Sunday, July 20, 2008

Ingatlah 5 perkara....

Setelah beberapa hari tak boleh nak membuka mata, nekcun terasa terlalu lemah dan tidak bermaya. Penyakit migraine yang sudah lama tidak menyerang nekcun tiba-tiba datang kembali menduga kesabaran nekcun hanya beberapa hari setelah nekcun balik dari tanah suci Mekah Mukarramah.

Ketika berbicara dengan doctor pada hari Khamis lalu, dia kata migraine yang menyerang nekcun ni ada dua sebab. Satu mungkin panas yang ada dalam tubuh nekcun ketika di Mekah tempoh hari baru nak keluar (walaupun sudah hampir 2 minggu) dan yang satu lagi mungkin badan nekcun yang belum pun sempat berehat telah dikejutkan dengan kerja yang bertimbun-timbun di pejabat yang menyebabkan level stress nekcun melompat tinggi. Almaklumlah…. Bila hampir 2 minggu tiada di pejabat, timbunan kerja memang tidak dapat dielakkan lagi.

Tambahan nekcun tidak berehat langsung. Nekcun sampai pada hari Isnin dan hari Selasa terus nekcun pergi ke pejabat tanpa sempat berehat untuk memberi ruang kepada jet-lack. Tapi… nak buat macam mana… kerja di pejabat perlu juga dibereskan kerana ‘date-line’ kena juga di patuhi. Kesihan juga melihat pembantu-pembantu nekcun yang bertungkus lumus semasa nekcun bercuti tempoh hari.

Hari Rabu (16/7/08) nekcun dah terasa kepala nekcun berpusing-pusing macam nak pecah, tetapi nekcun tahankan sahaja kerana nekcun kena memberi ‘presentation’ pada hari Khamis. Alhamdulillah, sempat juga nekcun menyelesaikan ‘presentation’ nekcun pada pagi Khamis tu… dan sebaik sahaja selesai kira-kira jam 12.30 tengahari, kepala nekcun dah tak boleh bertahan lagi. Nasib baik nekcun sempat ke klinik yang berada di bawah bangunan pejabat nekcun. Terus doktor beri ubat untuk turunkan panas badan nekcun dan ubat menahan sakit kepala yang berdenyut-denyut tu. Terpaksalah nekcun balik naik teksi dan tinggalkan kereta di pejabat kerana dah tak larat nak memandu sendiri.

Hampir empat hari nekcun terlantar tidak boleh bangun dan membuka mata pada cahaya yang terang. Memang macam tulah kalau penyakit migraine menyerang. Nekcun tidak boleh buka mata, nekcun terasa dunia berpusing-pusing. Ubat yang diberi oleh doktor juga akan sentiasa membuatkan nekcun tertidur. Doktor kata ianya untuk memastikan nekcun mendapat rehat yang secukupnya… entahlah! Walaubagaimana pun Alhamdulillah… pagi ini nekcun rasa kepala nekcun sudah lega. Nekcun sudah boleh bangun dengan selesa dan badan pun rasa dah segar setelah nekcun mandi pagi-pagi tadi…

Sudah beberapa hari juga nekcun tidak mengadap screen computer ni… terasa amat rugi kerana tidak sebaris ayat pun yang dapat nekcun coretkan sejak beberapa hari ni… Dan dalam ketenangan petang Ahad ini… nekcun cuba berkongsi perasaan nekcun yang amat merindui kekawan semua setelah terlantar di katil beberapa hari melawan migraine yang mencemburui nekcun lagi setelah agak lama dia menghilang…. Bagaimana pun ia amat menginsafkan nekcun supaya lebih menjaga kesihatan. Teringat lagu nasyid Raihan yang menyebut 5 perkara dalam hidup iaitu:
Muda sebelum tua,
Kaya sebelum miskin,
Senang sebelum susah,
Sehat sebelum sakit… dan…
Hidup sebelum mati…

Kepada kekawan semua, terima kasih di atas ingatan semua semasa nekcun tidak dapat berkomunikasi dengan anda semua. Nekcun selalu ingat pada semua kekawan nekcun ketika sehat dan ketika sakit... Diharap kekawan nekcun pun begitu juga!

Wednesday, July 9, 2008

Mencari Keredhaan Allah SWT.







Alhamdulillah, nekcun & family telah selamat balik ke rumah setelah hampir dua minggu berada di Madinah dan Mekah kerana mengerjakan ibadah Umrah. Walaupun telah beberapa kali nekcun dan suami ke sana kerana mengerjakan ibadah haji dan umrah, tetapi hati ini tidak pernah jemu untuk ke sana lagi pada bila-bila masa.

