Atok dan nekcun seronok betul bila anak teruna kami memohon untuk kami menghantar pinangan kepada keluarga gadis yang menjadi idamannya selama ini. Setelah urusan merisik yang dijalankan oleh abang ipar nekcun sebulan lalu, maka dipersetujui agar majlis pertunangan anak teruna nekcun ni diadakan pada cuti hari raya Cina nih!... Gambar semasa kami mula-mula sampai di rumah bakal besan nekcun.
Mengambil kesempatan yang rumah gadis itu di Taiping, Perak, Atok telah pun menempah beberapa bilik hotel di Lake Town Resort untuk kami sekeluarga bercuti dan berehat di samping melangsungkan majlis pertunangan anak teruna kami tu. Alhamdulillah… semuanya telah berjalan lancar. Nampaknya… tak lama lagi nekcun dan atok akan dapat menantu lagilah!... dan yang pasti akan bertambah pulak cucu nekcun nanti… (Tapi nekcun tetap rasa macam muda sokmo jer!... hehehe…perasan plak nenek nih!...) Sekadar dulang-dulang pemberian yang nekcun buat sendiri.... nak jimat belanja...hehehe...
“Akak… boleh tak anak saya main ngan anak akak?” seorang wanita berumur lingkungan 30an bertanya nekcun ketika nekcun dan atok membawa cucu nekcun yang sorang tu main water gliding di water park. Anaknya ingin main tetapi tiada pelampung lagi sebab semua sudah disewa orang lain, jadi anaknya nak naik sama dengan cucu nekcun.
“Okey!... boleh… no problem!” jawab nekcun. Tapi dalam hati rasa nak tergelak gak bila orang ingat nekcun bawa anak kecik begitu… (heeh… tak habis-habis perasan plak nenek nih!...). Nampak gayanya nekcun dan atok kenalah tukar pernampilan bila dah bertambah menantu nanti… hehehe…
Apa yang nekcun nak kongsi di sini bukanlah pasal nekcun perasan nih!.... hehehe… tetapi pasal keadaan ekonomi rakyat Malaysia nih… dalam kita sibuk-sibuk kegawatan ekonomi ni tetapi orang-orang Malaysia masih boleh bermewah-mewah, kerana ketika di Lake Town Resort tu nekcun tengok ramai betul yang datang bercuti di situ. Untuk bermain di water park pun dah jadi macam tak selesa kerana terlalu ramai.
Atok dan nekcun terpaksa gak pergi ke water park tu sekadar melayan kerenah cucu sorang nih!... Bila dikenang akan keadaan saudara Islam kita di Gaza, Pelastin terasa sebak pula di dada kerana anak cucu kita di sini masih boleh bersukaria dan bermewah-mewah sedangkan mereka di sana, nak tidur pun sudah tidak tenteram lagi, apatah lagi untuk bersukaria!... Ya Allah, lindungilah saudara Islam ku di Gaza, Pelastin dari kezaliman orang-orang Yahudi Laknatullah!...
“Okey!... boleh… no problem!” jawab nekcun. Tapi dalam hati rasa nak tergelak gak bila orang ingat nekcun bawa anak kecik begitu… (heeh… tak habis-habis perasan plak nenek nih!...). Nampak gayanya nekcun dan atok kenalah tukar pernampilan bila dah bertambah menantu nanti… hehehe…
Apa yang nekcun nak kongsi di sini bukanlah pasal nekcun perasan nih!.... hehehe… tetapi pasal keadaan ekonomi rakyat Malaysia nih… dalam kita sibuk-sibuk kegawatan ekonomi ni tetapi orang-orang Malaysia masih boleh bermewah-mewah, kerana ketika di Lake Town Resort tu nekcun tengok ramai betul yang datang bercuti di situ. Untuk bermain di water park pun dah jadi macam tak selesa kerana terlalu ramai.
Atok dan nekcun terpaksa gak pergi ke water park tu sekadar melayan kerenah cucu sorang nih!... Bila dikenang akan keadaan saudara Islam kita di Gaza, Pelastin terasa sebak pula di dada kerana anak cucu kita di sini masih boleh bersukaria dan bermewah-mewah sedangkan mereka di sana, nak tidur pun sudah tidak tenteram lagi, apatah lagi untuk bersukaria!... Ya Allah, lindungilah saudara Islam ku di Gaza, Pelastin dari kezaliman orang-orang Yahudi Laknatullah!...
15 comments:
Wah, alhamdulillah.....seronok dengar khabar gembira ini. Akan bertambah besarlah keluarga nekcun ya. Agaknyer bila majlis kahwin akan diadakan?? ....Tak sabar juga rasanyer cekde nak melalui saat manis seperti ini....... anak sulong chekdee tahun ini baru 22 dan teman lelakinyer pula sama belajar....so...sure tak leh buat cepatkan....mreka sure kena keje dan kumpul duit dulu....hmmm lama lagilah tu.......
Apa-apa pun....tahniah ya nekcun........
Salam nekcun.
Tie tumpang gembira laa....
Wah...nekcun memang nampak muda...ada anak kecik lagi..hihi..
