Friday, May 15, 2009

Antara Cinta dan Pengorbanan...


“Assalamualaikum nekcun!” terdengar suara romantis di telefon apabila nekcun tergesa-gesa menjawab telefon yang berdering-dering di atas meja sehingga tidak sempat hendak melihat nombor yang terpapar tadi.

“Mualaikumsalam, siapa nih?” soal nekcun dengan nada serius kerana baru balik dari mesyuarat yang agak menyenakkan perut.

“Sibuk ke?”

“Eeemmm… sibuk juga! Encik siapa ni… dan apa yang boleh saya bantu?” nekcun cuba melembutkan suara kerana khuatir mungkin pelanggan syarikat yang perlu dihormati.

“Betul nekcun boleh bantu saya?”

“Siapa awak ni? Kalau tak mustahak, saya akan letak telefon ini kerana saya ada banyak kerja yang perlu dibereskan sekarang!” jawab nekcun spontan kerana nekcun baru tersedar yang sipemanggil itu menyebut nekcun dan bukannya nama nekcun yang sepatutnya. Maka sudah pasti dia bukan pelanggan syarikat yang mempunyai urusan rasmi dengan nekcun.

“Awak masih seperti dahulu ya… cepat melenting!”
“Hei… siapa awak ni? Sorry… I’m busy….”
“Nanti, nanti Kay!... jangan letak telefon… “ kedengaran suara itu merayu sebelum nekcun sempat mahu meletak telefon ke ganggangnya.
“Apa awak nak?”
“Saya nak bercakap dengan Kay! Saya rindu pada Kay, pada suara Kay!...”

Nekcun terkedu sebentar bila mendengar dia menyebut nama ‘Kay’… hanya seorang sahaja yang pernah memanggil nekcun dengan nama itu! Hati nekcun jadi berdebar! Dari mana dia dapat nombor telefon ini? Mengapa tiba-tiba dia mencari aku?... nekcun benar-benar bingung…

“Kay!... kenapa senyap?”
“Eeerrr… awak di mana? Macam mana awak boleh dapat nombor telefon saya ini?”
“Saya sentiasa mengikuti perkembangan hidup Kay…”
“Kenapa awak buat begitu?”
“Saya rasa Kay tahu kenapa!”
“Kan awak dah janji tak mahu ganggu hidup saya lagi! Kenapa sekarang awak datang cari saya?”
“Saya perlu jumpa Kay!... perlu sangat sebelum saya meninggalkan Kay untuk selamanya!” kedengaran suara yang amat lirih merayu.
“Maksud awak?”
“Penyakit lukemia yang menyerang saya telah sampai ke tahap critical!... Doktor kata sudah tidak ada apa lagi yang boleh dibuat…”
“Awak kena penyakit lukemia? Sejak bila?”
“Sejak saya melepaskan cinta Kay untuk dimilikki oleh lelaki lain!...”
“Mengapa awak berbuat begitu? Kenapa awak tipu saya?” Air mata nekcun sudah hampir berderai di tubir mata.
“Kerana saya amat mencintai Kay. Saya tidak mahu Kay menderita kerana saya!”

Nekcun terjelepok di kerusi. Kerongkong nekcun terasa tersumbat. Air mata tidak dapat di tahan lagi dari terus berderai membasahi pipi…

Inikah yang dipanggil Pengorbanan sebuah Percintaan?... sehingga ke hari ini nekcun masih mencari jawapan yang entah sampai bila akan nekcun temui…

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu...



<<<> gambar ketika anak & menantu membelanja nekcun dan besan makan seafood di Port Klang.

Mama… oh Mama!…
Kaulah ratu hati kami semua…
Tanpa mama…
Tidak akan kami lahir ke dunia
Menikmati hidup di alam maya ini…
Jasa mu mama, tidak terhingga
Keredhaan mu jua yang selalu kami pinta
Semoga Allah sentiasa memberkati
Kehidupan kita sekeluarga sehingga akhir nanti…
Kami semua sayang Mama!…

Bait-bait indah yang mencuit hati nekcun apabila anak-anak nekcun dengan penuh kasih sayang mengucapkannya. Nekcun jadi agak sebak apabila mereka adik beradik tidak pernah lupa untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Ibu’ setiap tahun walaupun pada dasarnya mereka selalu berkata bahawa ‘Hari Ibu’ adalah pada setiap hari bukan pada satu hari tertentu ini sahaja.

