Friday, February 13, 2009

Emak atau Makwe?

Pagi tadi seperti biasa sebelum masuk waktu kerja, nekcun dan kekawan yang selalu memenuhi dewan rakyat di mini parlimen di cafeteria berdebat tak habis-habis pasal harga saham yang tidak menentu sekarang ini.

“Cuba kau tengok ni, agak-agak boleh beli tak?” tanya Pakcik Li sambil menunjukkan satu artikel di dalam Business News.

“Dah dia kata nak beri dividen 25%, kira OK ler tu!… maknanya company tu ada fundamental untuk meningkatkan harga saham dia, bukan hanya speculation sajer!” balas Pakcik Ta dengan mulutnya yang masih penuh dengan mee goreng.

“Bukan pasal ada fundamental atau tidak yang aku risaukan, tapi ialah samada dia kaunter syariah atau tidak! Kalau kita nak melabur pun kenalah tengok halal haramnya! Jangan main lanyak ajer!…” bidas Pakcik Li.

“Kalau dah takut samada halal ke haram, tak payahlah main saham!… simpan ajer duit tu bawah tilam!” sampuk makcik Zai.

“Dari simpan bawah tilam, baik aku beri pada mak aku!” jawab Pakcik Li selamba.

“Eh!… kan emak awak dah meninggal, bila awak ada emak baru?” dengan naifnya nekcun bertanya.

“Eleeeeh… aku ada banyak mak!…” balas Pakcik Li dengan senyum meleret.

“Heh… aku serius tau!... mana emak boleh ada banyak-banyak?…Lebih-lebih dua iaitu emak kita sendiri dan emak mertua. Itu sahaja!” komen nekcun lagi.

“Hei Li, bila engkau pasang dua? ” soal makcik Zai pulak agak terperanjat.

“Apa pasang dua? Aku pasang banyak!… ” tanya Pakcik Li balik.

“Heh! Berapa banyak kau pasang? Kan yang dibolehkan hanya 4?” Makcik Zai terus mendesak.

“Alaaahh…. Apa salahnya, aku bukan tambah emak mertua, tapi aku tambah ‘makwe’!” Pakcik Li terus tersenyum.

“Huh!…” Nekcun dan Makcik Zai mendengus kerana kami terkena lagi dengan lawak santai Pakcik Li pagi tadi.

Eemmm… tak habis-habis miangnya orang lelaki ni yer!… Adakah kerana mereka adalah lelaki normal yang pasti akan bertindak balas apabila bertemu dengan jantina yang berlawanan? Entahlah!… Nekcun pun tak tahu kenapa minggu ini banyak pula isu mengenai lelaki yang memenuhi ruang bicara nekcun samada di rumah atau pun di tempat kerja. Adakah itu salah satu petanda lelaki telah mula kembali mahu menonjolkan keujudan mereka yang sejak kebelakangan ini boleh dianggap sebagai ‘spesis yang makin berkurangan’?… hehehe… (abe-abe jangan marah… itu adalah phrase yang popular di tempat kerja nekcun!) Mungkin kekawan ada jawapan lain yang mahu dikongsi…

15 comments:

nadinezuharra said...

Antara kata-kata yang dipegang oleh kaum lelaki ni; life begins at 40..emm,time2 tu la diorang selalunye rajin nak buat comeback..hikhik

tp kan nekcun,selalunye lepas kahwin lelaki akan low profile skit..tp diam2 ubi berisi..kita kenelah pantau jg.. :D
*mungkin Pakcik Li bergurau aje kot..

Tie said...

He he....lelaki macam gitu laa....

Cuma bezanya ada yang boleh kawal diri dan berpijak di alam nyata.

Kekadang tu saja mereka buat cerita...sekadar 'segar angin' (ungkapan orang klate untuk melayan perasaan....)

m.q said...

life begins at forty kekdahnye nekcun..
ehehehe

Sulela said...

Huhuhuhu...teremosional lak saya bila baca pasal lelaki yang tak habis2 bercakap pasal perempuan walaupun dah tahu dirinya dah kawen...huhuhu. Cuba kalau perempuan lak bercakap pasal lelaki, tahu terasa lak tu...hehehe

Nek Cun said...

Nadine, memanglah life begin at 40, tapi depa tak sedar yang begin at 40 tu adalah 'penyakit2'yang akan mula menyerangi depa!darah tinggilah, kecing manislah dan macam-macam lagi tapi hati depa pulak dok mula nak miang balik. Eeemm...macamlah larat sangat yek?...hehehe...

