Malam tadi nekcun dengan atok pergi ke pasaraya yang berhampiran rumah kami untuk membeli sedikit barang-barang dapur untuk keperluan bulan Ramadhan kelak. Nekcun tak mahu pergi pada hujung minggu kerana selalunya pasaraya akan penuh sesak pada hujung minggu, sehingga nak menolak troli pun tak muat.
Sebenarnya nekcun tak beli banyak barang pun. Hanya beberapa barang-barang harian seperti susu, gula, tepung dan bahan-bahan minuman untuk berbuka puasa kelak.
Ketika nekcun menghampiri tempat gula pasir, nekcun dapati tidak ada banyak bungkusan gula seperti selalunya. Dah tu, ada pula kertas notis diletakkan di situ: “setiap pembeli hanya dibenarkan 5 kilo sahaja”. Nekcun pun agak terkejut juga kerana sebelum ini tidaklah ada had sebegitu untuk membeli gula. Namun, itu tidak memberi masaalah pada nekcun kerana keluarga kami memang tidak banyak menggunakan gula (kerana nekcun memang dah manis!…. bukan diabetes ya!… hehehe… perasanlah pulak!) demi menjaga kesihatan sekeluarga.
Bagaimanapun nekcun ambil jugalah 2 kilo sahaja kerana dalam bulan puasa ni kekadang tu guna juga gula untuk air teh O panas semasa berbuka puasa. Itu pun selalunya nekcun bancuh tak manis sangat, takat manis buah sahaja kerana sudah ada manisan dalam buah Kurma. Atok pun tak suka manis-manis. Jadi bila gula kena catu camni, kami tidaklah masaalah sangat.
Sedang nekcun mahu mengambil bungkusan gula itu tetiba ada satu perempuan datang mendekati nekcun.
“Dek!… adik ambil berapa kilo gula tu?” tanya wanita itu.
“Saya tak perlu banyak, 2 kilo sajer dah cukup!” jawab nekcun selamba.
“Dek, ambil 5 kilo… nanti kat luar akak bayar kat adik!” pintanya dengan nada merayu.
“Eh!… nak buat apa pulak saya nak sampai 5 kilo? 2 kilo ni pun tak habis sebulan!…” jawab nekcun agak hairan.
“Bukan untuk adik!… tapi untuk akak!…” jawabnya seolah berbisik. Mungkin takut didengari oleh pelanggan lain.
“Eh!... kalau akak nak beli, akak ambil sahajalah untuk akak!” balas nekcun dengan nada agak tegang.
“Akak dah ambil 5 kilo, anak akak pun dah ambil 5 kilo, tapi tak cukup lagi…” jawabnya seolah merayu.
“Akak buat apa gula banyak-banyak tu?” soal nekcun lagi. Atok hanya memerhatikan kami.
“Akak ni miaga kueh dik… jadi bulan Ramadhan ni, akak kenalah tambah jualan dan sudah tentu akak kena banyak gunakan gula!… tolonglah dik, ambil 3 kilo tu untuk akak!” rayunya lagi.
“Oh gitu!… kalau akak miaga, pergilah beli kat pasaraya kat sana tu, ada jual secara pukal, boleh beli banyak-banyak!…” nekcun menyarankan.
“Akak dah pergi sana, tapi gula pun dah habis!… kena catu camni gak!…” jawab wanita itu, merayu belas ihsan nekcun.
Begitulah keadaannya bila barang makanan utama kekurangan di pasaran. Orang akan berbuat apa sahaja untuk mendapatkannya. Nekcun sendiri pun tak tahu kenapa tiba-tiba sahaja gula kurang di pasaran.
Malah dalam akhbar Star semalam ada mengatakan ianya adalah kekurangan di seluruh global bukan di Malaysia sahaja, Betul ke tu? Kenapa boleh jadi macam tu? Bila nak bulan Ramadhan sahaja, gula pasti akan berkurangan. Tahun lepas pun camtu jugak!… tak sangka pulak pokok tebu gula ni tahu bulan Ramadhan atau tidak ya?…
Eeemmm… entahlah… nekcun pun tak tahu apa nak cakap… mungkin ini adalah salah satu dugaan Allah kepada semua Umat Islam yang akan menghadapi Bulan Ramadhan. Allah tidak mahu kita membazir-bazir makanan semasa berbuka puasa! Cukuplah manisan dengan buah kurma sahaja!…
Tetapi bolehkah rakyat Malaysia berbuka puasa dengan buah kurma sahaja!… sana sini nekcun lihat hotel-hotel telah membuat promosi Juadah berbuka puasa!… dan harganya… bukan seringgit dua ringgit… tetapi ada yang sampai beratus ringgit seorang. Mampukah kita menghabiskan makanan sebegitu banyak ketika berbuka puasa kelak? Sedarkah kita bahawa ini adalah salah satu hasutan syaitan yang sangat halus terhadap umat Islam… Ada firman mengatakan: Membazir itu adalah sahabat Syaitan!… jadi mahukah kita menjadi sahabat syaitan ketika kita berebut-rebut mencari ‘bonus’ yang Allah janjikan sepanjang Ramadhan kelak?… marilah sama-sama kita fikirkan…. Wallahualam!…

p/s: Selamat menyambut Ramadhan AlMubarak kepada semua kekawan yang berugama Islam. Marilah kita sama-sama menyemarakkan bulan yang penuh keberkatan ini.... Nekcun juga ingin minta ma'af kepada semua kekawan sekiranya ada salah silap selama kita berhubungan...