Walau apa pun, nekcun amat bahgia dengan kehadiran anak-anak, anak menantu dan cucu, menambah memeriahkan lagi rumah nekcun pada hujung minggu ini. Mereka juga membawa nekcun & atok makan bersama-sama keluarga yang lain di tepi laut.


Kepada kekawan yang sudah bergelar Ibu, nekcun juga ingin mengucapkan “Selamat Hari Ibu’ untuk kita semua. Semoga kita akan menjadi Ibu yang mithali dan berjaya mendidik anak-anak kita untuk menjadi insan-insan yang soleh dan solehah. InsyaAllah!...

Friday, May 8, 2009

Di mana ada lagi ketenangan & kesabaran?...


<<<> gambar dengan pelajar-pelajar UiTM.

Sejak dua tiga hari ni badan nekcun rasa macam nak demam dan cepat rasa letih pula rasanya. Tapi memandangkan terlalu banyak isu yang memerlukan perhatian segera nekcun, terpaksa jugalah nekcun gagahkan badan untuk ke pejabat setiap hari. Selain tugas harian, nekcun juga terpaksa melayan pelajar-pelajar IPTs yang datang berjumpa nekcun untuk nasihat dan bimbingan kerjaya. Jadi, demi anak ‘bangsaku’, nekcun luangkan jugalah masa untuk mereka.

Terfikir juga oleh nekcun, adakah factor umur yang sudah meningkat ke tahap ‘lama’ ini menyebabkan nekcun mudah kepenatan dan tubuh perlu lebih direhatkan? Eeemm… nekcun tak mahu komenlah pasal umur nih!... (perasan muda selalu)… hehehe…

Tetapi nekcun dapat juga rasakan bahawa mungkin keletihan yang nekcun rasakan kerana nekcun terlalu ‘pressured’ dengan beban tugas yang semuanya perlu dibereskan segera. Hampir semua ‘tasks’ yang diberikan mempunyai ‘date-line’ yang agak ketat, sehingga pernah nekcun terjerit pada ‘business partner’ yang menghantar memo pada nekcun yang membuatkan mereka juga turut terkejut.

“Hajjah, can we have the selected candidate to come in by tomorrow?” Ketua dari Bahagian lain (BP) bertanya.
“Hei!... come on!... what do you think we are? You think all my staffs are robots? Machines? Apa ni… semua bagi hari ni nak semalam? You all ni betul-betul tak pandai planning la!... Proposal papers nya pun I baru terima pagi tadi!..” sergah nekcun dengan nada suara yang agak tinggi.
“Hajjah… janganlah marah… big boss kami yang nak macam tu sebab post tu dah lama kosong!” rayu BP lagi.
“Kalau dah lama kosong kenapa sekarang baru tak menyempat-nyempat nak isi? Habis tu selama ni kenapa you tak hantar request kat kami? Our SLA said we should deliver to you within 35 days not 35 hours! So just wait!.. we’ll deliver it as it should be! We have our policy & procedure to adhere!... If the candidate can’t come in by tomorrow, it won’t make our organization bankrupt! ” balas nekcun tegas.

Begitulah lebih kurang tiap-tiap hari nekcun ‘bertikam lidah’ dengan pihak-pihak tertentu dan kemudian ‘bersilat’ ke hulu ke hilir dengan staff-staff nekcun yang lain bagi mencapai dan melakasanakan ‘tasks & KPIs’. Itu jugalah yang sering membuatkan nekcun rasa letih sangat kerana bukan sahaja physical yang letih, mental lagi lebih teruk letihnya.

