Semalam nekcun terkejut bila dapat panggilan dari kawan lama semasa di tingkatan lima. Entah dari mana dia dapat nombor telefon nekcun. Tapi apa-apa hal pun nekcun memang seronok sangat bila ada kawan lama yang masih ingat dan kenal nekcun!...
Yang paling seronok bila dia mula buka cerita kami pernah panjat pagar asrama dan ‘kantoi’ dengan warden bila balik lambat kerana terlepas bas selepas tengok wayang “King Kong”. Terbahak-bahak kami ketawa.
Selepas cerita gembira, tiba pulak cerita yang mengusik jiwa nekcun. Rupanya kawan nekcun ni sedang dalam kesusahan sebab kena turun naik mahkamah syariah kerana kes penceraian dengan suaminya masih belum selesai atas tuntutan nafkah anak dan harta sepencarian, sedangkan semua anak-anaknya sekarang ada dalam tanggungan dia kerana isteri baru bekas suaminya tidak mahu langsung tanggung anak tiri. Maklumlah dia masih muda jelita, jadi malu kalau orang tahu ada anak tiri!...
Nekcun rasa sedih sungguh bila tahu yang kawan nekcun tu baru bercerai dengan suaminya kerana bagi nekcun, dalam umur-umur kami yang sudah hampir melepasi waktu asar ni, bukanlah pepecahan yang sepatutnya berlaku tetapi adalah kesejahteraan kehidupan suami isteri dan anak-anak yang sepatutnya perlu dikukuhkan.
Kekadang nekcun pun naik hairan dengan trend masyarakat sekarang nih!... naik ‘confused’ dibuatnya!... si lelaki tua suka kepada perempuan muda dan si lelaki muda pula suka kepada perempuan tua…(rujuk kisah nek wook - Trengganu, dan beberapa artis/selebriti seperti Rosnah Mat Aris, Rita Rudaini dan ramai lagi). Adakah ini salah satu tanda-tanda dunia dah nak sampai ke penghujungnya?
Nasib baiklah kawan nekcun ni punya profession yang baik dan tidaklah terok sangat kalau suaminya tidak beri nafkah anak-anak. Tetapi sebagai suami dan ayah sepatutnya lelaki itu tahu tanggungjawabnya kerana di akhirat nanti pasti tanggungjawab itu akan dituntut!...
Agak geram juga hati nekcun bila dengar cerita kawan nekcun tuh!... Sebelum menamatkan perbualan sempat nekcun sarankan kawan nekcun tu cari lelaki lain yang lebih ‘mancho’ dan muda dari bekas suaminya itu kerana dia pun masih cun (macam nekcun gak!... hehehe… perasanlah plak nenek nih!...). Tambahan dengan kekayaan yang dia ada, nekcun rasa ramai lelaki yang masih mahu melamarnya. Lagi pun, sekarang kan trend lelaki muda suka kahwin perempuan berumur!... (bukan tua yer!... Cuma nombor umur tu tinggi sikit!... Macam nekcun lah!... hahahaha… perasan lagi lak nenek nih!...) Biar padan muka bekas suaminya tuh!...
Entahlah!... nekcun pun tak tahu apa nak jadi dengan cara kehidupan masyarakat kita sekarang ini. Ada perkara-perkara yang tak pernah kita fikir akan terjadi telah terjadi. Naik takut pula nekcun memikirkannya!... Semoga Allah akan sentiasa merahmati dan memberikan HidayahNya kepada kita untuk kebahgiaan kehidupan di dunia dan akhirat. Kepada kawan nekcun tuh!... nekcun harap dia dapat bersabar menempuh dugaan Allah itu kerana sesungguhnya Allah sedang merancang yang terbaik untuknya. InsyaAllah.
p/s: Nekcun masih tetap sayang Atok walaupun dah tua dan tak ‘mancho’ lagi… hehehe…

10 comments:
Itulah sakit hati klw psl cerai berai ni. Muda2 susah sng dgn kita..smpai dh senang dia nak tambah cawangan lain. ewah ewah.
yang trend pompuan kawin lelaki muda tu..
psl nek wok tu-unt elak dicemuh masyarakat je. respek nenek ni.
yg rita n zakuan tu-sesuai..sbb rita pun janda bergetah.
