Pengalaman terperangkap dalam kesesakkan lalulintas dan masaalah mencari tempat pakir di Bangunan PWTC pada hari Sabtu lepas, membuatkan nekcun mengambil keputusan untuk menaikki kenderaan awam sahaja untuk ke PWTC hari ini… (Sabtu 25/4/09) kerana nekcun telah berjanji untuk bersama peminat-peminat novel di booth UPND.
Nekcun menaikki train commuter dari perhentian Subang Jaya ke perhentian Putra. Perjalanan lebih kurang 45 minit itu memang menyeronokkan kerana macam-macam kerenah manusia yang dapat nekcun lihat.
“Kakak nak pergi mana” seorang lelaki berumur tiga puluhan yang duduk di sebelah nekcun menegur.
“Ke PWTC” jawab nekcun ringkas.
“Oh!… ada apa? Perhimpunan Umno kan dah habis?” lelaki itu berkata lagi.
“Ada pesta buku antarabangsa, bukan perhimpunan Umno!..” balas nekcun agak bosan bila dikaitkan dengan politik.
“Oh!… ada pesta buku ya?... saya tak tahu pun!” ujarnya lagi.
“Eemmm… semua orang tahu, awak ajer yang tak tahu!” nekcun menyindirnya.
“Ada ke poster kat mana-mana atau pun publisiti dalam TV ke, radio ke?” tanyanya lagi tidak mahu mengalah.
“Ada… tapi mungkin tak banyaklah kot!…” jawab nekcun dengan rasa tidak pasti kerana sebenarnya nekcun sendiri tidak perasan samada ada ke tidak poster-poster besar atau pun publisiti secara besar-besaran mengenai pesta buku itu di TV atau di radio.
“Itulah mereka ni… bila pesta yang melibatkan ilmu macam ni, sikit ajer publisitinya… tapi kalau pesta yang melibatkan selebriti, pesta yang boleh menghayalkan penontonnya, bukan main lagi besar-besaran publisitinya!.. sampaikan anak-anak kecil dan atok nenek pun tahu ada pesta!..” lelaki itu mengomel.
Eemm… entahlah!… nekcun tak berani nak komen sangat pasal ni… tetapi, bila difikir-fikirkan balik, ada juga betulnya kata lelaki tu, kerana dari apa yang nekcun sedar, tak banyak publisiti pasal pesta buku ini di dalam TV atau pun radio, begitu juga di dada-dada akhbar. Kalau kita tidak peka, pasti akan terlepas pandang. Mungkin juga lelaki itu jenis yang tidak peka akan perkara-perkara sedemikian.
Tetapi lain pula cara publisitinya kalau pesta yang melibatkan selebriti, contohnya festival filem atau acara melibatkan anugerah-anugerah kepada penglibatan artis atau selebriti, semua media elektronik dan media cetak seolah berlumba-lumba membuat publisiti mengenainya. Orang yang tidak peka pun pasti tidak akan terlepas pada publisiti yang disiarkan.
Kekadang terfikir juga oleh nekcun, adakah penulis atau pengkarya tidak layak untuk diberi publisiti sebagaimana publisiti yang diberikan kepada selebriti? Adakah kehebatan dan glamour dunia seni ini hanya layak dimilikki oleh gulungan selebriti sahaja dan tidak kepada penulis-penulis atau pengkarya yang juga merupakan salah satu cabang seni?…
Emm… entahlah!… kekadang terasa gak yang dunia penulisan ni dianggap bagaikan ‘second class’ sahaja di dalam mencorakkan dunia seni di Malaysia ini. Adakah mungkin satu hari nanti akan ada pesta anugerah di mana penulis-penulis dan pengkarya akan dialu-alukan atas ‘carpet merah’ seperti di anugerah APPBH atau sebagainya?

16 comments:
Betul betul betul !!!
Kalau bab hiburan, bukan main canang lagi satu Malaysia..
wah...tak boleh bayangkan.....cam mana baju nekcun.....kalau lalu kat carpet merah.....cam selibriti ker...hmm....tak kot....cam graduan ambil ijazah kedoktoran phd....heheheheheh
Nekcun ...penulisan satu buku selalunyer mengambil masa berapa lama untuk menulisnyer???
Assalamualaikum Kam, setuju sangat dgn idea you tu. Setidak2nya RTM and Syed Munawar sudah menerajui dalam bab buku2 ni. Masa book Fair yg baru ni pun, RTM buat hilite tiap pagi. Kita harapkan akhbar2 mainstream buat yang sepatutnya. Demikian juga ahli jawatan kuasa kurnia bintang2 tu. Sekarang ni depa fokus pada artis2. Sudah tiba masanya, Govt tengok pada penulis2,yang tak kurang contribution pada pembangunan minda masyarakat. Dengan adanya pengiktirafan macam tu, kita harap lebih rancak lagi industri buku dan pengetahuan di negeri kita. Kam, I would to suggest TM yang selama ni sponsor banyak event lain, apa kata start the ball rolling dgn mengadakan malam anugerah yang seumpamanya bagi bidang ni. Red carpet. Why not??
huhuh..btl tu nekcun yg mmg cun,
hr sabtu 18/4 tu sy drive p pwtc..
hmm mmg stress dgn jem & prking
hr kha & ahd leps sy p naik komuter
lg best....
x stress, bleh tgk glgat org
bleh bca buku smbl dgr mp3..hehehe
tu la..
setelah penat melayani kerenah peminat setia nekcun di PWTC, apa kata kita kendurkan sedikit ketegangan itu dgn pekena soto tak pun nasi beringin..
wakkakaka....
psst: maza malu nak call.. hehhee
Salam sayang wahai Nek Cun.
