Bagaimana yang nekcun dah jangkakan semasa bercuti 2 minggu lepas, memang benar! Sekarang ini nekcun rasa macam dah tak cukup 24 jam sehari tuh!... Seawal pukul 5 pagi nekcun dah bangun tiap-tiap hari dan hampir 12.00 malam pula baru nekcun dapat melepaskan lelah untuk merehatkan tubuh dan minda.
Adakah nekcun yang terlampau sibuk atau pun dunia ini sudah hampir akhir zaman? Nekcun sendiri tak dapat nak jawab. Waktu di pejabat serasa pantas sangat berlalu. Baru selesai satu meeting, satu meeting lagi telah menunggu. Bagai terpaksa berlari pula nekcun kena pergi ke surau setiap kali menerima panggilan ALLAH yang pertama. Kalau tidak mungkin tidak akan sempat untuk menghadiri mesyuarat yang seterusnya. Itu belum lagi kertas kerja dan lapuran yang perlu disiapkan dengan segera. Semuanya seolah tidak boleh menunggu lagi… sudah hampir sangatkah waktu dunia ini akan kiamat? Nekcun terus tertanya-tanya….
Ketika di rumah begitu juga. Hujung minggu lepasa sahaja entah berapa kenduri yang perlu di hadiri. Hujung minggu hadapan lagi hebat… surat jemputan kenduri kahwin sudah berteritip di atas meja. Sehinggakan nekcun dan atok tak tahu yang mana satu harus didulukan. Hendak ditolak jemputan, terasa bersalah pula bila orang sudah berbesar hati menjemput kita, maka mahu tak mahu terpaksalah nekcun dan atok berlari ke hulu dan ke hilir memenuhi undangan. Cucu nekcun pun sampai dah merajuk kerana atok tak dapat nak bawa dia main ‘merry-go-round’.
Petang tadi, nekcun bertambah lelah bila mendapat panggilan dari seseorang. Memang panggilan itu adalah yang amat nekcun harapkan selama ini. Gembira sungguh bila mendapat panggilan itu. Namun, panggilan yang dinantikan itu juga turut menuntut nekcun terpaksa mengorbankan masa yang agak suntuk ini. Apa-apa hal pun, perjanjian antara nekcun dengan si pemanggil itu perlu juga nekcun tunaikan!....
Eemmmm…. Kekedang terfikir juga oleh nekcun, adakah nekcun sorang sajer yang tercungap-cungap mengejar masa? Adakah orang lain pun sama macam nekcun? Walaupaun apa pun, nekcun bersyukur kerana ALLAH masih memberi kesihatan yang baik untuk membolehkan nekcun menggunakan masa yang ada ini sebaik-baiknya…

8 comments:
Napa nekcun?? Dapat panggilan ke mekah ke?? Tie tak gurau ni. Sebab sekarang ni musim haji. Tie nak balik kg minggu depan, mentua nak tunaikan haji. Harap dia selamat pergi dan kembali, dan moga2 semua saudara2 kita di sana dapat haji yang mabrur...amin.
Salam nekcun,
Chekdee pun merasai apa yang nekcun rasai...... kekadang terasa tangan 2 ni cam tak cukup jer.... heheheh
Pernah juga chekdee bersungut dengan hubby..... Jawapan hubby ada juga logiknyer ..... generasi seusia kita ni.... mempunyai tanggungjawab yang besar.... sebab itu kita rasa sibuk sangat..... kita terpaksa menguruskan rumahtangga, kerjaya....menguruskan anak-anak...dan kita juga menguruskan orang tua kita.......
Pada masa yang sama...kita juga bertanggungjawab kepada rakan-rakan dan sanak saudara kita.......
Walaupun bergitu....ok jugalahkan.... sebab kita ada semua ini disekeliling kita ...so....sekurang-kurangnyer kita maseh wujud.... hehehehehehe..... dan semua yang wujud itu sedar akan kewujudan kita ...... betul kan......
Baru hari itu kita bertemu, sekarang sudah lebih sebulan berlalu ... Bila adik ipar saya datang kerumah, kami bercerita tentang nekcun, kami ketawa berdekah - dekah ....
masa tak pernah cukup utk kita, cuma kita perlu gunakan masa secukupnya.
panggilan penting? buku baru nak keluar lagi kah?
Salam Tie, bukan panggilan nak ke Mekah lagi... panggilan dari seseorang dari sebuah syarikat penerbitan... Kalau nekcun dapat panggilan ke Mekah lagi, hoi!... seronoknya!...
Chekdee,memang betul kata Chekdee tu... agaknya nekcun ni tak cukup masa sebab banyak sangat 'topi' yg nekcun pakai. Iyalah... nekcun pakai 'topi' anak, kakak/adik, isteri, ibu, nenek, pekerja, penulis, pelajar dan sahabat. Mana cukup masa nak di cekau semua tu... tapi nak buat macam mana... sendiri pilih, sendiri tanggunglah!...hehehe...
Salam abanglong, apa yang abang long cerita ngan adik ipar sampai berdekah-dekah ketawa tuh? Ooooo... gossip pasal nekcun yer?... takpa ler... kalau dok gossip pasal nekcun, nekcun akan dapat pahala!... hehehe...
Salam Izman, panggilan penting dari syarikat penerbit... InsyaAllah, kalau ada rezeki buku baru nekcun akan keluar awal tahun hadapan... do'akanlah!... sekarang tengah berhempas pulas nak menyiapkan manuscript tuh!...
nekcun,
wahh seronoknya nek cun dapat bercuti...erisya tak sabar nak tunggu 2009 sebab sekarang ni cuti dah abis, tak boleh nak bercuti :(
Belatuk pun teringin nak p mekah..selama ni duk mimpi p mekah 2kali dah...Insyllh,ada rejeki p la tu...kalu p doakan ktorang semua k...mekaseh...
Salam mlompat ke sini Nek Cun..
Wahhh..rasa teruja mlihat gambar2 lama Nek Cun Di sebelah tepi ni...
oph!!Penulis buku rupanya:D
(terus terkedu..sebab baru tersedar..sejak bkeluarga & bkerjaya cuup sukar utk mlayan bahan2 bacaan lagi ni...:( )
Post a Comment