Naik serak suara nekcun berbincang dengan kekawan seangkatan tentang Budget 2012 yang telah dibentangkan oleh PM minggu lepas. Dah kami pulak yang jadi macam menteri kabinet... lucu juga rasanya.
Tetapi apa yang pentingnya ialah meluahkan apa yang terbuku di hati masing-masing walaupun kami tahu akhirnya tidak ke mana pun hujjah-hujjah kami tu... sekadar menyuarakan apa yang kita risau dan khuatirkan kerana kita adalah anak jati warganegara yang sentiasa ta'at dan setia kepada negara tercinta ini, disamping kita juga adalah pembayar cukai yang agak banyak setiap tahun kepada kerajaan!... Cukai pendapatan. cukai jalan, cukai tanah, cukai pintu, cukai perkhidmatan dan segala macam-macam cukai lagilah!... you name it, we paid it... hehehe... Jadi nekcun rasa tak salah kalau kita menyuarakan apa yang kita rasakan dan kita berhak untuk bersuara kerana kita juga penyumbang yang tidak kurang banyaknya kepada pendapatan negara.
Namun, suka jugalah nekcun berkongsi dengan kekawan semua akan apa yang kami bincangkan tu kerana nekcun rasa ramai rakyat marhain macam nekcun yang hendak tahu sangat dan agak tidak sabar-sabar nak tengok macam manalah agaknya Budget 2012 yang digah-gahkan itu dapat dimanfa'atkan oleh semua gulungan sasaran!... Takut, akhir-akhir nanti hanya indah khabar dari rupa sajer!.. orang miskin tetap susah dan orang kaya semakin banyak mengaut untung!.. Itulah yang amat kami risaukan!..
Salah satu contoh yang hangat kami bincangkan ialah berkenaan bayaran atau hadiah RM500.00 kepada isi rumah yang pendapatannya kurang dari RM3,000.00 sebulan. Bagaimanakah agaknya kerajaan dapat memastikan semua rakyat yang layak akan dapat menikmati habuan ini?
Berdasarkan dari apa yang dinyatakan oleh PM, bagi rakyat yang layak untuk mendapatkan bayaran hadiah itu mestilah rakyat yang berdaftar dengan LHDN dan urusan bayaran akan diuruskan melalui bank atau pos. Maka terfikirlah kami-kami semua... adakah pakcik/makcik petani atau nelayan di kampung-kampung yang pendapatan mereka tidak sampai RM500.00 sebulan itu telah berdaftar dengan LHDN? Jadi, bagaimanakah kerajaan akan dapat memastikan setiap isi rumah yang layak ini akan dapat dikenalpasti?
Malahan, janganlah kita sebut pasal pakcik/makcik petani atau nelayan... kita tengok sahaja pekerja-pekerja industri (kilang), pengawal keselamatan atau lain2 pekerjaan yang gajinya kurang dari RM2,000 sebulan, kebanyakkan mereka juga tidak mendaftar dengan LHDN kerana pendapatan mereka memang telah terkecuali dan tidak layak dari dikenakan cukai pendapatan. Bukan itu sahaja, bagaimana pula peniaga kecil-kecilan yang pendapatan mereka hanya sekitar RM1,000 - RM1,500 sebulan?... Mereka juga tidak mendaftar dengan LHDN. Jadi macam manakah mereka ini dapat dikenalpasti untuk mendapat bayaran hadiah RM500 yang dijanjikan kerajaan itu? Perlukah semua mereka ini mendaftarkan diri mereka di LHDN pada 1/1/2012 nanti? Mampukah pihak LHDN melayani semua mereka ini kerana nekcun yakin jumlah rakyat yang pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan, senang-senang lebih dari 3 - 4 juta sekarang ini.
Itu belum lagi termasuk gulungan pesara macam nekcun & atok yang tiada pencen bulanan kerana kami bukan 'orang/pekerja gomen' dan sudah pasti pendapatan isi rumah kami adalah di bawah RM3,000 sebulan dan dengan itu juga kami adalah layak untuk mendapat bayaran hadiah RM500 itu. Gulungan yang macam nekcun ni sajer pun dah entah berapa juta jumlahnya... Hak tetap hak dan layak tetap layak, maka gulungan ini juga tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja.
Apabila bincang-bincang pasal tu... maka terkedulah kami masing-masing!... Mulalah terfikir, haruskah kita gembira dengan Budget yang digah-gahkan itu atau perlukah kita mencari jalan bagaimana supaya apa yang dijanjikan oleh kerajaan itu bukan hanyalah 'gula-gula' yang membuat kita terliur dengan manisnya sedangkan hakikat sebenarnya akan terus menyakitkan kita rakyat marhain apabila 'hutang' negara semakin bertambah sedangkan segala keuntungan dan kebaikkan dari Budget itu adalah untuk 'gulungan-gulungan' tertentu sahaja.
Sebagai rakyat marhain yang layak untuk sama-sama mendapat segala kekayaan dari bumi tanahair tercinta ini, nekcun rasa adalah wajar untuk kita memikir-mikirkan akan perkara yang dibincangkan itu agar kita dapat membantu insan-insan lain yang benar-benar memerlukan untuk sama-sama menikmati apa yang telah dijanjikan oleh kerajaan itu... Kalau perlu kita melakukan sesuatu, maka marilah kita lakukannya demi menegakkan kebenaran dan keadilan serta kebaikkan kepada ugama, bangsa dan negara tercinta!... agar kita tidak akan didakwa ketika di hadapan Allah kelak!... Wallahualam...
No comments:
Post a Comment