Alahai ... kenapa tak cakap ada di PWTC ?
Tolong berikan nombor hp dan kirimkan kealamat - safmi_80@yahoo.com
Tunggu saya jadi Menteri Perdagangan. Saya akan pastikan mereka yang berjuang untuk ilmu dan bahasa akan diraikan di ARENA ALL STAR.
Bau-bauan nasi beringin masih berlegar2 lagi nmpaknya di sini. Bilalah agaknya bertemu dalam sedulang!!?
Tie... tu yang nekcun malas nak komen pasal tu... agaknya memang dah jadi adat, yang menghayalkan itulah yang menyeronokkan!...
Chekdee... sebenarnya tempoh yang diambil untuk menulis ni, tak sama antara seseorang dengan orang lain... kalau sepenuh masa mungkin dalam sebulan dua dah boleh siap satu manuskript, tapi kalau yg part-time macam nekcun ni... eeemmm... kena tengok mood lah!...hehehe...
Timah... kalau nak suruh company gergasi sponsor carnival untuk penulis ni, mungkin bagi mereka tak berbaloi kot!... tak mendatangkan hasil... itulah agaknya. Samalah gak dengan kerajaan... tengoklah berapa orang sahaja sasterawan atau penulis yang diberi penghargaan, tetapi kalau artis... dah berlambak-lambak dapat anugerah "Dato'" sampaikan kita pun dah tak ingat sape... Mungkin itulah tanda-tanda 'sudah akhir zaman'...
Masni... sekali sekala naik kenderaan awam ni memang seronok. Tapi kalau hari-hari, macam tak larat pulak rasanya bila terpaksa berebut-rebut... hehehe...
Adinda Long, kalau dah jadi menteri perdagangan nanti, jangan lupa pada nekcun tau!... bolehlah nekcun minta projek besor-besor yek!... hehehe... pasal no. phone tu, nanti nekcun e-mailkan yek!...
Maza... nekcun takut jadi kempunan plak sebab selalu sangat dok dengaq pasal nasi beringin nih, tapi sampai la, tak dapat-dapat pun!... dah naik masin tapak tangan nekcun kena jilat sebab nak elakkan kempunan... hehehe...
RMN... ada orang tuh asyik dok sebut nasi beringin, tapi tak teringin ke pun nak datang sini... kalau takat nak buat orang terlioq ajer, baik tak payah!... hehehe... (nekcun nampak Maza tengah jeling tajam kat nekcun tuh!...)hehehe...
Nasi beringin tu apa ?
Tak pernah rasa pulak....
hehe..sekarang kat padang ni pun ada pesta buku...tak sempat lagi nak gi sana..insyaAllah besok atau lusa syd pergi
kat padang ni budak-budak malaysia suka gi pesta buku...mungkin sebab kurang hiburan atau memang hobi kot...
Tie - nak tau nasi beringin tu macam mana.... kena datang sundirik kat Bangsar nie..
kan nekcun kan.. hehehhehe
erk! Tie ada berani ker?
wakakakka
Ooo....Tie takut !!
Tak berani...hu hu....!!
saya setuju publisiti utk pesta buku sangat kureng.
nekcun nak jalan atas karpet merah? kena beli sendiri je lah. lagi senang. org kita memang kurang membaca dan menghargai penulis.
Sayyid... kalo pi pesta buku kat Padang tu, ada tak novel nekcun?...hehehe... (sajer perasan kot-kot ada peminat novel nekcun kat Indon!...)
Tie... nekcun pun sampai hari ni masih dok tertanya-tanya, apa sebenarnya nasi beringin tuh... Adorang tu, sebut jer tak sudah-sudah, tapi batang hidung tak pernah nampak pun!... hehehe...
Maza... iya ler tu nak suruh Tie datang Bangsar, Maza sendiri tak pernah nak jumpa nekcun kat Bangsar ni, camna nak ajak tie?... hehehe...
Izman, memang begitulah nasib penulisan & ilmuan agaknya yer? Nekcun bukanlah nak sangat jalan atas carper merah depa tuh, sebab kat rumah nekcun pun memang dah ada carpet merah... hari-hari dok pijak carpet merah, tapi sajer seronok nak luahkan perasaan yang kekadang 'terpilu' nih!... hehehe...
Post a Comment