7 comments:
maza tidaklah suka manis-manisan dlm makanan... lagipun dah ada penyakit kronik segalanya kena berhati2 gitew..
namun hari ini tak pasal2 kena gak cari gula pasir. Selain tinggal 2 sudu camca sahaja di dlm telab, mak pula sudah bising, "Karang org datang mcm pulak tak bergula? esok ko carilah gula kat rumah ni..."
aderk! sekali sekala org tua datang, kenalah menyantuni mereka. lagipun mak kita kanzzz..huhuhu
penyelesaian kekurangan gula sebenarnya ada. Cuma tidak dipraktikan bersungguh2. Apatah lagi ada sesetengah golongan sengaja mencetuskan suasana panik. Lantaran itu kesempatan akan terbuka luas.
Masalah ini pernah pun kita lalui sebelum ini. Sepatutnya semua peringkat golongan mulai matang dan tahu bertindak utk mengatasinya. Terutama diperingkat kementerian dan pengeluar gula!
Syukur, rakyat kita tidak cepat melatah! Suasana sprti ini ditangani dengan berhemah.
Tidak seperti ketika pertama dilanda kepanikan ketiadaan gula tahun2 sudah!
barangkali kita sudah pelajari sesuatu dari pengalaman lalu!
Alhamdulillah..
tapi kali ini kita kasi ajar sama sekali dengan tokey dan taikoon gula negara! Jangan hanya tahu kepentingan diri semata2.. ingat 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan!
huhuhu
Bersama kita membenteras penyagak Dagangan! Takbir!!! Takbir!!! Takbir raya!!! gitew.. huhuhuhu
Salam nekcun,
Chekdee ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seisi keluarga. Mudah-mudahan puasa kita tahun ini, adalah lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.
Nampaknyer....kita semua kena makan makanan yang kurang manis.....ukhussss
salam ramadhan nekcun..
tak jadiklah tiny nak sambung PhD.. nak ajak cik abang balik kampung tanam tebu dan pastu sambung belajar/ kursus cara buat gula..
buleh tak camtu nekcun???...
(nak bukak company proses gula kena dptkan AP cam jual kete import tak?.. hmm.. saya nak kaji ni ler nekcun.. ok ker?.. hihihi)
Salam ramadhan Nekcun.
Tie ada pinjam buku Nekcun 'Terperangkap di Kamar sutera' dari library. Entah boleh ke baca masa puasa ni, ekekeke...
Bab gula tu, masa kat pasaraya di ganu ni, gula banyak seperti biasa. Tapi Tie tengok, orang ramai beli banyak2... tak tahu la alasan mereka, tapi kerana inilah gula tak cukup kot...
Maza...itulah kalau ada orang yang telah diberi kepecayaan tetapi meyalah gunakan kepercayaan itu, dan akhirnya jadilah dia seperti penyangak... mengaut untung dari hak orang lain....
Chekdee...untuk jaga kesihatan, tak payahlah makan manis-manis sangat... kalau bubur kacang dah taruh durian, kurangkanlah gulanya, jadi jimat sikit gula tuh!... hehehe....
p/s: ada nak dapat rasa bubur durian chekdee bulan posa nih!... hehehe...
Tiny... cita-cita Tiny tu adalah satu cinta-cita yang baik. Memang dalam Islam pun ada dikatakan bahawa untuk sesorang itu maju dan kaya raya adalah melalui perniagaan. Kalau makan gaji, hanya takat gaji sahajalah... tetapi kalau berniaga, untungnya berlipat ganda... tetapi mestilah mengikut syariat Islam yang betul... InsyaAllah, nekcun sentiasa do'akan Tiny akan berjaya mencapai cita-cita Tiny untuk membuka Kilang memprocess gula tuh!... seronok betul nekcun kalau ada orang Melayu / Islam yang berjaya dalam perniagaan!... Semoga kertas PhD Tiny pasal process gula tu will materialised your ambition!...
----
Tie. Oh!... tie ada pinjam dari library buku TDKS nekcun ya!... memanglah buku tu telah berjaya terpilih oleh Perpustakaan Negara untuk projek perpustakaan desa seluruh negara. Alhamdulillah... semoga Tie enjoy baca buku tuh!...
butul tu nekcun, semua pasaraya hadkan gula. tempat saya majoriti 2kg sorang je.
kurangkan gula dlm makanan, lebihkan manis disenyuman.
selamat berpuasa utk nekcuk dan atuk
salam ramadhan ya nekcun, kat kedai runcit kat rumah maksu tu, cuma kasik kita beli 1 kilo gula jer
tahun ni tak de kuih raya ler, yang ada cuma kuih masin ;)
Post a Comment