Wednesday, May 18, 2011

Rezeki dan Keredhaan Allah SWT...

Di hadapan Queen Alia airport, Jordan
Alhamdulillah, setelah lebih dua minggu nekcun dan atok menjelajahi beberapa negara untuk menikmati dan menghayati keindahan alam kejadian Allah SWT disamping mencari keredhaanNYA di Baitullah, maka kami telah pun selamat kembali ke rumah dua hari yang lalu.




Di hadapan Golden Tulip Hotel, Jordan
Masih mamai kerana agak sukar untuk menyesuaikan kembali waktu tidur yang telah pun banyak berubah masanya ketika di perantauan, disamping perubahan cuaca dan suhu yang bertukar secara mendadak antara satu negara ke negara yang lain amat banyak mempengaruhi keadaan kesihatan nekcun dan atok untuk dua hari ini. Ditambah pula dengan masa penerbangan yang agak panjang dan bertukar-tukar pesawat, telah memudahkan lagi kami diresapi 'jet-lag' ketika sudah sampai di rumah.                                                                                          

Baru sampai di airport Artartuk, Istanbul
 Itu jugalah yang buat nekcun agak berat hendak membuka kelopak mata bila terdengar azan yang berkumandang dari musolah yang berhampiran rumah nekcun untuk dua hari ini. Namun nekcun kuatkan juga semangat, melawan hasutan syaitan yang memang seronok melihat kita terlalai begitu. Alhamdulillah, hari ini nekcun telah berjaya kembali ke situasi asal dari segi emosi dan jasmani.

Merantau dan menziarahi tempat-tempat asing ini memang menyeronokkan. Tambahan lagi kalau tempat-tempat yang banyak mempunyai sejarah Islam. Malahan dalam Islam juga digalakkan untuk umatnya merantau dan menziarahi tempat-tempat asing bagi menghayati dan mengagungkan kebesaran Allah di dalam mencipta segala kejadian di dunia ini. 


Di hadapan hotel di Bursa, Turki. 

Di hadapan Blue Mosque, Istanbul.
  Alhamdulillah, nekcun juga mengucap syukur kepada Allah yang tidak terhingga kerana telah memberi nekcun kesihatan tubuh badan yang baik dan rezeki yang luas bagi membolehkan nekcun, atok dan kekadang diiringi keluarga menziarahi hampir ke semua benua asing yang terdapat di muka bumi ini. Walaupun ada beberapa lagi negara yang masih tidak sempat nekcun dan atok ziarahi dan InsyaAllah, kalau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan disehatkan tubuh badan, memang nekcun dan atok bertekad untuk merantau lagi ke negara orang sambil mencari keredhaan Allah SWT.


Bersama rakan di kedai buat sausage
 Nekcun teringat kata-kata seorang ustaz bahawa harta kekayaan yang kita ada tidak akan pasti menjadi milik kita sehinggalah kita membelanjakannya untuk keperluan diri kita sendiri seperti membeli makanan yang kita makan, membeli pakaian yang kita pakai atau pun sedekah yang kita hulurkan atas nama Allah. Maka dengan itu jugalah nekcun dan atok selalu terfikir untuk menziarahi tempat-tempat orang disamping mencari keredhaan Allah SWT kerana kalau pun disimpan duit yang ada itu belum tentu akan jadi milik nekcun dan atok, sekiranya kami meninggal dunia sebelum sempat menggunakannya. Jadi sementara umur masih ada ini, eloklah kami menggunakan rezeki itu sebaik-baiknya. Sekurang-kurangnya pahala dan keredhaan Allah itu akan kekal jadi milik kita sampai ke akhirat.


Di hadapan Masjid Nabawi, Madinah.


Di hadapan Baitullah, Masjidilharam.

Minum2 di Felda D'Saji, Al-Safwa Tower, Mekah
 Nekcun percaya bahawa rezeki itu Allah yang menentukannya. Maka gunakanlah rezeki yang ada hari ini pada jalan yang diredhai Allah, maka pasti Allah akan menggantikan atau menambahnya dengan lebih barakah lagi, InsyaAllah!..

6 comments:

sal said...

Assalamualaikum Nekcun..

BAHAGIAnya tengok gambar nekcun dekat bangunan kaabah...

syahdu betul rasanya...
moga nekcun sentiasa sihat dan ceria selalu..

noorlara said...

nekcun,
selamat kembali dan semoga kehidupan lebih dirahmati Allah S.W.T

Nek Cun said...

Waalaikumussalam Sal, memang seronok ketika menghadap Kaabah tu dan terasa sayu dan sedih benar bila hendak meninggalkannya!... InsyaAllah, semoga kita akan dapat selalu menziarahinya lagi kelak...

----

Noorlara, terima kasih di atas do'a yang amat bermakna itu...

Tie said...

Salam Nekcun..

Wah.. seronoknya... Tie tumpang gembira. Teringin lak nak ke sana..

Nek Cun said...

Tie, ajaklah abang pergi ke sana... memang seronok sangat, terutama kalau dengan orang yang tersayang!..

noorlara said...

Nekcun
Tahniah kerana menjadi tetamu Allah...sesungguhnya tiada tempat yg paling baik untuk pergi melainkan tanah haram Mekah dan Madinah