Sana sini semua orang sebuk bercakap pasal ekonomi global yang merudum, kekejaman Yahudi terhadap umat Islam Gaza di Palestin dan kempen membaikot barangan Yahudi/US disamping isu pengangguran yang melanda seluruh dunia. Yang terbaharu di Negara China sahaja dianggarkan lebih kurang 20 juta orang akan kehilangan pekerjaan akibat kegawatan ekonomi yang melanda dunia sekarang.
Bagaimana kita di Malaysia ini? Sejauh mana kita peka akan isu-isu yang diperkatakan itu? Apakah tindakan pemimpin-pemimpin kita terhadap keluhan rakyat marhain tentang kos sara hidup yang tinggi sekarang? Tapi apa yang pastinya harga gula akan dinaikkan juga cuma tak tahu bila sahaja tarikhnya!... dan selain itu, harga tambang pengangkutan awam juga akan turut dinaikkan bagi memenuhi pemintaan pengusaha-usaha pengangkutan awam!...

Jadi... bagaimanakah sahabat-sahabat kita yang baru kehilangan pekerjaan itu mahu menampung kehidupan di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini? Apakah tindakan kerajaan di dalam membendung kenaikan kos sara hidup yang nekcun rasa macam meloncat-loncat naiknya?
Hari Isnin semalam nekcun dan atok sengaja ambil kesempatan ‘berdating’ kerana cuti Hari Wilayah Persekutuan untuk pergi main bowling di Alamanda dengan harapan tidak ramai orang kerana hanya kami orang yang bekerja di KL sahaja yang bercuti. Tambahan atok pun ‘tak ada geng nak menebas rumput yang tak panjang-panjang’ tu, maka dapatlah nekcun ber’dating ngan atok! Tapi harapan nekcun itu benar-benar meleset kerana ketika kami sampai di situ kira-kira pukul 12.00 tengahari hampir semua lanes telah penuh. Bukan takat bowling center yang penuh, kedai-kedai shopping pun penuh gak! Nekcun tahu yang orang di Putrajaya pun bercuti juga tapi tak sangkalah semua orang akan keluar ber’shopping’.
<<< gambar ketika di kampong selepas bersalin anak bungsu.
Itu yang menghairankan nekcun… dalam pada sebuk-sebuk banyak syarikat memberhentikan pekerja, tetapi kemampuan berbelanja rakyat Malaysia di Lembah Klang ni seolah tidak tergugat langsung! Lepas dari Alamanda atok dan nekcun ke Sunway Pyramid, penuhnya orang macam tu jugak!... Jadi nekcun pun berfikir: “Itu sebablah agaknya kerajaan tak heran nak naikkan harga apa-apa pun sesuka hati!... kerana macam manapun orang Malaysia tetap berbelanja…”
Namun hati kecil nekcun terdetik juga… macam manalah orang kampong yang tiada pendapatan tetap hendak berbelanja kalau semua harga barang keperluan dah naik? Tiba-tiba terbayang wajah anak-anak saudara nekcun ynag lima orang yang baru menjadi anak Yatim lebih kurang 6 bulan lepas setelah adik ipar nekcun meninggal dunia. Maka cepat-cepat nekcun ajak atok pergi menziarahi mereka petang semalam. Memang begitulah selalu nekcun dan atok lakukan, kalau teringat sahaja mereka, kami akan terus menziarahi mereka kerana bagi nekcun, tidak tersuap rasanya makanan ke mulut kalau anak-anak saudara sendiri tidak dapat merasa makanan kegemaran mereka.
Dalam penat ber’dating’ semalam nekcun rasa seronok juga bila nekcun singgah di MPH untuk meninjau samada novel terbaharu nekcun sudah ada di kedai ke tidak kerana nekcun terlihat sepasang entahkan suami isteri atau pun kekasih sedang membelek-belek novel nekcun dan akhirnya si isteri membeli novel nekcun tersebut.
“Kenapa adik beli novel tu? Sedap ke ceritanya?” nekcun sengaja mahu menduga.
“Tak tahulah lagi… tapi tengok cover nya ni macam best ajer!...” jawabnya mesra.
Hati nekcun jadi berbunga dan benar-benar mengharapkan agar novel nekcun TIDAK KU PINTA itu akan menjadi kegemaran ramai.

13 comments:
wah.3x romantik sakan nekcun dan atok nampaknya. begitulah harapnya sepanjang masa dan kepada saya juga. kasih sayang mesti sepanjang masa walaupun usia semakin menginjak naik.
saya berpuashati dgn novel terbaru nekcun dan saya yakin jualannya adalah sgt baik.
