Thursday, June 2, 2011

Buah Durian macam Harga Emas?...

Setelah beberapa hari berada di kampong halaman di Kedah, petang semalam nekcun terpaksa ke Mydin Hypermarket kerana banyak barang-barang dapur yang dah habis. Selalunya nekcun membeli barang-barang dapur pada hujung bulan sahaja tetapi minggu lepas nekcun tak sempat nak ke pasaraya kerana terpaksa balik kampung, ada kenduri kahwin anak saudara rapat.

Ketika memilih barang-barang tu, nekcun terpandang gerai menjual buah durian yang sudah dikopek. Nekcun yang memang 'hantu' buah durian, segera pergi menjenguk kerana bau buah durian tu memang bagaikan menggamit-gamit selera nekcun. Namun nekcun jadi agak terkejut apabila melihat harga yang tertera pada packet buah durian yang sudah di kopek yang hanya mengandungi anggaran 4 atau 5 ulas sahaja iaitu RM24.00 se packet. Oh!.. ini betul-betul sudah jadi buah 'emas'... kalau 4 - 5 ulas berharga RM24.00, berapa pula harga sebiji durian? Lebih RM40.00? Lebih mahal dari harga sekampit Beras Bernas 10 kg yang berharga dalam lingkungan RM35 ke RM40.00 sahaja.

Nekcun menarik nafas dalam-dalam sambil menjilat tapak tangan supaya jangan kempunan. Tetapi... memang nekcun pun tak rasa kempunan kerana ketika di kampung di Kedah, nekcun dah puas makan durian sampai tak larat nak habis. Dah tu, bukan takat buahnya elok dan manis, fresh dari pokok lagi!...

Kekawan tak caya?... tengoklah gambar nekcun dekat pokok durian yang terdapat di kebun mertua nekcun tu... Boleh capai dan pegang-pegang lagi youuuu....

Memang selalu pun cam tu lah... kalau nekcun dan atok teringin sangat nak makan durian yang best-best dan free, kami akan tunggu bila musim durian di kebun mertua di Sg. Petani, Kedah. Kebetulan ketika balik kampung baru-baru ni, buah durian tu memang sedang luruh, jadi apalagi... raya durianlah kami anak beranak!..

Yang seronoknya, pokok-pokok durian di kebun mertua tu bukanlah jauh sangat dari rumah, hanya di keliling rumahnya sahaja. Dari dalam rumah pun kekadang boleh dengar durian jatuh. Dah tu pokoknya pulak rendang-rendang semuanya kerana apa yang orang selalu kata 'pokok durian kahwin / durian tot'. Namun isinya tetap cantik, tebal, manis, lemak dan bijinya kecil sahaja. Nekcun rasa kalau di KL ni, durian yang sebegitu mau harganya mencecah RM40 ke RM50 sebiji kerana dalam sebiji durian tu kekadang isinya terdapat sampai 10 ke 15 ulas.

Dengan berita baru-baru ini yang mengatakan durian akan dieksport secara besar-besaran ke Cina, nekcun tidak hairanlah kalau harga durian akan jadi macam harga 'emas'. Nasib baiklah kebun mertua di kampung ada banyak pokok durian, jadi tak kempunanlah nekcun & atok nak makan durian kalau pun harganya akan menjadi harga emas kelak!...

p/s: The next potential high return investment on agricultural product is "Buah Durian". Jadi marilah kita ramai-ramai mulakan menanam buak durian di sekeliling rumah!.. hehehe... 

9 comments:

sal said...

buah durian..emm..di sini pun harga durian agak mahal berbanding tahun2 lepas..mungkin buah durian dah kurang maka harganya tinggi di pasaran..kot..

walau apapun..terhibur, apb terpandang foto org yang dekat pokok durian tu..kiut miut..

maza said...

kalau maza tanam durian kat keliling rumah maza ni, ada harapan pencuri selalu menceroboh masuk.. dan hari2 kena saman dengn MBPJ.. heheheh

oh! kat kg maza pun ada durian gak.. tapi durian kampung aje, biji besaq naa.. huhuhu

maza said...

Oh sebelum tu, dlm tahun2 sudah, siap ada kampen makan durian oleh kementerian pertanian disebbkan harga durian runtuh sampai tak laku..

huhuhu

skrg dah mula balik "stinky fruit" ini mengambil tempat raja buah fulaks. aderkkkk.. memang ter**tut ler nak makan buah dughian lepas ni weiiii...

Nek Cun said...

Sal... ehem..ehem.. tersedak-sedak nekcun bila Sal kat kiut miut tuh!... tu senyum orang baru makan durian!... hehehe..

Nek Cun said...

Maza, kalau pokok durian 'kahwin' tak tinggi sangat... boleh jer tanam kat tepi rumah...

Kalau harga durian dah jadi macam emas, tak hairanlah nanti orang akan mula tanam pokok durian kat laman rumah, ganti pokok2 palm... hehehe...

jeragang said...

Betul kata nek cun durian sekarang dah meneroka pasaran China.. dari hantaran percubaan yang dibuat oleh Kementerian Pertanian.. permintaan yang di terima amat menggalakkan.. Order yang diterima kalu nak layan sema memang tak cukup supply nanti kita tak dapat makan durian.... dengo cerita orang china lebih suka durian Mesia.. berbanding derian siam.. derian kampung laa tuh

Khabarnya Korea Selatan pun nak buka laluan masuk kepada durian dari Mesia gak......isy bila dah tebang pokok derian prospek nampak baik plak...

Nek Cun said...

Jeragang, memang betul China lebih suka durian M'sia dari durian siam sbb durian siam tak manis cuma lemak ajer!... Dah tu, jom lah kita pakat-pakat tanam pokok durian sekarang ni, jadi dalam 5 - 6 tahun lagi, jadi taukeh durian ler kita!... hehehe...

kasihibu said...

salam kak
sbb nampak gambar bersama durian tu sya terus klik di sini
sbb sya pun peminat durian yg tegar!!!

kalau dah nampak dan teringin tu mahal pun beli asal yg di beli tu puashati dan terasa di tekak bila kita makan kan?

Nek Cun said...

Sayangsayangibu, memang betul!.. akak pun camtu gak, kalau ada yang dah berkenan, tak kira apa... beli ajerlah!.. lagi pun kita gak yg nak makan iya tak?... hehehe...