Kekadang nekcun terfikir juga, kenapalah sekarang ni (terutamanya di syarikat swasta) semua orang suka tergesa-gesa, terburu-buru sehingga tiada ketenangan dan kesabaran di dalam menjalankan tugas harian. Semuanya nak cepat, berlumba-lumba mencari keuntungan sehinggakan kekadang tu, waktu solat zohor, asar dan magrib pun dah tak ingat bila dan tak tentu hala!... Bayangkan nekcun pernah diminta hadir mesyuarat pukul 8.00 malam kerana CEO nak keluar negara esok pagi!... Orang lain sedang khusyuk berzikir di masjid, manakala kami masih pot-pet-pot-pet di bilik mesyuarat!... Huh!... very frustrating!

Pernah nekcun mendengar Ustaz berkata ketika nekcun menghadiri kuliah ugama bahawa tenang & sabar itu adalah sifat2 mulia yang digemari Allah manakala tergesa-gesa dan tidak sabar itu adalah sifat syaitan. Jadi… jika kita sentiasa tergesa-gesa di dalam mencari rezeki, di manakah keberkatannya kerana ianya lebih mirip kepada sifat syaitan!...

Eeemmm… entahlah!... adakah itu sebabnya sekarang ini ramai benar anak-anak yang tidak menghormati orang tua, anak-anak derhaka dan anak-anak yang rosak akhlaknya kerana rezeki yang diperolehi oleh ibu bapa yang sentiasa sebok mencari rezeki untuk memberi makan yang akan menjadi darah daging anak-anak itu adalah lebih berdasarkan kepada cara dan sifat-sifat syaitan!... Hei!... tak beranilah nekcun nak komen!....

Adakah dunia ini sudah hampir benar pada penghujungnya?... Ini yang selalu membuat nekcun rasa nak bersara awal!... Takut tak sempat nak memperbanyakkan amalan & menghabiskan banyak masa menghadap Yang Maha Esa.... Marilah kita sama-sama fikir-fikirkan!...

Monday, May 4, 2009

Alahai... Gated & Guarded lah pulak!...


Cuti Hari Pekerja pada 1/5/2009 baru-baru ini nekcun sekeluarga pergi ‘house warming’ di rumah baru anak saudara belah atok di Country Height, Kajang. Seronok tengok rumah dia yang bagaikan ‘holiday resort’.

“Hang pa tahu tak apa business yang paling baik sekarang ni?” tiba-tiba Pak Ndak bertanya adik-adiknya.
“Sekarang musim ekonomi merudum, banyak business yang lingkup… mana ada business yang terjamin sekarang ni?” balas Pak Teh.
“Pasal ekonomi merudumlah, business ni maju sebab ramai orang tak dak kerja, tetapi hiudp mesti diteruskan, jadi orang akan cari duit tak kira dalam apa cara sekali pun!” ujar Pak Ndak lagi.
“Jadi… apa kena mengena dengan business yang paling baik sekarang?” soal kami serentak.
“Business Security Guard lah!…” jawab Pak Ndak selamba.
“Pasal apa pulak?” tanya Pak Su
“Tengoklah sekarang ni, banyak taman perumahan baru semuanya pakai konsep “Gated & Guarded”… semua orang sudah rasa tak selamat walau pun rumah penuh dengan jeriji besi di setiap pintu dan tingkap!” terang Pak Ndak.
“Haah!… betul lah!… sekarang ni banyak betul jenayah pecah rumah, rompakan dan macam-macam lagi. Kes-kes snatching tak usah ceritalah!… tiap-tiap hari ada sahaja kita dengar cerita pecah rumah & rompakkan. Kenapa boleh jadi macam tu ya?”soal Maksu agak keliru.
“Macam abang cakap tadilah!… orang yang kurang iman akan mencari duit untuk hidup tak kira dalam apa cara sekali pun… waimma merompak dan membunuh!” jawab Pak Ndak.
“Jadi untuk menjaga keselamatan, orang ramai akan menggunakan perkhidmatan Security Guard… tapi boleh guarantee selamat ke?” Maksu menyoal lagi.

Nekcun pun terfikir juga akan soalan Maksu tu… boleh guarantee selamat ke kalau kita menggunakan security guard ni? Berdetik juga hati nekcun kerana nekcun pun baru sahaja berpindah ke rumah baru yang kawasannya “Strictly Gated & Guarded”.