Namun disebalik kegembiraan itu terkenang juga kepada yang sengsara, ekk. Tie pun gitu juga..terutama bila menghadapi hidangan ni...
Chekdee, kalau anak sulong perempuan rasanya tak lamalah tuh chekdee akan dapat menantu gak!... Memang seronok kalau dapat mengembangkan keluarga nih!... lagi luas siratulrahim antara kita dan InsyaAllah bertambah kukuh ukhwah kita... Nekcun do'akan semoga Chekdee cepat jadi Nekde...hehehe...
Tie, memang kekadang tuh rasa sebak sangat bila tengok sengsaranya anak-anak yang tidak berdosa di Gaza tuh!... Baru terasa alangkah bertuahnya kita dilahirkan di Malaysia yang aman tenteram ini... Itu pun ada juga yang tidak reti berterima kasih kerana boleh tinggal di Tanah Melayu nih!...
tentu nek cun gembira sekali ye...
walaupun lepas ni bakal dapat cucu lagi, nekcun tetap vogue gitu.
by the way, pesta buku tu bila? 30-31/1 - 01/02/09 atau penhujung bulan 2 spt nekcun inform entry lepas?
nekcun, salam kenal secara virtual, dulu masa saya pegi rumah tokma, dia ada mentioned blog nekcun. tapi cuma sekarang saya ada peluang nak skodeng.... selamat berkenalan :)
Izman, dapat menantu atau dapat cucu semuanya seronok kerana bertambah ramai bilangan keluarga. Bila berkumpul ramai2 seronok betul... taklah sunyi ajer rasa hidup ini... betul tak? Nekcun ni masa kecik dulu adik beradik tak ramai, jadi bila dah beranak pinak dan belah in-law pulak pun ramai, maka memang seronok sangatlah!.. nak pulak kalau masa makan tu ramai-ramai, lauk tak sedap pun jadi sedap!... hehehe..
Pasal pesta jualan Karangkraft/BP adalah pada 27/2 hingga 1/3/09. Datanglah ye!... ajak kekawan sume...
Salam mak su, terima kasihlah kerana sudi singgah. Nekcun memang suka kalau ramai yang bertandang nih!... the more friends you have, the marrier you'll be...
salam kenal..tahniah nekcun bakal dpt menantu....bertambah la cucu ye
Kalau nk berkompang memang tak pandai.. tapi kalau nk pakai pasukan bergendang.. ehem, offer diri awal2. hehehehe...
salam kenal nekcun. tak sangka saya termasuk dalam rumah seorang penulis novel.
Tahniah kerana dapat bakal menantu lagi
uiks... nekcun, tahniah lah tak lama lagi bermenantu huhhu
cerita nekcun teringat lak maza masa zaman maza nak bertunang dulu2...
tapi maza tak g bertandang ke rumah bakal tu ha... maza biarkan emak yang uruskan semuanya..
berdebar2 gak ler menantikan jawapan, walaupun dah tau jawapan posotifnya...
cuma berdebar duit hantaran..huhuhu
ngeri takut letak hat mahal2...boleh terjelir lidah ooo...
hehhehehehe
nekcun, nanti boleh lah maza meriahkan kendurinya...heheheh...
Wahai kekanda. Taiping ... kawasan mana ? Bukankah dekat dengan Stesen Keretapi Taiping ?
Tapi gambar foto tu, tak dapat nak tangkap dimana ...
Tergelak bila si Fairul kata, kekanda 'jammed' di bandar Taiping, alahai ... bukan ke CNY ?
Pah...seronok nekcun bila ada tetamu datang... jemputlah ziarah selalu. Nekcun sentiasa mengalu-ngalukan anak cucu datang menziarah.
Maza... memang pun, masa habis ajer majlis anak teruna nekcun terus menerpa, tanya berapa belanja yang mereka minta. Tapi Atok senyum ajer sebab mereka letak pun within our budget!... Iyalah.. bagi nekcun bukan belanja sebagai ukuran, tetapi keikhlasan hati mahu mengikat siratulrahim yang lebih utama kan?... Lagi pun... kalau hati dah berkenan, berapa pun diletak dek orang kena sedia terima lah kan?...
Adinda Long... masa nak pi tuh tak laj jem sangat sbb kami ikut jalan belakang dari Lake Town Resort. Tapi masa keluar makan malam tuh yang terok 'terperangkap' jem di Taiping. Nekcun dah beritahu Atok pasal pesan Fairul, tapi anak cucu nak gak makan 'sotong kangkong dan yong taufu yang sedap tuh... last-last terperangkap jem sampai dah tak lalu makan... hehehe... tak sangka lak Taiping leh jem sampai camtu!... Esok2 kalo nak kenduri kena tanya Adinda long di mana nak cari tempat makan best kat Taiping tuh tapi tak kena jem!... hehehe...
Salam Kenal Nekcun
:) Happy hendaknya bila majlis berjalan dengan lancar...
Now we are becoming your blog follower.
From
The Soul Mates
Salam Syabandi, thank you for dropping by... you are always welcome to by nekcun followers!... Nekcun really glad to have many "anak cucu" bloggers!... hehehe...
:) alhamdulilah :D heheh
Post a Comment