Amboi, jeles lak Tie.... Tie lama tak dating ni...hi hi...
Tie cuba cari kat klate hari tu novel nekcun tu...tak jumpa lak... nanti laa...ada masa boleh cari kat ganu ni...he he..
Izman... untuk mengiratkan cinta antara suami isteri kenalah buat 'dating-dating' tuh!... baru rasa macam masa ngorat-ngorat dulu...hehehe... Nak plak macam nekcun yang dah bersama lebih 30 tahun nih!... sesekali nak gak macam orang muda2 dating...hehehe..
Pasal novel tu... terima kasihlah di atas do'a Izman tuh. Yang 2 lagi tuh Izman tak teringin nak baca ke? Kalau ada kelapangan tolonglah promote pada kekawan lain sama yek!..
Tie.. nekcun rasa novel yang terbaharu tu dah ada kat T'ganu sbb kawan nekcun kat sana kata dah pernah nampak kat kedai. Lagi pun nekcun check ngan Alaf, diorang kata dah hantar ke seluruh Malaysia. Bila2 free Tie cubalah cari yek!... Lepas tu berilah komen untuk nekcun gunakan pada karya akan datang.
hahaha...nak g dating gak~
Sayyid... nak dating ngan sape?...kalo balik M'sia nanti mai ler dating ngan nekcun...leh bagi novel tuh!...hehehe...
Amboiii... Nekcun dan atok, jalan-jalan kat Memory Lane lagi... he he he... Buku dah kuar ke belum Nekcun? Nak suruh suku sakat kat Mesia tu order.
Salam OD, wah!... lama nekcun tak gebang2 ngan OD. Sesekali tu dapat e-mail jer... Novel nekcun ngan BP tajuk Tidak Kupinta dah ada banyak kat kedai2. Boleh ler OD mintak sesapa tolong belikan untuk OD. Tima kasih banyaklah sebab sudi nak baca novel nekcun!...
Salam nekcun.....
Wah...sure bestkan dating dengan atokcun...hehehe..... chekdee kalau dating cam tu...suka dok kat kedai kopi....minum black coffee.... (hmm...bilalah hajat nak minum black coffe....kat paris akan kesampaian??)
Hmmm...memang...chekdee pun hairan gak...katanyer kegawatan ekonomi...tapi shopping mall memang sentiasa penuh dengan manusia .... sekarang ni...chekdee sedang iklankan untuk cari pembantu penjabat....hmm..susah gak nak cari calon yang sesuai.....
Sure nekcun rasa banggakan...bila hasil kerja nekcun mendapat pengiktirafan..... chekdee doakan nekcun sentiasa sucsess
Hujung bulan ini kita jumpa.
salam nekcun..seronok baca kisah nekcun yang mengisi masa cuti dengan perkara2 yang membahagiakan..
emm,betul jg kata nekcun tu,tak semua orang terkesan dengan kenaikan harga barang ni..lebih2 lagi golongan yang berada,tak mengapalah,dah mmg itu rezeki mereka..apepun harap2nya ekonomi makin pulihla,kesian kat rakyat yang susah2 tu..
*nak cari juga novel2 nekcun,insyaAllah,bila dah blk m'sia nnti..
Chekdee, nekcun ngan atok memang suka dating-dating ni sbb kalo masa hari kerja memang agak sibuk skit. Bak kata orang pi ngan bulan balik pun ngan bulan gak!...jadi bila ada chance ajer, nekcun akan ajak atok dating camtu ler... kalo nasib baik leh gak pekena atok belikan barang2 yang nekcun suka macam handbag atau pun baju baru...hehee...
Adinda Long, InsyaAllah dapat jumpa adinda pada 28/2/2009 nanti. Lepas tu nekcun kena ke Brunei plak sbb ada dapat jemputan untuk pesta buku di sana...
Nadinea zuhara, terima kasih kerna sudi singgah tetatak nekcun nih... nekcun memang seronok kalo ramai anak cucu yang singgah. Tak la rasa sunyi sangat... Kalo ada kesempatan, cari-carilah buku2 nekcun tuh!...
Aik nekcun! Asyik dating dgn atok jer....dgn maza bila lak nie.
Pekena teh ker kat Bagan Lalang dah ler...
Tak pun minum milo di Shah Alam
erk! ayam kat NARA pun ok gak
huhuhhu
Tidak ku pinta..kamar sutera.dan Mengamait syurga firdaus..semua buku tu bagus dan ada jalan certa seronok..salam perkenalan buat kak Kamsiah Abu..
Post a Comment