Seminggu nekcun tidak berada di pejabat kerana menghadiri seminar di satu tempat di alam maya ini, nekcun rasa letih sangat bila masuk ke pejabat pagi tadi! Mana tidaknya… permukaan meja nekcun dah tak nampak sebab penuh dengan fail-fail, surat-surat dan macam-macam lagi di atas meja tu…
Yang bestnya tu… dalam banyak-banyak surat-surat tu, nekcun juga terima 3 keping lagi kad raya dari pengirim2 yang sentiasa ingatkan nekcun tiap-tiap tahun!.. Nak tergelak pun ada!… Hari Raya dah nak sampai ke penghujungnya, tapi kad raya baru diterima! Ini mesti kes posmen lambat nak hantar sebab banyak sangat kad raya. Atau pun kad raya nekcun tersilap campur dengan kad deepavali… hehehe…
Tapi, apa-apa hal pun, nekcun nak ucapkan terima kasih pada pengirim-pengirim kad tersebut kerana tak pernah lupa pada nekcun. Ma’aflah nekcun tak dapat nak balas tahun ni… InsyaAllah, panjang umur, tahun depan nekcun balas yer!…
Selain kad raya, nekcun juga terima beberapa kad jemputan kahwin yang telah dan akan berlangsung dalam seminggu dua ni!… memang dah jadi trend agaknya!.. ramai yang suka ambil kesempatan mengadakan kenduri kahwin sambil terus buat perjumpaan Hari Raya!.. bagus juga kan?… boleh jimat belanja dan masa!...
Nekcun juga bersyukur sangat kerana lahir di Malaysia. Dalam pada ekonomi global masih dalam keadaan tidak menentu, tetapi kita di Malaysia masih terus makmur dan sejahtera. Jemputan ‘open house’ dan ‘open office’ sentiasa ada setiap hari, sehinggakan silap-silap haribulan, ada yang tak sempat nak puasa enam tuh!..
Bagaimanapun, nekcun sukalah nak ingatkan kekawan yang tengah raya sakan tu… beringat-ingatlah ketika menjamu selera… takut perut terkejut. Nanti darah tu terloncat 'tinggi' pulak, dan yang selama ni tawar akan ‘termanis’ pulak!… Takut nanti kena pinjam duit raya anak-anak pulak sebab nak kena tambah belanja pergi kelinik!…
Huh!.. sebenarnya nekcun nak ingat diri nekcun sendiri ler tuh!… takut terlebih manis pulak nanti sebab asyik makan kueh tart nenas!... hehehe…

10 comments:
Hi hi...kuih tart nenas Tie dah lama habis. Bukan tetamu yang makan, tuan rumahnya, waaakakaa......
Kat sini dah tak raya lagi... sibuk nak sambut raya korban pulak. Nekcun tak buat korban ke raya ni? Tie dah lama tak buat... teringin la pulak.
meriahnyerr uooolsss.. ehehe
Tie, ingatkan nekcun sorang yang suka kueh tart nenas... rupanya ada geng jugak!... taklah nekcun keseorangan kalau tiba-tiba 'termanis' lepas raya nih!..hehehe...
---
Enme... kalau nak meriah lagi, mailah raya dan lepak-lepak kat umah nekcun!... hehehe..
Salam nekcun,
Betul bagai kata nekcun, Malaysia ini negara yang bertuah..ekonomi dan keharmonian masih ok. Kita sebagai rakyat, kenalah selalu menghargai apa yang sedang kita miliki.
Raya.... bukan setakat open house....ada juga open ofice.... sehinggakan setiap hujung minggu...jalan di KL ni jem dek kerana ramainyer yang keluar untuk menghadiri open house.
Syukur alhamdulillah ...cuma ...kena juga ingat mengingati...agar janganlah buat open house sehingga berlakunya pembaziran.
salam nekcun,
beraya lagi ke...?
tart nanas!!
sy suka kuih marmar carrie hehehe
berkat bulan syawal nek cun..tu sbb tu ramai bt majlis kahwin,jimat tu 1 hal 2 in 1, majlis khwin + open house..
Chekdee... betul tu... dalam keghairahan open house, harap-harap kita tidak akan membuat pembaziran kerana Allah benci orang yang suka membazir...
---
Salam Bima... apa khabar? Lama tak dengar cerita... Semoga Bima gembira di hari raya..
---
Adila... nekcun pun suka gak kueh marmar carrie... tapi cucu nekcun lagu sika sebab ada flower drawing, katanya!... hehehe...
---
Nin... memang betul!... kalau nak jimat eloklah buat 2 in 1 nih!... hehehe...
salam nekcun..
dr blog abg long.
dah lama x beli novel,tp bila tgk cover novel nekcun ni rasa macam nak kembali baca novel..hehe
Salam Irfa... terima kasih kerna sudi singgah. Harap Irfa akan dapat cari dan baca novel nekcun itu!... Happy reading...
Post a Comment