Pada masa mula-mula pindah hari tu, atok telah diberikan borang untuk mendaftarkan butir-butir isi rumah untuk mendapatkan pelekat kereta-kereta di rumah kami kerana untuk masuk ke kawasan rumah nekcun kalau tidak ada pelekat kereta yang menandakan kita penghuni di situ, maka banyaklah soalan yang perlu dijawab dan perlu mengisi borang pelawat.

Disamping itu, atok dengan secara automatiknya terpaksa menjadi ahli dan membayar yuran bulanan untuk perkhidmatan “Gated & Guarded” tu. Nekcun terbaca ayat yang terpapar di borang sebagai ahli yang berbunyi “Pay the Residents fees RMxxx.00 a month and you can sleep with a peace of mind!” Rasa macam nak tergelak nekcun membaca statement itu. Betulkah kami sekeluarga boleh tidur lena tanpa perlu memikirkan masaalah keselamatan lagi kerana semuanya akan diuruskan oleh security guards?


Eeemmm… entahlah!… nekcun rasa masa nekcun kecik-kecik kat kampong dulu, tak ada pun security guard tapi kami sekeluarga tetap tidur lena tanpa sebarang gangguan. Tapi masa sebelum nekcun berpindah ke rumah baru ni, di kawasan rumah lama nekcun yang lepas pun ada juga perkhidmatan security guard tetapi ada juga nekcun dengar kes-kes pecah rumah dan kes ragut di kawasan perumahan itu. Jadi mana selamatnya?…

Bagi nekcun… hanya ALLAH yang boleh menjamin menjaga keselamatan kita. Sebab itulah kita selalu disarankan supaya sentiasa bertawakal kepada ALLAH, tak kira di mana kita berada dan waktu mana. Bagaimana pun kita perlu juga berusaha menjaga keselamatan kita kerana ALLAH tetap mahukan umatnya berusaha, jangan hanya berserah sahaja. Dan sebab itu jugalah kami mencari rumah yang “strictly guarded and gated” sebagai usaha menjaga keselamatan disamping terus bertawakal kepada ALLAH kerana hanya ALLAH yang maha berkuasa di atas segalanya.


P/s: Morale of the story… Mengapa banyak sangat jenayah seperti pecah rumah dan rompakkan di Malaysia sekarang ni sehingga rakyat marhain tak boleh nak hidup dengan aman? Apa tindakan pihak pemerintah mengenai isu ini? Jadi... sesiapa nak buka business sekarang ni, bukalah business Security Guard… pasti akan senang mencari pelanggan!… hehehe…

Sunday, April 26, 2009

Bilakah penulis akan melalui 'Carpet Merah'?...


Pengalaman terperangkap dalam kesesakkan lalulintas dan masaalah mencari tempat pakir di Bangunan PWTC pada hari Sabtu lepas, membuatkan nekcun mengambil keputusan untuk menaikki kenderaan awam sahaja untuk ke PWTC hari ini… (Sabtu 25/4/09) kerana nekcun telah berjanji untuk bersama peminat-peminat novel di booth UPND.

Nekcun menaikki train commuter dari perhentian Subang Jaya ke perhentian Putra. Perjalanan lebih kurang 45 minit itu memang menyeronokkan kerana macam-macam kerenah manusia yang dapat nekcun lihat.

“Kakak nak pergi mana” seorang lelaki berumur tiga puluhan yang duduk di sebelah nekcun menegur.
“Ke PWTC” jawab nekcun ringkas.
“Oh!… ada apa? Perhimpunan Umno kan dah habis?” lelaki itu berkata lagi.
“Ada pesta buku antarabangsa, bukan perhimpunan Umno!..” balas nekcun agak bosan bila dikaitkan dengan politik.
“Oh!… ada pesta buku ya?... saya tak tahu pun!” ujarnya lagi.
“Eemmm… semua orang tahu, awak ajer yang tak tahu!” nekcun menyindirnya.
“Ada ke poster kat mana-mana atau pun publisiti dalam TV ke, radio ke?” tanyanya lagi tidak mahu mengalah.
“Ada… tapi mungkin tak banyaklah kot!…” jawab nekcun dengan rasa tidak pasti kerana sebenarnya nekcun sendiri tidak perasan samada ada ke tidak poster-poster besar atau pun publisiti secara besar-besaran mengenai pesta buku itu di TV atau di radio.
“Itulah mereka ni… bila pesta yang melibatkan ilmu macam ni, sikit ajer publisitinya… tapi kalau pesta yang melibatkan selebriti, pesta yang boleh menghayalkan penontonnya, bukan main lagi besar-besaran publisitinya!.. sampaikan anak-anak kecil dan atok nenek pun tahu ada pesta!..” lelaki itu mengomel.

