Tanpa terasa penat atau lelah, sudah 25 hari Ramadhan berlalu meninggalkan kita. Belum puas rasanya mengiratkan ukhwah bertarawikh di masjid bersama jiran-jiran sekeliling, namun malam-malam yang penuh keberkatan dan rahmat itu akan tetap meninggalkan kita dalam beberapa hari sahaja lagi.
Oh!.. terlalu cepat masa berlalu dan semakin singkat pula usia kita di dunia ini... Entah dapat entah tidak kita bertemu lagi Ramadhan yang mulia ini di tahun hadapan... Hanya Allah yang mengetahuinya!... Dan entah sudah turun ke atau belum malam rahmat yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Malam LailatulQadar itu dalam Ramadhan kali ini, kita juga tidak mengetahuinya kerana hanya insan-insan yang Allah pilih sahaja yang dapat bertemunya!... Adakah kita termasuk insan-insan yang terpilih itu?... InsyaAllah!... Itulah harapan kita semua kan?... Do'a nekcun semoga kita semua akan menjadi insan-insan yang Allah redhai dan perkenankan untuk bertemu malam yang penuh rahmat itu di dalam beberapa hari yang tinggal ini!... Amiiinnnn...
Dikesempatan ini, ingin nekcun mengucapkan SELAMAT HARI RAYA DAN MA'AF ZAHIR BATIN kepada semua kekawan yang mengenali nekcun. Mungkin juga dalam tanpa sedar, ada entry-entry nekcun yang telah menyinggung perasaan kekawan dan pembaca budiman, maka nekcun menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan ma'af dari semua kekawan dan pembaca yang sering memberi sokongan kepada penulisan nekcun, samada di blog ini atau pun pada novel-novel nekcun. Semoga segala kema'afan kekawan dan pembaca semua akan dapat menghindarkan nekcun dari seksaan api neraka dan mendapat keredhaan Allah untuk ke Syurga Firdaus di akhirat kelak.
Bagi kekawan dan pembaca yang akan bermusafir ketika merayakan Edilfitri nanti, berhati-hatilah di jalan raya dan ingatlah selalu insan-insan yang tersayang... Teruskan bertakwa kepada Allah tanpa menjejaskan kemeriahan menyambut Syawal yang akan menjelang. Semoga selamat semuanya!... Wassalam...
3 comments:
Semuga ramadhan kali ini membahagiakan.... nampaknya nekcun dah mood raya....
maaf memaaf adalah tanggung jawab untuk ditunaikan
Selamat Hari Raya nekcun..
err. rasanya, kalau ada open house tu, insyallah boleh jumpa.. ahaks..
hehehehhe
Sya pun terasa terlalu syahdu utk meninggalkan ramadan..
moga panjang umur dan murah rezki..dipertemukan lagi bulan yg penuh keberkatan itu..amin Ya Rab..
juga diucapkan selamat hari raya ..
moga ceria2 selalu di hari raya bersama fmly yg tersayang..
Post a Comment