Thursday, December 11, 2008

Wanita lama Vs wanita muda...


Seperti biasa kalau nekcun balik berhari raya di kampong mertua mesti kena buat ketupat daun palas. Memang itulah kegemaran atok sehingga semua kakak-kakaknya tahu akan makanan kegemaran adik bungsunya itu.

Untuk membuat ketupat palas ni, pertamanya daun palas itu perlu dibersihkan dan koyakkan sebelum boleh dibuat pembalut. Pulutnya pula kena di masak dengan santan dahulu sebelum boleh dibalut. Untuk memasak pulut ni pula kena betul caranya kerana kalau tak betul mungkin rasanya tak akan sesedap yang kita harapkan dan mungkin juga ianya akan jadi keras. Untuk membalut ketupat palas ini juga kita kena tahu cara membalutnya kerana kalau tak betul tak akan cantik jadinya. Tidak semua orang boleh membalut ketupat palas kalau tidak ada kepakaran untuk menganyamnya.

“Hai… kalau kita dah tak ada esok, sapalah yang nak buat ketupat ni ya?” kedengaran mak chaq bertanya.

“Iya la… kita kena ajaq pelapeh untuk buat ketupat nih!...” sokong mak ndak.

“Depa budak muda-muda la ni, mana nak belajaq buat ketupat lagu ni!...” sampok pula mak njang.

“Hai… kalu depa tak mahu belajaq , macam mana kalu laki depa nak makan ketupat nanti?” tiba-tiba pak chaq yang dok perhati pada tadi menyampok.

“Eeemmm… orang tua ni jugak la yang kena buat!...” balas mak chaq lagi.

“Tu pun, anak dara la ni kalu nak kahwin bukan main mahal lagi letak belanja!” pak njang pulak menyampok.

“Sungguh!.... masa kak chaq hangpa dulu, abang chaq bagi belanja hanya RM500.00 ja… tapi tengok, soma dia buat!... cuci baju pakai tangan, masak gulai rempah giling sendiri, tanak nasi pakai periuk ayan aja… bukan macam organg pompuan la ni… sumenya pakai tekan punat letrik ja… tak dak kuailiti langsung!... dah tu belanja kahwin sampai berpuluh ribu plak!...” pak chaq menyokong sambil memuji isterinya yang tersengeh-sengeh di sebelah nekcun.

Atok yang duduk di sebelah pak chaq hanya tersenyum menjeling nekcun. Mungkin geli hati dengan hujah-hujah abang-abang dan kakak-kakaknya.

“Hai pak chaq!... tak leh lah nak banding zaman dulu ngan zaman la nih… masa zaman mak chaq dulu, dia tak payah nak pi keja cari duit, tapi kami la ni kena gak kuaq keja cari duit nak bantu somi… dah tu… kenalah somi bayaq lebih duit belanja kawin!...” tiba-tiba Nyah, anak Pak Ndak membela diri.

“Hah!... iyalah tu… hangpa pi keja cari duit sampai tak ingat umah tangga, pas tu suruh bibik urus sume kerja umah. Kalu takat urus kain baju ajer tak pa lah… kang depa urus laki hangpa sume baru hangpa tahu!...” kedengaran pak chaq merungut.

Kedengaran atok, pak njang dan pakndak ketawa berdekah-dekah. Nyah hanya muncung seolah merajuk oleh komen pak chaq. Nekcun pun tak tahu pasai apa pak-pak sedara nyah dok gelak berdekah-dekah…

Sebenarnya, nekcun pun terfikir juga akan isu yang dibicarakan oleh kakak-kakak dan abang-abang tu. Ada betulnya dan ada juga ‘something to ponder’. Memanglah kalau dibezakan antara wanita-wanita ‘lama’ dengan wanita sekarang, banyak perbezaan dari segi kepandaian dan juga pengorbanan yang mereka telah lakukan. Bagi nekcun, setiap wanita mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Entahlah!... nekcun pun tak berani nak komen kerana nekcun sendiri rasa nekcun termasuk ke dalam kedua-dua zaman wanita yang dikatakan, jadi tak tahulah yang mana betul dan yang mana salah!... mungkin kekawan ada idea untuk dikongsi?... Abe-abe pun leh gak bagi komen!...hehehe...