Pemergian nekcun kali ini amat mencabar ketahanan dan keupayaan nekcun kerana keadaan cuaca yang amat panas ketika itu. Semasa nekcun berada di Madinah, pernah cuaca panas mencecah 49 C dan di Mekah pula 43 C. Bayangkanlah kalau di KL ni 34 C pun kita rasa dah panas sangat, bagaimana pula kalau 49 C? Tapi, Alhamdulillah, nekcun percaya apa yang kita hadapi di sana adalah semua berbalik kepada amalan dan rezeki kita!… jadi nekcun rasa panasnya di sana lebih kurang sahaja dengan panas di KL nih!…

Kali terakhir nekcun dan suami berada di Madinah dan Mekah adalah pada February 2006. Baru dua tahun nekcun tidak ke sana, tapi banyaknya perubahan yang berlaku pada infrastruktur kawasan di sekeliling Masjidilharam memang amat terserlah. Banyak hotel-hotel yang berhampiran telah dirobohkan dan sekarang pihak Arab Saudi sedang dalam proses membina lebih banyak hotel-hotel yang lebih canggih, mungkin untuk mempastikan keselesaan tetamu-tetamu Allah ketika berada di sana nanti. Begitu juga sekitar Baitullah, lebih banyak ruang-ruang yang sedang dilebarkan dan dicantikkan. Mungkin untuk memberi lebih ruang kepada tetamu-tetamu Allah untuk beribadah dengan lebih selesa.

Walaupun dalam keadaan cuaca panas yang agak menyengat, tetapi kehadiran tetamu Allah ke MasjidilHaram dan Masjid Nabawi tetap bertambah ramai. Dulu-dulu semasa nekcun ke sana kalau bukan musim Haji, keadaannya tidaklah seramai sekarang. Pernah nekcun boleh masuk ke Raudhah dan dapat melihat makam Rasullullah, bersolat sunat dan berdo’a dengan tanpa berebut-rebut. Tetapi sekarang tidak lagi semudah itu. Manusia bersesak-sesak, berebut-berebut untuk memasukki Raudhah sehinggakan untuk membaca do’a pun kita agak terganggu bila orang ramai sentiasa menolak-nolak kita, apatah lagi untuk bersolat sunat dengan khusyuk. Memang amat mencabar.

Begitu juga keadaan di Baitullah. Untuk bertawaf pun kita terpaksa bersesak-sesak, lebih kurang sama semasa musim Haji. Ketika bersolat di hadapan Multazam juga amat mencabar bila orang ramai lalu lalang di hadapan kita ketika rukuk atau sujud. Terasa benar semua orang berebut-rebut mahu mendapat keredhaan dari Allah, bagaikan hari kiamat sudah hampir benar!

Walau macam mana banyak dugaan yang dihadapi ketika mengerjakan Ibadah Haji atau Umrah, ditambah dengan keadaan cuaca dan persekitaran yang agak mencabar ketahanan tubuh seseorang, tetapi setiap orang yang pernah ke sana tidak akan pernah serik dan tetap akan sentiasa rindu untuk menjadi tetamu Allah. Begitu juga nekcun… walaupun telah banyak kali ke sana tetapi tidak pernah serik atau jemu. Kalau boleh, tidak mahu lagi balik ke M’sia dan mahu terus mengabdikan diri untuk mendapatkan keredhaan Allah. Hati nekcun terasa begitu tenang ketika menghadap Baitullah sehinggakan amat berat untuk meninggalkannya. Nekcun amat bersyukur kerana Allah sudi menerima nekcun dan keluarga untuk menjadi tetamunya dan sentiasa berdo’a agar kami akan diterima lagi di tahun-tahun hadapan. InsyaAllah.



Sunday, June 22, 2008

Kasihnya atok dan nenek pada cucu!...




Balik dari kerja hari Juma’at tu, bibik mengejutkan nekcun lagi dengan cerita pasal cucu nekcun yang sorang ni pulak demam. Nasib baiklah emaknya seorang doctor jadi bila bibik beritahu ajer yang badan anaknya panas dan batuk-batuk, terus ajer dia balik bawa ubat yang sepatutnya. Syukur Alhamdulillah….

Hujung minggu ni nekcun ingat nak pergi ‘buat badan’ kat spa kerana minggu depan nekcun nak jalan jauh, tetapi bila tengok cucu kesayangan sorang ni tak berapa sehat, tak sampai hati pulak nekcun nak biar dia dok dengan bibik sebab emaknya kena ‘on-call’. Jadi nekcun doklah rumah jaga ‘intan payung’ nekcun nih…

Atok kata: “Hah… cucu tu deman sebab menjangkit ngan awak lah tuh?”
Nekcun jawab: “Mana pulak?”
Atok balas: “Kan dua tiga hari lepas awak deman ngan batuk, la ni dia pulak yang demam ngan batuk, tak sama ke tuh? Menjangkit penyakit awak lah tuh!”
Nekcun protes: “ Habis kalau menjangkit, apasal pulak? Kan dah makan ubat”
Atok balas lagi: “Jadi, awak tak bolehlah pelok-pelok budak tu!… kalau nak cepat baik, awak kena pelok atok dia sekali… atau bagi atok sajer pelok dia!..”
Nekcun: “ Huh!… cemburulah tuh bila cucu rapat kat saya ajer!…”

Sampai pagi ni, nekcun tidor ngan cucu sebab dia tak mahu ikut emak dia… merajuk agaknya! Biasalah budak-budak merajuk kalau badan tak sehat!…kesihan pulak nekcun tengok atok tidor kat penjuru katil sajer sebab cucu dah tidor sebelah nekcun!…

Memang seronok kalau dah ada cucu nih!… tapi atok pun nekcun kena jaga juga! Tak apalah... lagi tiga hari nekcun ngan atok nak jalan jauh, jadi atok beri chance pada nekcun nak puas-puas manjakan cucu, intan payung nekcun tuh!…

Friday, June 20, 2008

Bersyukurkah kita kepadaNya?

