Tuesday, July 21, 2009

Siapakah Lelaki Sejati?...

Mini parlimen di kafetaria pagi tadi bergegar lagi bila salah seorang kawan kami mengeluarkan cerita dalam akhbar pasal seorang lelaki yang telah di denda RM2,000.00 dan penjara (nekcun tak ingat berapa lama) kerana mengedarkan gambar isterinya yang berkeadaan kurang senonoh.

Sebenarnya kami sendiri tak tahu apa yang dimaksudkan kurang senonoh itu. Adakah gambar dalam keadaan bogel atau separuh bogel atau keadaan kurang siuman. Namun apa yang menjadi tajuk utama kami pagi tadi ialah: Mengapa lelaki itu sebegitu bodoh untuk mempamerkan keaiban isterinya sendiri? Bukankah itu juga adalah sebahagian dari keaibannya sebagai suami wanita itu? Tidakkah dia boleh dianggap sebagai seorang suami yang dayus kerana membiarkan, malah menggalakkan keaiban isterinya dipamerkan! Jenis lelaki apakah ini?...

Isu tentang lelaki ini telah menarik minat nekcun untuk berkongsi beberapa pendapat tentang lelaki yang boleh dianggap sebagai lelaki sejati. Apakah itu Lelaki Sejati?...

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada di sebalik itu…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dinikahinya…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…


Sabar itu iman…Duit bukan kawan…Dunia hanya pinjaman…Mati tak berteman…


“Manusia Hawa diciptakan dari rusuk Adam. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalasnya, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengan untuk dilindungi dan juga dekat dengan hatinya untuk Dicintai dan dikasihi serta disayangi.”

Begitulah beberapa phrasa tentang lelaki sejati yang nekcun dapat dari beberapa kekawan dan juga pembacaan... maka, adakah suami-suami kita atau kekawan bloggers yang lelaki tu termasuk di dalam kategori Lelaki Sejati itu?.... sendiri mau ingatlah!... hehehe....


11 comments:

maza said...

pstt: tertinggal satu tu.. lelaki sejati, hebat bila berjuang!

hehehehehh

salam gitew

suara said...

Salam nekcun,

Rasanya lelaki itu punya agenda tersembunyi terhadap isterinya...
Tapi tu lah... bila dibuka keaiban org, maka akan terbuka juga keaiban sendiri. Dia tak sedar gamaknya... Ish.. Ish..

Abang Long said...

Inilah akhir zaman. Sedih dengan perkembangan yang berlaku, apa yang terjadi di negara barat telah menular ke negara kita.

Satu lagi nak tambah - BODOH TIDAK BOLEH DIAJAR !

Eh terlupa ... lelaki tu orang Islam ke ? Maaf, sudah lama tidak membeli akhbar. Hehehehe ...

Nekchun sihat ? :)

sekuntum mawar berduri said...

salam...
untuk mencari lelaki sejati kita hendaklah membentuk diri kita menjadi wanita sejati juga kerana setiap yg baik itu terlalu sukar untuk di temui.

Anonymous said...

Moga2 lelaki2 bloggers yang kita kenali merupakan lelaki sejati yang nekcun ungkaikan ni.....

Suami Tie...hmm... walaupun tak semua, syukur juga... Tie pun tak sempurna.

chekdenoor said...

Salam ....hmm...pelik tetapi benar ...gitulah perkataan yang sesuai ......harapkan pagar...pagar tumbang...ukhussss...

Pernah juga chekdee bual-bual kosong dengan anak-anak..... kalau nak cari pasangan kelak .....cari jer lelaki lembut.... boleh tolong kat dapur dan tolong jaga anak-anak.....

Harap yang buruk-buruk itu....dijauhkan dari kita dan keluarga kita ......

Nekcun dah dapat pembantu ker??

Nek Cun said...

Maza, betul ler!... nekcun ter'miss' plak yang tu... tapi berjuang tang mana tuh?... sendiri kena tahu ke?... hehehe...

----

Salam Suara,agaknya gitu ler... kekadang lelaki ni pun ada gak yang tak sedar apa yang depa buat...itu ler yang kalau anak dah ramai marah pulak kat isteri bila isteri dah kurang layan depa!... masa buat anak tu depa tak sedar!... hehehe....

---

Adinda Long, eeemmm... entah ler apa nak jadi ngan dunia sekarang ni... mungkin dah akhir zaman kot!... sebenarnya nekcun pun tak tahu lelaki Islam ke bukan kerana tak sempat habis baca citer tu, kekawan dah sebuk bercerita...

---
Salam Mawar Berduri, Oops... aduh!... jari nekcun terkena plak duri kat bunga tuh!... hehehe... jangan marah, nekcun lawak jer!... Betul tu apa yang Mawar kata, kalau kita nak pasangan kita sejati, kita pun kenalah pastikan kita pun sejati gak!... baru adil kan?...

---
Tie, nekcun pun syukur juga... walaupun atok mungkin tak sempurna tetapi nekcun tetap bahgia dengan cara dia menjaga & melayan nekcun selama 32 tahun ini!... belum ada cacat celanya!... semoga ianya akan kekal begitu sehingga akhir hayat kami... InsyaAllah!...

---

Chekdee, betul ke chekdee nak cari menantu yang pandai ke dapur? Kalau camtu, nampaknya anak teruna nekcun tak pass lah nak jadi menantu chekdee sebab dia memang langsung tak pernah ke dapur! Tak ada harapan lah nekcun nak berbesan ngan chekdee!.... hehehe... (jangan marah... lawak jer!...)

p/s: nekcun dah berhentikan bibik lama tuh sebab dia dah nak kahwin. Takkan kita nak larang pulak dia nak kahwin, walau pun dah hampir 7 tahun dia kerja ngan nekcun. Sekarang tengah tunggu bibik baru... besar kemungkinan lepas Raya nanti baru sampai... tu yang penat sikit skrg nih!... nekcun pakai cleaner yang weekly tu jer for the time being!... chekdee ada ker spare bibik nak bagi pinjam kat nekcun?... hehehe...

mama_ieta said...

askum nekcun...topik nie menarik perhatian sy..bukan apa,sy pun jd hairan knp & mgapa suaminya sanggup berbuat begitu..adakah krn tingkah laku isterinya ataupun krn kebodohan lelaki itu...bg ieta x mustahil mrk mengalami mslah rumahtangga sehinggakan ia sanggup berbuat sedemikian rupa..TINDAKAN YG BODOH & TIDAK TAHU HUKUM HAKAM AGAMA...
wat nekcun pulak ada 1 soalan cepumas bila nk kuar NOVEL baru dh x sabar nk beli n baca..
wassalam...free2 dtglah blog kita..

izman said...

itu suami tak guna, aib isteri adalah aib suami. entahlah, dunia sudah mau kiamat barangkali.

anyss said...

Ada tak lelaki sejati kat sini? Nak ngurat lah! hu hu hu

dkama said...

Lelaki sejati selalu cakap ladies 1st kan nek cun?? PEACE...