Pagi ini nekcun menerima e-mail dari seorang kawan yang meminta nekcun mengeluarkan iklan kekosongan jawatan. Hai!... mentang-mentanglah aku ni orang HR, bila ada sajer iklan kekosongan jawatan mesti serah kat aku!.. Tak tahu ke orang dah nak cuti Raya nih?.. nekcun berleter dalam hati..
Namun, apabila membaca e-mail tersebut dan demi ingatan sesama Islam dan kita adalah disunatkan untuk ingat mengingati walau pun sebaris ayat, maka nekcun hendak juga keluarkan iklan itu untuk dikongsi bersama semua kekawan dan juga semua Umat Islam... Tambahan apabila kita semua akan meninggalkan Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini tidak lama lagi...
TEMUDUGA JAWATAN KOSONG: CALON JENAZAH
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal..
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN
(khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur..
2. Perlindungan di Padang Mahsyar..
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA :
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA :
Di dalam kubur (Alam barzakh).
KELAYAKAN :
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu :
Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA :
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR :
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON :
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI :
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:Sabda Rasulullah S.A.W:"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya."
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN
Dari nekcun sekeluarga.
Wednesday, September 16, 2009
Sessi Temuduga...
Posted by Nek Cun at 10:09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Maza nak apply jawatan ahli kariah firdausi ar Ridwan jer lah....
boleh tak nekcun.. huhuhu
psst: mcm dgn ofis baru?! hehehhee
sELAMAT HARI RAYA NEKCUN... ade lagi satu kena bawak la nekcun... doa anak yang soleh... nekcun doakan saya cepat dapat anak k... hehehe PEACE...
nekcun, salam lebaran, maaf dihulur, dan didoakan moga ceria2 selalu :D
salam nek cun..
samala kita yerk org HR gak.
nek cun sy nk apply gak la, bole??
berat2 smua jwtn kosong yg nek cun iklankan tu.. hmm..takut br nk seisi interview dh kena balun..
pepun x salah mngingati dlm bulan bulan yg mulia ni, smoga kita sntiasa mdpt rahmat n berkat dariNYA..
selamat hari raya aidilfitri, smoga syawal nnti mnjanjikan sejuta kemanisan bt nek cun sekeluarga..
maaf zahir n batin..
Maza... nekcun pun nak juga isi kekosongan di Al-Firdausi ar Ridwan tuh!... rasanya memang ramai yang nak memohon ke situ...
---
Dkama, betul tu... do'a anak yang soleh juga boleh menjadi salah satu 'supporting document' untuk nak dapat jawatan di Al-Firdausi ar Ridwan tuh...
Anyway, nekcun do'akan dkama cepat dapat anak dan didiklah ia mnejadi anak yang soleh/solehah. Eh... bila kahwin? Tak jemput nekcun pun!... hehehe...
Salam Su...sama-samalah kita! Semoga Su juga ceria di hari lebaran ini...
p/s: Hai dah banyak dapat duit tu.. sakanlah open house kali nih!... hehehe...
---
Salam Nin, memang betul apa yang Nin kata tu.. menggeletar seluruh badan rasanya kalau diingat pasal sessi temuduga tuh!...
Sehebat-hebat temuduga jawatan yang tertinggi pun di dunia ini, tidak mungkin akan menyamai temuduga di Alam Barzah itu!... oleh itu, eloklah kita bersedia setiap masa kerana kita tak tahu bila tarikh temuduga yang telah ditetapkan untuk kita...
Selamat Hari Raya Nin... semoga ceria selalu... jangan lupa nekcun kalau makan ketupat & rendang tuh!... hehehe...
Salam,
Selamat hari raya dan maaf jika ada bahasa chekdee yang menyinggong perasaan. Semuga di hari yang mulia ini, kita semua akan bergembira dan happy disamping keluarga tercinta.
nak jadi ahli syurga je.
trima kasih atas tazkirah ini.
selamat hari raya buat nekcun sekeluarga.
Post a Comment