Tanpa disedari air mataku yang mula bergenang berderai juga akhirnya menjadi sedu sedan yang memilukan sebelum sempat aku menghabiskan membaca cerita dari akhbar yang ada di tangan.
Kisah pengantin lelaki yang meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika baru balik dari majlis akad nikahnya di Kangar pada hari Sabtu yang lepas telah benar-benar mencuit hati & naluri kewanitaanku!...
Hanya sebagai pembaca cerita hatiku sudah menjadi begitu sedih dan pilu, cubalah bayangkan bagaimana pula hancur luluh perasaan wanita yang telah dinikahinya!...
Menjadi ’balu’ hanya beberapa jam selepas mendapat gelaran sebagai isteri!.. Belum sempat untuk berbakti kepada si suami yang dincintai, malahan inai di jari masih merah berseri, tempat tidur yang dihias indah masih belum sempat ditiduri, tetapi si suami telah meninggalkannya untuk selamanya!..
Itulah dugaan Allah kepada hambanya yang dikasihi… Pasti ada hikmah di sebalik dugaan itu!..
Semoga Allah mencucuri RahmatNya ke atas roh Allahyarham dan keluarga yang turut terkorban dalam kemalangan yang ngeri itu. Kepada isteri yang ditinggalkan, bersabar dan redhalah dengan apa yang terjadi kerana ALLAH itu maha mengetahui segala apa yang diaturkanNya!... Wallahualam.

10 comments:
huhuhu.. kesiankan.. sayang jodoh tak panjang. betul2 sampai ke jinjang perkahwinan.. lepas tu.. ishk ishk ishk
tapi wanita tersebut boleh
Tie ada dengar kisahnya di bulletin utama tu.. memang sedih la...
Tak dapat bayangkan perasaan pengantin perempuan dan keluarganya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas semua yang terkorban.
Takziah buat keluarga arwah.
itulah ketetapah Allah yg tak siapa mampu menjangkanya.
hmm inilah kes JANDA BERHIAS
kalau ikutkan syarak.. janda tersebut tidak ada edah!
kiranya boleh lah menikah dengan mana2 lelaki lain lagi...
tapi tu ler.. memegang JANDA BERHIAS punya cabaran yg besar juga lorr..
huhuhu
Maza, hai bukan main laju lagi bila sebut pasal janda berhias!... Tapi, apa-apa hal pun, kita perlu simpati padanya!... bak kata orang: berat mata memandang, berat lagi hati yang merasa!... Kalau nekcun macam tu, mau tak mahu lagi kahwin sampai mati!... Nauzubilah!... walaupun itu adalah dugaan Allah, rasanya memang tak sanggup nak menanggungnya!...
---
Tie... memang sedih!.. tu yang nekcun menangis semasa membaca akhbar tempoh hari!...selama ni nekcun ingatkan cerita dalam novel ajer, rupanya ada yang jadi betul-betul!... Kalau Tie baca novel nekcun Menggamit Syurga Firdaus tu, adalah sikit-sikit cerita macam tu masa bahagian awal-awal tuh!...
---
Izman,memang betul!... Allah yang maha mengetahui segalanya. Nekcun pasti ada hikmah di sebalik dugaan itu!... semoga Allah mencucuri RahmatNya ke atas roh Allahyarham!...
berat mata yg memandang.. pasti berat amat yg memikulnya kan...
dah pulak tu.. nak kena pegi oversea utk sambung kuliah..
bawak memori + hati yang gundah..
(semoga dia kuat dan tabah.. dam dapat menghabiskan pengajiannya)
.... mungkin tersurat ada rezeki bagi 'penanti setia'.. yg bakal memiliki... who knows.. aturan Allah itu lebih tepat..
......................
salam maal hijrah utk nekcun sekeluarga..
tutup buku lama.. buka buku baru..
semoga tahun mendatang lebih ceria dan sentiasa dirahmati Allah hendaknya.. amiinn...
Salam Nek Cun...
Lama rasanya tak berkunjung di sini.
Tragedi ni pernah terjadi kepada dua pupu saya dalam tahun 80 dulu. Suami dia accident dalam sehari dua selepas bernikah. Sampai sekarang, dua pupu saya tu tak kahwin-kahwin. Sedih...
psti itu yg trbaik yg trtulis utknya....
sodeyyy kannns..
Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return
sedih2.. mmg sedih..bila tgk smua tgolek kt jalan raya mmg sedih sgt2.. telah ttulis rezeki n jdonya smpai disitu..smua kejadian de hikmah yg kita x tau.. skurang2nya dia merasai nikmat tsebut wpn hanya beberapa jam..
Post a Comment