yg rosnah mak aris tu-kui kui kui..no komen..haha
Hmmm...secara tak langsung, saya tersetuju dengan komen fazemy. Masa susah, dengan kita la...sama2 bekerja untuk dapatkan keselesaan sendiri dan ahli keluarga. Segala-galanya tanggung bersama. Tapi bila dah senang, tetiba ada lak pompuan lain. Mau hangin gak satu badan. Alasan yang diberi, bilangan pompuan dah terlalu ramai. Sian yang tak dapat berkahwin tu...
p/s: mak pesan suruh simpan duit tanpa pengetahuan suami. takut bila dah kene cerai nanti tatau nak pegi mana sebab duit takde...huhuhuuuuu
btol tu lela. i pun ada akaun rahsia. sng esok2 apa jd ada back-plan. leh la kita cari lelaki muda jgk. kah kah
back-up
Salam,
Kesian kat kawan nekcun tu ya.....
hmmm....susah jugakan nak lebel tak tentu hala........ tapi masaalah kawin lebih dan meninggalkan tanggung jawab...itu tak ada dalam amalan agama islam......
Chekdee rasa...kita yang maseh memiliki kaseh sayang suami... sebaiknyer selalu berdoa agar kita dan pasangan kita dapat terus bahagia bersama sehingga kenafas yang terakhir.
maza tak mau masuk campur hal rumah tangga terutam bab cerai berai ini!
banyak perkara kena consider sebelum terus membuat telahan melulu atau menyokong mana2 pihak!
Yang penting, elakkan penceraian drpd sakit hati melihatkan penceraian.
Bagi maza, biarlah maza biasakan supaya tidak bersikap bais kepada mana pihak waema kaum sejenis atau kaum alien.
Bukankah kita suka melihat org yg adil, so dari skrg lah kita membentuk diri supaya menjadi adil, kemudian secara otomatis anak2 juga mencontohi kita lalu bersikap adil!
hahahahaha
maza: komen berharga RM0.20
Fazemy, entahlah... nekcun pun dah tak berani nak komen pasal kawin cerai nih!... ramai yg mas nak kahwin tak menyempat-nyempat, dah tu nak bercerai pun camtu gak!...Minta2 kita janganlah masuk dalam golongan itu.
Lela, nekcun pun setuju gak ngan Lela. Elok kita simpa duit kita sendiri sekurang-kurangnya bekalan untuk 'hari hujan'. Camtu gak pasal kasih sayang tu... jgn bagi 100% kat dia, simpan at least 10% untuk diri sendiri. Jadi kalo terjadi apa-apa, kita masih boleh menyayangi diri kita sendiri...
Chekdee, setakat hari ini Alhamdulillah sbb nekcun dapat atok yang very 'responsible man' sampaikan 'duit elaun sara hidup' nekcun pun dia tak pernah miss tiap-tiap bulan walaupun nekcun bekerja dan ada gaji sendiri. Semoga kita semua akan sentiasa mendapat keberkatan Allah di dalam mengharungi hidup di dunia ini. InsyaAllah.
Maza, apa yang maza kat tu ada juga betulnya kerana tak semua penceraian disebabkan sifat suami sajer. Kekadang tu, ada juga disebabkan oleh pihak isteri. Apa yang mustahak adalah mengelakkan dari perceraian itu berlaku, macam maza kata tuh!... Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga pasangan kita masing-masing!... berkawan biar beribu tapi berkahwin biar satu jer!... hehehe...
Tak ada sorang pun sukakan penceraian. Namun hidup ini penuh dengan dugaan. Samada salah siisteri ataupun sisuami, yang menjadi mangsa ialah anak2.
Kerana itu apabila sebuah rumahtangga tidak sebahagia dulu, carilah jalan penyesaian paling baik, mulakan dengan mengakui kelemahan sendiri, dan terima pasangan kita seadanya. Syukurilah nikmat hidup sebuah rumahtangga, kerana tak semua orang berpeluang sebegitu. Dan yang paling penting...banyak2lah bersabar.
memang betul tu Nek, time muda jelita dan bergetah kitalah menjadi permaisuri ke sana ke mari, dah beranak 3, 4 barulah rasa tak sehaluan lagi. inilah yg bernama suami. namun kedua2 pasti ada peranan sendiri dalam mengekalkan mahligai yg dibina kian hari.
apa2 pun bila rujuk Al Qur'an, ada firman yg bermaksud " lelaki2 baik untuk wanita2 baik, dan lelaki2 jahat utk wanita2 jahat....
Err... errr... kim salam kat kawan nekcun tu ya. Ada masa bley aa gii ngeteh2.. hik hik
Post a Comment