Eemm… entahlah!… nekcun tak berani nak komen sangat pasal ni… tetapi, bila difikir-fikirkan balik, ada juga betulnya kata lelaki tu, kerana dari apa yang nekcun sedar, tak banyak publisiti pasal pesta buku ini di dalam TV atau pun radio, begitu juga di dada-dada akhbar. Kalau kita tidak peka, pasti akan terlepas pandang. Mungkin juga lelaki itu jenis yang tidak peka akan perkara-perkara sedemikian.

Tetapi lain pula cara publisitinya kalau pesta yang melibatkan selebriti, contohnya festival filem atau acara melibatkan anugerah-anugerah kepada penglibatan artis atau selebriti, semua media elektronik dan media cetak seolah berlumba-lumba membuat publisiti mengenainya. Orang yang tidak peka pun pasti tidak akan terlepas pada publisiti yang disiarkan.

Kekadang terfikir juga oleh nekcun, adakah penulis atau pengkarya tidak layak untuk diberi publisiti sebagaimana publisiti yang diberikan kepada selebriti? Adakah kehebatan dan glamour dunia seni ini hanya layak dimilikki oleh gulungan selebriti sahaja dan tidak kepada penulis-penulis atau pengkarya yang juga merupakan salah satu cabang seni?…

Emm… entahlah!… kekadang terasa gak yang dunia penulisan ni dianggap bagaikan ‘second class’ sahaja di dalam mencorakkan dunia seni di Malaysia ini. Adakah mungkin satu hari nanti akan ada pesta anugerah di mana penulis-penulis dan pengkarya akan dialu-alukan atas ‘carpet merah’ seperti di anugerah APPBH atau sebagainya?

Friday, April 17, 2009

Alahai... kecilnya dunia ini...

Dua hari ni nekcun terpaksa kerja di luar kawasan. Walaupun tak jauh tapi nekcun rasa penat sangat kerana kena memandu kereta sendiri sebab di Port Dickson tidak ada lapangan terbang!… hehehe…

Memandu bersendirian memang membosankan. Untuk mengurangkan rasa mengantuk nekcun telah memecut kereta nekcun hingga ke tahap yang nekcun rasa masih boleh mengawalnya. Kebetulan jalan di lebuhraya pun tidak sesak, maka hanya mengambil masa kurang dari satu jam sahaja, dari pejabat nekcun di KL, nekcun sudah sampai di tempat yang di tuju di Telok Kemang, Port Dickson.
Sebenarnya nekcun bukan sengaja mahu memecut ketika di jalanraya, tetapi nekcun ada sebab tertentu mengapa nekcun memecut kereta nekcun sedemikian rupa. Jangan pulak kekawan kata nekcun nak riak atau sombong di jalan raya, tetapi adalah disebabkan perkara-perkara berikut:-

1) Dengan memandu laju kita akan lebih memberikan konsentrasi terhadap pemanduan kita, jadi kita tidak akan leka atau mengantuk.
2) Nekcun selalu dengar ada orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang sengaja suka mengganggu pemandu wanita yang memandu berseorangan, jadi bila nekcun memandu laju, mereka tak dapat nak kejar. Nekcun ni penakut orangnya!…
3) Apabila laju, kita cepat sampai di tempat yang di tuju, maka badan akan kurang keletihan kerana memandu sekejap sahaja.
4) Sebenarnya nekcun takut sekiranya orang nampak nekcun sedang memandu sorang-sorang kalau nekcun berhenti untuk berehat. Jadi bila nekcun memandu laju dan cepat sampai, tak perlulah nekcun berhenti untuk berehat di tengah perjalanan.
Bagaimana pun, nekcun tidak galakkan kekawan mengikut teori nekcun nih…kerana nekcun tahu banyak bahaya dari baiknya kalau kita tidak dapat mengawal pemanduan kita dengan betul. Jadi… janganlah memecut macam nekcun ya!…

