Oleh kerana ada projek yang telah ditunda ke satu masa yang lain, maka nekcun pun agak free lah pagi tadi. Jadi untuk tidak membuang masa begitu sahaja, segera nekcun pergi ke kelab kerana sudah agak lama juga nekcun tak menjengok gym di situ, sampaikan kekawan yang selalu bersama sebuk hantar SMS mengingatkan.
"Hai, Hajjah!.. ke mana you pergi, lama tak datang sini?" Mdm. Khor menegur apabila nampak sahaja muka nekcun di pintu gym.
"Sebuk sikit lah sekarang nih!.. Saya bukan isteri tauke besar macam you, tak payah kerja pun ada wang banyak dalam bank!.. so saya kena kerja kuat sikitlah, cari makan!.." jawab nekcun sambil tersenyum sengaja seronok mengusik Mdm. Khor.
"Haiya!.. you memang suka usik saya lah Hajjah!.. mana tauke besar!.. Kuli juga.. kita samalah!.." balas Mdm. Khor sambil terkekeh-kekeh.
"Ha!.. mana yang lain? You sorang sajer ke?" tanya nekcun apabila melihat tiada kekawan yang lain melainakan Mdm. Khor.
"Ada!.. Datin J dengan Pn. Gee baru pergi tukar baju.. sekejap lagi mereka join kitalah!.." jawab Mdm Khor lagi dengan suara yang termengah-mengah kerana sedang berlari di atas trademill.
Lebih kurang satu jam kami berhempas pulas mengerah tenaga untuk mengeluarkan peluh yang degil sangat nak keluar, akhirnya kami berempat bersetuju untuk berehat. Dengan termengah-mengah macam biasa kami semua membersihkan diri di 'washroom' sebelum pergi minum-minum di coffee house.
"Hei Khor, mana you punya best friend sudah lama tak nampak?" tiba-tiba Datin J bertanya.
"Sapa?" soal Mdm. Khor sambil mengangkatkan keningnya.
"Itu janda cun punyalah!.. sapa lagi.." jawab Datin J sambil meneguk neslo aisnya.
"Oh!.. Razmah ka?" Mdm. Khor bertanya.
"Iya lah!.. sapa lagi cun kat sini!.." ujar Datin J.
"Hei!.. ini nenek cun ada!.." sampok Pn. Gee sambil menepuk lembut bahu nekcun.
Nekcun membiarkan sahaja Pn. Gee kata begitu kerana nekcun faham benar dengan telatah kekawan nekcun yang memang suka begurau tu. Sesekali bergurau senda begitu memang seronok.
"Iyalah... mana Razmah dah dekat sebulan tak nampak batang hidungnya? Sakit ke dia?" Pn. Gee bertanya agak prihatin.
"Haiya!.. Datin tak tahu ka, dia sudah pindah duduk Damansara lah!.." beritahu Mdm. Khor.
"Oh, iya ka? Kenapa dia pindah? Jadi dia punya rumah dekat you tu dia jual ke?" tanya Datin J agak terkejut.
"Dia tak jual tapi dia kasi dia punya emak duduk. Dia pindah Damansara ikut dia punya husband baru ma!.. Young, rich & handsome!.. Very loving lagi!.. " Mdm. Khor bercerita.
"Iya ka? No wonder dia tak jemput kita masa wedding dia... dia takut kita tackle dia punya new hubby ka?" Pn. Gee pula berseloroh sambil tersenyum lebar.
"Haiya!.. dia mana ada sini kahwin.. Dia kahwin sana London ma!.." beritahu Mdm. Khor lagi dengan bahasa rojaknya.
"Itulah rezeki namanya!.. dulu kan dia pernah frust kerana ex-hubby dia tinggalkan dia for youger lady, sekarang Allah beri dia pulak suami yang lebih young, rich and handsome dari ex-hubby dia!.. Sebab itulah kita tak boleh putus asa bila ada satu-satu musibah yang menimpa kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya!.." nekcun mengambil kesempatan bertazkirah sikit walaupun nekcun tahu Mdm. Khor mungkin tak faham.
Apa-apa pun sukalah nekcun mengingatkan diri nekcun dan semua kekawan supaya kita sentiasa bersyukur kepada Allah, tidak kira semasa senang atau semasa susah kerana orang yang sentiasa meletakkan Allah di hatinya, InsyaAllah akan mendapat kasih sayangNya tanpa sebarang perhitungan.
Setiap musibah yang Allah lakukan kepada hambaNya pasti ada hikmah di sebaliknya yang hambaNya tidak sedar. Kalau tidak di dunia, di akhirat pastinya hambaNya itu akan mendapat ganjaran (Syurga) sekiranya ia sentiasa redha dan sabar ketika menerima sebarang musibah.... Wallahualam!..
p/s: Tahniah Razmah kerana dapat hubby young, rich & handsome...
5 comments:
Haha.... bertuahlah empunya badan! Ingat dalam cerita drama je. Rupanya ada juga dalam realiti, ya. Semoga Razmah bahagia dengan perkahwinan barunya, amin...
Iyalah Tie... itulah yang dikatakan tuah ayam nampak di kaki tetapi tuah manusia siapa yang tahu... Nekcun pun tumpang gembira dengan kawan nekcun tu...
jodoh, ajal maut tu kerja Allah. Kita kena sentiasa bersyukur dengan ketentuanNya.
perkhh...
heheheh
org kata lah kan.. bukan maza aje kata, tapi worang juga kata.. heheheh
kalau dapat yg jelitawan itu suatu bonus, hehehhehe
Izman, betul... ajal maut, jodoh pertemuan adalah ketentuan Allah!.. dan alangkah beruntungnya kalau dapat jodoh yang akan membahgiakan kita selamanya!..
----
Maza, dapat yang cantik jelita memanglah bonus!.. jadi dapat yang young, rich & handsome adalah bonus berganda!... hehehe...
Post a Comment