12 comments:

AL-BIMA SAKTI said...

salam nekcun,

la ni depa tak payah nak fikir2 buat ketupat daun palas. ketupat daun 'malas' (dalam plastik) berlambak kat kedai... tak gitu...?

chekdenoor said...

Nekcun..... dulu masa zaman remaja..... chekdee setiap kali raya....ambil upah anyam ketupat..... buat tambahan duit raya.......

Sekarang ni.... nak dapatkan daun kelapa yang cantek pun susah..... kalau ada...pendek dan muda sangat.........

BurungBelatuk said...

kalu dah bandar sgt ada yg sanggup mengaku bukan asal orang kampung tapi aku bangga jadi orang kampung...

Tie said...

Salam nekcun.....

Hemmm.....pasal ketupat malas tu ekk, Tie rasa hanya sebahagian je dari wanita2 sekarang (yang bekerja) benar2 berjaya mengurus rumahtangga mereka.

Semuanya bergantung kepada niat di hati, sifat rajin atau malas dan kecekapan masing2. Ada yang sengaja menjadikan kerjaya utk melepaskan tanggungjawab terhadap suami dan anak2.

Tak tahu laa....suami sebagai pemimpin mungkin harus pandai memainkan peranan. Tapi elok siasat sebelum kahwin dulu. Susah nak ubah sikap yang telah lama sebati tu...

kuchalana said...

btol nekcun... lain zaman.. lain ragamnya..

naz ilyn said...

Salam...

sy suka apa2 yang dibuat dari pulut... buat jer yang tak geti.

tak taulah tergolong dari kalangan yang mane... lepas kawin jer terus duduk kat rumah urus rumahtangga.

hati menjerit nak kerje tapi tak diizinkan nak buat camner.

p/s: tapi kalau setakat masak ni kat ujung jari jer... hehehe (yg biasa2 tu pandai ler)

Nek Cun said...

Bima, ketupa daun 'malas' tu memang popular sekarang ni... tapi nekcun tak berani sejak dah banyak kes melamine nih!... sebab nekcun tak 'malas!'...hehehe..

Chekdee, wah...rajinnya sampai boleh ambil upah anyam plak...nekcun takat untuk makan sendiri boleh ler...sbb atok suka makan, jadi mahu tak mahu kena pandai anyam jugak!...

Belatuk, nekcun pun bangga juga jadi orang kampung walaupun sebenarnya nekcun tak ada kampong sendiri, sbb lahir-lahir ajer ayah & emak dah duduk kat pekan!...(almaklumlah emak nekcun saudara baru!)jadi kalo atok ajak balik kampong dia, nekcun tak pernah tolak...

Tie...nekcun setuju ngan pandangan Tie tu... apa-apa hal pun suami kena pandai didik isteri mereka!...disamping kita sebagai ibu bapa pun kena didik anak kita dengan cara yang betul berlandaskan hukum Islam...

Kuchalana, kalau yang termasuk dalam dua-dua zaman camna?....hehehe...

Naz lyn, seronoknya dapat jadi suri rumah sepenuh masa!... tentu best kan sebab tak perlu nak susah-suah fikir kerja yang berlambak-lambak kat pejabat kan? Tentu boleh masak best-best untuk family kan?... jelouslah nekcun...hehehe...

fatimah said...

Assalamualaikum Kam, tiba2 I termasuk dalam kategori "wanita muda" ni...

izman said...

pada saya tak salah jadi wanita moden, tapi budaya dan tradisi bangsa jangan dilupa.

Anonymous said...

salam nekcun

emm kite pon sependapat ngan izman... biar pun moden macamne sekalipun pompuan tu, budaya dan tradisi, santun sume jgn dilupe... pendek kata, apa yg sepatutnya setiap pompuan kene tau dan mahir. mesti ada sume tu.

Papa-Itam said...

rasa mengidamlah plak tengok ketupat palas........cecah gulai daging ..perghhhhhhhhh mak mertua lalu pun tak perasan ....

en_me said...

nak jadi wanita muderr ghupernyer nekcun .. ehehe