... cam tak berani nak mai jer!... hehehe...

Abang Long said...

Ada pendapat kata BUKAN MUDAH UNTUK MENJADI SEORANG IBU, TAPI MUDAH UNTUK MENJADI SEORANG BAPA.

Pendapat Nekcun ?

Ops... SELAMAT HARI IBU

izman said...

selamat hari ibu nekcun, moga terus cun

Nek Cun said...

Adinda Long, memang bukan senang nak jadi Ibu kerana terpaksa bersush payah mengandung 9 bulan 10hari baru boleh jadi Ibu... tapi jadi bapa senang jer... buat ajer isteri mengandung, tentu-tentu mesti jadi bapa!... hehehe...
Itu sekadar pengetahuan am, tetapi hakikat sebenarnya dua-dua sama, bukan mudah mahu jadi ibu atau bapa mithali... banyak pengorbanan yang perlu dilakukan untuk sampai ke tahap itu... tapi zaman sekarang ni ramai yang hanya tahu jadi 'ibu atau bapa ayam' jer! (Nauzubillah!)...

---

Izman, terima kasih di atas ucapan dan ingatan... Tentang nak terus cun tu, susah sikitlah... sebab bila umur dah meningkat, kudrat pun dah mula kurang... (tapi dalam hati tetap rasa muda & cun)... hehehe...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
umie@kakyong said...

Salam kenal..
Selamat HAri Ibu buat NekCun

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Kasihnya ibu membawa ke syorga, kasihnya ayah tiada berpenghujung.

Nek Cun said...

Salam Yong, terima kasih di atas ucapan dan ingatan. Datang ziarahlah selalu... nekcun suka kalau ramai anak cucu datang ziarah.

-----

RMN, betul tu... keujudan ibu dan ayah sama pentingnya!...

kuchalana said...

selamat hari ibu nek cun..

Unknown said...

Salam Nekcun...
Anak-anak macam kengkawan aje dah dengan Nekcun ek? Dah tanya dah rasanya soalan ni tapi nak tanya lagi. Apa rahsia awet muda? He he he...

kirana said...

Happy mother's day, nekcun. Semuga nekcun sentiasa ceria dan berbahagia selalu.

Nek Cun said...

Salam Kuchalana, terima kasih di atas ingatan dan ucapan.

----

OD, memang seronok kalau anak-anak dah besar-besar nih... boleh cakap dan sembang 'same language'... hehehe... tentang nampak muda tuh... heh, tak adalah nekcun ni nampak muda tara mana pun!... biasa-biasa jer peringkat-peringkat umur nekcun nih... cuma nekcun ni suka gelak... tulah yang nampak ceria kot!... hehehe...

----
Kirana, terima kasih kerana sudi ziarah dan ucapan yang penuh bermakna itu. Memang nekcun hargai sangat-sangat semua anak cucu yang tak habis-habis mendo'akan kesejahteraan nekcun!... Nekcun pun do'akan semua anak cucu yang rajin ziarah nekcun semoga sentiasa sehat sejahtera dan sentiasa diberkati Allah kehidupan di dunia dan akhirat.... Aaaminnnn...