Pejam celik, pejam celik tak sedar kita dah nak masuk suku kedua tahun 2011. Begitu pantas masa berlalu sehingga dirasakan masa 24 jam sehari itu bagaikan tak cukup untuk nekcun menguruskan segala apa yang perlu diuruskan setiap hari.
Dulu semasa nekcun bekerja sepenuh masa di salah satu GLC terkemuka, nekcun ingatkan masa 24 jam tu rasa tak cukup sebab banyak masa perlu dihabiskan sepenuhnya di pejabat. Jadi itulah sebabnya nekcun tak sabar-sabar nak meninggalkan tugas tersebut dan mahu memberi tumpuan kepada bidang & projek yang nekcun rancangkan bersama beberapa sahabat dan ahli keluarga dengan harapan akan ada lebih masa untuk nekcun merehatkan minda & jasmani yang agak sudah keletihan selama berpuluh tahun berkhidmat di syarikat itu. Namun, apa yang nekcun harapkan itu agak meleset rupanya!..
Walaupun sekarang nekcun tidak berapa terikat dengan waktu rasmi pejabat, tetapi untuk memastikan apa yang nekcun lakukan itu benar-benar diredhai Allah, nekcun masih perlu meluangkan masa nekcun setiap hari sekurang-kurangnya empat jam yang selalunya nekcun akan laksanakan pada belah pagi sehingga tengahari. Dan pada belah petang nekcun akan tumpukan pula pada aktiviti-aktiviti lain yang tidak kurang juga memerlukan perhatian dan komitmen nekcun yang agak padat. Akhir-akhirnya nekcun rasakan tidak ada banyak bezanya antara semasa nekcun bekerja sepenuh masa dahulu dan sekarang!..
Tak tahulah nekcun, samada masa yang semakin laju atau nekcun yang dah semakin tak larat!... hehehe..
Tambah-tambah lagi dalam seminggu dua ni, memang nekcun agak kalut macam lipas kudung kerana baru mendapat ahli baru dalam keluarga iaitu cucu nekcun yang terbaharu. Pagi-pagi sebelum nekcun keluar ke mana-mana yang nekcun perlu uruskan, nekcun perlu terlebih dahulu memastikan anak dan cucu nekcun ini diuruskan sebaik-sebaiknya sehinggalah anak nekcun itu habis pantang kelak kerana semasa dalam pantang ini nekcun mahu menjaga mereka sebaiknya.
Walaupun ada dua pembantu rumah (1 nekcun punya dan yang 1 lagi anak nekcun punya) yang membantu menguruskan apa yang perlu, tetapi nekcun tak yakin dan tidak mahu melepaskan sepenuhnya tangggungjawab menguruskan cucu yang baru lahir itu kepada mereka kerana bagi nekcun air tangan ibu adalah lebih berkat di dalam membina keluarga bahagia.
Itulah agaknya nekcun rasa bagaikan 24 jam sehari itu tidak cukup untuk nekcun sekarang!.. Tapi, apa-apa pun nekcun amat bersyukur kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan nekcun dan atok seorang lagi cucu yang comel dan sehat walafiat. Semoga semua anak2 , menantu dan cucu2 nekcun akan menjadi anak-anak yang soleh & solehah yang akan membahgiakan, mensejahterakan, menggembirakan dan memuliakan nekcun dan atok dari dunia hingga akhirat.... InsyaAllah!..
5 comments:
aduhaiii.. comel giler baby tu.. geram betullah.. hahaha
tahniah nekcun kerana sudah ada cucu yg cute2 jua... hehehe
Maza, hendak tak buat menantu?... hehehe...
Memanglah gitu nekcun kalu cerita pasal tidak cukup masa sampai kiamat pun tak habis. Jeragang baru jer mula alam persaraan semalam ingat nak rehatkan minda duk rumah sementara waktu.... menjalani hari pertama tanpa urusan rasmi yang diatur atau sekurang-kurangnya dalam senarai tugas atau melayani tetamu atau pegawai mendengar segala macam hal atau menyelesai in-tray terasa janggal lah pulak. Paling terasa takada lagi PA yang brief program for the day sebelum memula kerja dan bagaimana end of the day report.... rutin harian jeragang kalu masuk opis.... kopi pung bancuh 3in1 sendiri jer.... itu semua bole dilalui rasanya..
Satu hal yang jeragang paling terasa memang tak sibuk dengan kerja berat sangat penat kerana tidak buat ape-ape... letih yang amat sangat baca 2 baris terus tak sedo dunia... tidak tau apa akan berlaku dihari-hari mendatang
Kebetulan lak baca tulisan nekcun nie mungkin ada sikit dapat pedoman. Harap dapatlah nekcun kongsi sikit2 tips.... mungkin kalu gi tengok cucu bole kut....
Jeragang, kalau kita penuhi masa kita dengan perkara2 yang mendekatkan kita pada Allah, pasti tidak membosankan!.. Kekadang tu terasa macam ; Alahai kenapalah aku lambat bersara hari tu, kalau aku tahu seronok camni, dulu2 lagi aku dah bersara!... Itu pada nekcun lah... pada Jeragang mungkin lain caranya!.. tetapi apa-apa hal pun, nekcun rasa masa sekarang inilah kita perlu lebih banyak bermuhasabah diri tentang masa2 yg telah kita habiskan selama ini... Wallahualam..
Post a Comment