Setelah selamat sampai di PD dan nekcun telah menyelesaikan tugas sessi pertama lebih kurang pukul 5.00 petang, (Nekcun ditugaskan memberi ceramah Kerjaya & motivasi kepada sekumpulan pekerja syarikat kami) nekcun telah menelefon editor UPND – Encik RMN kerana ada beberapa perkara yang nekcun nak bincangkan dengan dia sebelum nekcun nak ke pesta buku di PWTC pada 18/4 (di Booth Buku Prima) dan 25/4 (di Booth UPND) kerana menyangkakan dia ada di pejabat UPND.


<<<> gambar ketika minum petang dgn RMN.
Rupanya sangkaan nekcun meleset bila dia memberitahu yang dia sedang bertapa di satu tempat di alam maya ini.
Nekcun : “RMN, boleh tolong nekcun tak? Tolong tanyakan…bla..bla..bla…bla…”
RMN : “Alaaahh… nekcun! Saya tiada di pejabat. Sekarang saya sedang bertapa di PD!”
Nekcun : “Heh!.. kat hotel mana tu? Nekcun pun sekarang ada kat PD ni…”
RMN : “Iya ke? Buat apa?”
Nekcun : “Cari RMN lah!…” hahaha… (nekcun sengaja mengusik).
RMN : “Heh!… camna nekcun tahu saya ada kat sini?”
Nekcun : “Pakai nujum Pak Belalang!… hahaha…”
Setelah beberapa soalan dan info bersilih ganti jawapan, kami setuju untuk berjumpa dan minum petang, kerana kebetulan kami sama-sama free dari tugasan masing-masing ketika itu. Setelah bertolak tarik, akhirnya RMN yang kena datang menjemput nekcun untuk ke kedai yang dijanjikan, kerana… faham-faham sajerlah!… nekcun memang malas memandu kalau ada orang lain yang boleh memandu.

Sambil menikmati hidangan dan berbual-bual kosong, hati nekcun terus terfikir “Oh… kecil sungguh dunia ini… sama-sama kerja di KL tetapi boleh minum petang bersama di PD dengan tanpa dirancang!…”
Morale of the story: Kalau niat kita ikhlas untuk bertemu sahabat yang telah lama tak jumpa, walau di mana kita berada, kita tetap akan berjumpa juga!…
Eh!… betul ke tu, atau pun : Betapa kecilnya dunia ini kerana ke mana pun kita pergi pasti akan bertemu dengan kekawan yang kita langsung tidak sangkakan akan bertemu di situ….
Hehehe… entahlah! Nekcun pun tak tahu yang mana betul… tapi apa yang pasti, segala apa yang perlu dibincangkan telah pun dapat dibincangkan dengan secara professional
P/s: Maza… jangan marah ya… tengoklah ayam panggang yang penuh dalam pinggan tu!… hehehe… kalau takut kempunan, jilatlah tapak tangan!…

Saturday, April 11, 2009

10hb April masih dapat ku temui lagi...

Risau gak nekcun kalau kekawan yang menziarahi teratak nekcun terpaksa menyapu sawang yang dah mula nak bersarang kerana dah dekat seminggu nekcun tak sempat nak menjengok teratak sendiri. Bebanan kerjaya nekcun banyak memaksa nekcun selalu berada di luar pejabat dan itu memang memenatkan sehingga beberapa malam seminggu ini nekcun tidak bermaya untuk mengetuk kekunci computer seperti selalunya. Tidak sebaris ayat pun yang dapat nekcun coretkan untuk beberapa hari ini. Terasa seperti ada satu kerugian pulak!… khuatir 'projek' terbaharu yang sedang ditekuni akan terbantut!...

