Tuesday, January 6, 2009

Seronok dapat tambah ramai kekawan!....


Sebelum tahun 2008 menutup tirai, pihak Buku Prima telah mengadakan perjumpaan kepada semua penulis-penulisnya. Walaupun buku nekcun dengan BP masih dalam proses dan InsyaAllah akan berada di pasaran pada pertengahan Januari ini, pihak BP telah sudi juga menjemput nekcun ke perjumpaan tersebut. Seronok betul nekcun sebab dapat jumpa ramai kekawan baru dari kalangan penulis-penulis yang telah lebih 'senior' berkecimpong dalam bidang penulisan


Macam nekcun cakap pada mereka, mungkin dari segi umur nekcun memang lebih 'senior' dari mereka, tetapi dari segi pengalaman dalam bidang penulisan mereka lebih lagi 'expert' dari nekcun. Sebab itulah nekcun memang rasa seronok sangat dapat berjumpa dan bertukar-tukar fikiran dengan kekawan baru nih...

Kekadang nekcun rasa bersyukur sangat bila mendapat sokongan padu dari insan-insan yang disayangai dan kekawan yang sentiasa ikhlas membantu nekcun bila nekcun tiba-tiba hendak 'menerjunkan' diri nekcun ke dalam bidang penulisan ini walaupun secara dasarnya profession sebenar nekcun amat berbeza dengan bidang ini. Bagi nekcun, tiada apa yang akan menghalang cita-cita kita sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh. "Nothing is too late! Something is better than nothing!"

Kepada semua kekawan yang mengenali nekcun, ketahuilah bahawa nekcun memang benar-benar menghargai persahabatan kelian dan amat berharap siratulrahim ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat!...
P/s: Ila... terima kasih kerana membenarkan nekcun 'cilok' gambar-gambar nih dari blog Ila... Kekawan penulis yang lain, ma'af nekcun tak ingat nama sebenar kekawan... harap kita akan dapat terus berhubungan...

12 comments:

Tie said...

Sorrylah nekcun. Tie tak perasan yang sebenarnya nekcun ni sorang penulis..memang selalu blur nih!

Selamat maju jaya dan selamat bahagia bersama kengkawan dan family...

Anonymous said...

nekcun - walau pun den tau ekau adalah penulis yg digilap di RMN, tak pernah kah ekau sudi mengecunkan kek blog den, dan kawan den ...

uhuk... nekcun, nekcun, nekcun.. mintak satu aiskrim moo seekor!

:D

Abang Long said...

Salam sayang wahai kekandaku.

Semakin lama sebagai novelis dan semakin lama sebagai blogawan, semakin diri menjadi matang. Selamat berkarya dan sukses dalam perjuangan.

chekdenoor said...

Nekcun,
"Nothing is too late! Something is better than nothing"
Ayat tu...chekdee suka sangat...sebab...bila merenung umur chekdee yang dah 45 tahun ni....rumah impian chekdee sepatutnyer dah boleh dicapai tahun ini...bila chekdee boleh buat renovation pada rumah yang chekdee duduki....
tetapi
kerana kejadian tanah runtuh tempohhari...semua rancangan chekdee terpaksa diubah.....tak tergamak rasanyer nak buat renovation pada rumah itu sedangkan keadaan tanahnyer tak ok.....
tapi
nak beli rumah lain....mak datokkkk mahalnyer sekarang..... mana ada duit sebanyak itu......
so
sekarang chekdee mulakan semula....kerje keras untuk kumpul wang....untuk beli rumah......
walaupun dulu ingat 5 tahun lagi nak pencen.... tapi sekarang...sepertinyer...tak boleh dah......
dan
itulah matlamat chekdee...kerje keras dan kumpul duit untuk dapatkan rumah idaman.......
bak kata nekcun

Nothing is too late! Something is better than nothing

Nek Cun said...

Tie... memang ramai orang tak tahu pun yang nekcun ada menulis novel kerana profession nekcun yang sebenarnya lain... sajer suka2 mengisi masa yang terluang...

Maza...nekcun dah cuba nak masuk blog ekau, tapi slow sangat dan last-last 'page cannot be displayed'... frust jugak...hukhukhuk... nanti nekcun coba lagi yo!...

Adinda Long, terima kasih di atas sokongan dan do'a. Siratulrahim ngan kekawanlah yang banyak menguatkan semangat nekcun!...

Chekdee... umur 45 tahun tu masih muda, belum pun masuk setengah abad... masih cun!...hehehe... it's true, sometimes we have to change our goals because of unexpected incidents, tapi kita kena redha dan bersabar kerana mungkin Allah hanya mahu menduga kita dan sekiranya kita bersabar dan redha, insyaAllah DIA akan memberi kita yang lebih baik lagi. Semoga chekdee akan berjaya mencapai matlamat chekdee...

fazemy said...

cun betul nenek ni. muda je. hehe

Nek Cun said...

Fazemy... malulah nekcun!...hehehe...

izman said...

tak sabar tunggu buku baru nekcun. tapi saya nak beli buku tu yg ada signature nekcun sekali. rasa bangga sangat dpt buku yg diautograf oleh penulisnya.

Nek Cun said...

Izman, no problem... tentang t.t tu anytime boleh!... seronok nekcun bila ada kekawan yang tertunggu-tunggu buku baru nekcun. IsyaAllah tengah bulan ni akan adalah di pasaran.

Anonymous said...

Nekcun - lately my beloved blog has been interrupted with an alien..

sometimes the owner also experiencing the kick-out (unable to access)!

and sometimes it took too long to download! But yet worthy to read through my blog.

It is learned that these bad experiences would not last long. The admin currently work around the clock to ensure and upgrade the systems.

another excuses is the cable beneath the ocean in Europe have been disconnected. They are now tring to fix it as soon as possible.

For those who are using the web page from Europe territory, the page will affected! hmm so the friendster too would also experience the same....

Anyway, those who are neglecting or ignoring my blog, would drag themselves into great lost!

hahahhaha

ahaks!

amacam ayat promosi....wokay tak? hehehehe

Nek Cun said...

Maza, you can be a very good marketeer or if in our company, we called it a 'sales engineer'. Your hard skill is the technical know-how and your soft skill is the influencing capability... (your 'kelentong' sound very impressive!) OK, may be I could rate you 7 out of 10... amacam?.... hehehe....jangan mare nanti kena jual...hehehe...

Anonymous said...

hahahaha...

thanks for the rating..

entahlah nekcun, kat sini kekadang boss tak recognize the talent. career path pun suram2 kelam! tak der kenaikan pangkat, tak der in-house, on job training or outside training!

jauh sekali hari keluarga, kecuali made by maza oneself

hahahaha

hmmm

entahlah... erk! ada kerja kosong ker kat sinun nekcun?

kot2 maza melamar blh dapat ker?!
hmmm

hahahahahaha

mazaaida@yahoo.com