Tie,betul kata tie tuh... depa nih kalo kat umur2 gitu memang suka 'layan angin'...tu nekcun selalu suka cubit atok supaya dia sedar dari 'segar angin' dia tuh!...Dia belum tahu kalo nekcun pulak yang 'naik angin' nanti...hehehe

Masni, macam nekcun dok kata tadi, sebenarnya life begin at 40 tu adalah apabila badan dah mula diserangi penyakit2 yang memang seronok nak mai masa umur2 gitu... tapi separuh orang tak tahu 'rahsia' tu...

Lela, kekadang terfikir gak perkara camtu!... biar depa pulak rasa camna sakitnya kalo kita pompuan plak cite pasal lelaki lain kan!... tapi... iyalah... kita pompuan ni, setia... tak sampai hati nak sakitkan hati somi...betul tak?...hehehe...

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

segelintir menggelarkan nenek mereka sebagai MAKWE di kelantan. hehehe. Yang tue tak boleh banyak. kompom!!

Anonymous said...

alahai, dia org tu sajer jer bergurau,... belum tau di hati mereka betul2 nak kawen lagi..

tak pun, mereka memang ada problem rumah tangga kot..mcm perigi dah tak der air ker,.. dah loose ker.., org rumah selalu tendang dia ke bawah katil ker... saper tau?! ... hehehe

ada bnyk sebab sorg lelaki bersikap demikian..

Kalau dah tak leh tahan gaya bergurau mcm tu! Cabut ajelah dari situ.. tak yah menyakitkan hati sendiri...

hehhehhe

maza: cucu nie memang ganaz.. tapi manja!

chekdenoor said...

Salam,

heheheh.....memang ramai lelaki yang macam tu nekcun.... tak kiralah poket penuh atau kosong..... yang penting nafsu... heheheh

chekdee ada 3 anak dara... selalu gak chekdee berdoa mudah-mudahan jodoh chekdee dan anak-anak kekal berpanjangan dalam keadaan harmoni dan baik...... semua masa depan memang tak tahu...tapi kita kenalah selalu berdoa...kan gitu...

nekcun....naklah nom kontraktur tu....kirim kan kat email... titiancahaya2000@yahoo.com

Anonymous said...

Nak buat macam mana sebab kerja di kelilingi nak dara dan mak dara. Kalau hari Jumaat sebab mereka berpakaian bebas, mereka pakai ketat-ketat ... jadi nak salahkan siapa???? Lelaki juga ...

Abang Long said...

Wahai kekadaku NekCun. InsyaAllah, Adinda memang berhasrat untuk menuls tentang LELAKI dan SEKS.

Nek Cun said...

RMN, maknanya kalau nekcun pi Kelante depa kena panggil MAKWE ler yek?...

Maza, nekcun ni tak kisah kalo nak bergurau camtu... nekcun ni pun kekadang bergurau ganas gak!... tanyaler RMN tuh!... hehehe... (kena tengok kawan ler!)...

Chekdee, pasal kontraktor tu, nanti kalo nekcun dah dapat 'green light' dari dia baru nekcun beri info tu yek!...

Pakcik Li... hai, melawan nampak!... tak puas hati lagi ke kena perli semalam?...hehehe...

Adinda Long, satu tajuk yang agak interesting tuh!... adakah ianya untuk 18X sahaja?... hehehe...

izman said...

err... ramai yg saya kenal ramai lelaki mmg buat comeback at 40's. dan berterusan. he.3x.

tapi bukan semua camtu. ramai rasa diri mereka dah tua dan sekadar buat joke je.

Unknown said...

sebagai lelaki yang masih budak-budak syd takleh komen..hehe...ke depan nanti beringat je la...mudah2an tak pasang lain..heheh~

Nek Cun said...

Izman, betul... memang ramia gak lelaki yang sajer seronok nak gatal2 mulut tetapi sebenarnya hati mereka baik... tetap pada isteri yang satu!...

Sayyid... sementara muda ni belajarlah dan perhatikanlah... ikut mana yang baik dan ambil iktibar mana yang salah. Semoga Sayyid sejahtera selalu... Ek!... dah balik M'sia ke? Kata nak balik cuti Februari nih?...

Unknown said...

alhamdulillah dah sampai~ngee~...