“Kenapa sekarang ni Akam rasa letih sangat ya?” nekcun bertanya pada atok.
“Alaah… dah umur-umur macam sekarang, memang camtu laaa…” balas atok selamba sambil matanya terus terpacak ke TV channel 812 - ESPN.
“Selama ni tak lah camtu… tapi la ni… pukul sembilan jer dah tak boleh buka mata… kalau berterusan cam ni, alamat terbantutlah projek terbaharu nih!…” nekcun meluahkan lagi apa yang nekcun rasa.
“Eemmm… pi la tanya doktor… mungkin Akam tak sehat kot!..” saran atok.
Nekcun hanya menganggok kerana sebenarnya nekcun memang tak suka jumpa doktor melainkan kalau terpaksa.

Alhamdulillah bila nekcun jumpa doktor pada hari Khamis lepas, doktor kata nekcun tak apa-apa, Cuma mungkin nekcun agak sedikit stressful, maka menyebabkan tekanan darah nekcun agak rendah iaitu hanya 90/60 dan itu jugalah yang menyebabkan nekcun selalu rasa pening-pening sehingga tak boleh nak mengadap computer agak lama selepas balik dari pejabat.
Namun semalam keletihan nekcun bagaikan lenyap apabila atok dan anak-anak membuat ‘surprise’ lagi bagi menyambut harijadi nekcun yang ke… hehehe… rahsia!…

Sebenarnya atok & nekcun telah memberitahu semua anak-anak supaya tidak membuat apa-apa surprise hari jadi tahun ini kerana keadaan ekonomi yang gawat. Mereka semua bersetuju, jadi memang nekcun tidak mengharapkan apa-apa untuk hari jadi nekcun tahun ini. Bila mereka hanya mencium nekcun pagi-pagi semalam sambil mengucapkan ‘Happy Birthday’, nekcun sudah cukup seronok kerana walaupun tiada ‘surprises’ mereka tetap ingat hari jadi nekcun.

<<<> hadiah dari anak-anak.

Nekcun rasa terharu betul kerana atok dan anak-anak tetap tidak pernah lupa akan hari jadi nekcun. Bukan setakat mengingatinya tetapi mereka tidak pernah lupa memberi hadiah pada nekcun.

Alhamdulillah… nekcun amat bersyukur kerana mendapat suami dan anak-anak, menantu serta cucu yang penyayang. Tahun ini majlis sambutan yang mereka buat untuk nekcun tambah meriah lagi dengan kehadiran bakal anak menantu nekcun seorang lagi… Nekcun sentiasa berdo’a agar keluarga kami akan memperoleh keberkatan kehidupan di dunia dan di akhirat…. InsyaAllah…
P/s: Nekcun seronok bila baca “Personality” orang yang lahir pada 10th April iaitu: “Energetic, a Decision Maker, Affectionate, Loves Attention, Diplomatic, Has Strong Mentality, Outgoing, Suave, Emotional & a Motivator”. Nekcun tak berani nak kata betul atau tidak kerana hanya orang lain yang boleh menilai diri kita… Wallahua’lam!

Monday, April 6, 2009

The lazy Sunday morning...

Would like to share some good phrases and quotes?
Here they are… Although it may not right to some peoples but it could be good to some other peoples. Whatever it is,… in my opinion, it is something to ponder…


Love your job but don't love your Company
Because you may not know when your company stops loving you. (… hehehe…. This really make me laughed!...)


What is the Secret of SUCCESS... ? "RIGHT DECISIONS"
How do you make Right Decisions... ? "EXPERIENCE"
How do you get Experience.. . ? "WRONG DECISIONS

Without your involvement you can't succeed.
With your involvement you can't fail.

You are not responsible for what people think about you.
But you are responsible for what you give them to think about you.

A man is lucky if he is the first love of a Woman.
A woman is lucky if she is the last love of a man. (I wonder why?... hehehe…)

Write your Sad times in Sand (so it can be washed away when its healed)
Write your Good times in Stone (so we can read it the whole life time)


Behind every successful man, there is an untold pain in his heart.

It's better to lose your Ego to the one you Love,
than to lose the one you LOVE because of EGO.

Don't make promise when you are in JOY .
Don't reply when you are SAD.

Don't take decisions when you are ANGRY.
Think twice, Act wise.

BE happy...!