Kekadang kita ni tak sedar yang Allah sedang menduga kita. Kita akan mudah mengeluh kalau ditimpa musibah dan tidak pula mudah bersyukur kalau menerima laba.

Saya selalu teringat ceramah Ustaz di tempat saya selalu mengaji. Dia kata: Allah akan menguji makhluknya di dunia ini dengan dua cara iaitu satu dengan kesusahan dan satu lagi dengan kemewahan.

Sesiapa makhluknya yang sering ditimpa kesusahan / musibah tetapi tetap tidak pernah mengeluh atau menerima segala qada dan kadar itu dengan redha, maka Allah akan menaikkan darjat mereka itu ke setinggi-tinggi darjat di akhirat kelak. Kumpulan manusia yang seumpama ini, InsyaAllah akan menerima rahmat Allah yang berlipat ganda ketika di akhirat nanti.

Allah juga akan menguji hambanya dengan segala kemewahan dan kekayaan di dunia ini. Sekiranya mereka ini sentiasa bersyukur akan nikmat yang dilimpahkan oleh Allah itu ke jalan yang benar dan diredhai Allah, maka beruntunglah mereka ini kerana mendapat rahmat Allah sejak dari dunia hingga ke akhirat. Namun, jika sebaliknya maka rugilah mereka-mereka ini sebab balasan Allah kepada mereka ini di akhirat kelak amatlah menakutkan kerana apa yang dimilikki di dunia ini hanyalah pinjaman dari Allah.

Mengingat kembali kata-kata ustaz itu, benar-benar membuatkan hati saya terasa insaf dan merasakan betapa kecilnya diri ini di sisiNya. Baru Allah duga dengan demam dan batuk yang tak seberapa, saya telah merasakan betapa susahnya hidup ini kerana tidak berdaya untuk memandu sendiri kereta untuk ke tempat kerja atau ke mana-mana tempat yang selalu saya kunjungi. Namun sebenarnya Allah masih sayangkan saya kerana saya masih punya suami yang sanggup menemani saya ketika saya sehat atau pun sakit. Sesungguhnya, Allah itu maha pengasih lagi maha mengasehani. Saya amat-amat bersyukur dengan segala rahmat dan hidayahnya yang tidak terhingga kepada saya selama ini.

Bertapa bersyukurnya saya kepada Allah yang masih memberi peluang kepada saya untuk bernafas hari ini dan InsyaAllah entah untuk beberapa lama lagi sehingga dapat lagi saya mencoretkan rasa hati ini di sini. Alhamdulillah!.... Hanya kepada Mu aku menyembah dan bersyukur ya Allah!... Semoga Allah terus merahmati dan memberkati kehidupan kita semua!...

Tuesday, June 10, 2008

How patience are we?

Monday morning is always a moody day for me as I always feel my week ends are too short. As usual, first thing I do when I reached my office is to go through my diary to check all the appointments for the day. Huh!... phuuh… luckily there is no meeting or morning prayer today!...

While I was concentrating on some documents that I need to verify and sign, my telephone rang non-stop, disrupting my concentration. Annoyed and fade-up with the noise I answered the phone ruthlessly.

“Hajjah!.. se…semua ikan dalam peti ais sudah hampir busuk!” I heard my maid stammering.
“Huh!... pasal apa?” I shout at the poor lady.
“Ngak tahu… mungkin peti aisnya rusak sejak malam tadi!...” as if scared that I will shout again at her, my maid answered me politely.

Huh!... I haled a deep breath, try to inhale some oxygen to ease the stress that struck in my head. Ah….again!.. the refrigerator not functioning! The worst part is, lot of raw stuffs are packed inside it… as usual I only do my marketing once a week and Monday is only the 1st day of the week!... the whole lots will get bad if I don’t get my refrigerator on immediately! It’s really pull my blood pressure to the ‘dangerous’ level!...

Oh!... the issue of how to cope-up with the increase of petrol hike is still lingering in my mind, now cost of repairing the refrigerator is another issue that messing my head. This is more crucial as it’s a necessity for all houses to have a refrigerator now days compared to other household products. Whether I like it or not, I have to get it repaired or replaced immediately. Allah is great!... And Alhamdulillah, by 7.00 pm, the new refrigerator was already taking the place of the old one! (The old one had added to another ‘antic & invaluable collections’ in our wet kitchen).

Lying on the bed, thinking of all the hassle that I’ve gone through the whole afternoon, I realized that I’m still lucky. This is just a small test (dugaan) that Allah gave me to test my patience (kesabaran) as His ‘makhluk’ in this world compared to all the ‘rezeki’ and prosperity that Allah has given me and my family. I know that Allah still loves me and all these hassles will avoid me being ungrateful to how great and generous is Allah to all of us in this world. He tested us for a pinch but He will return us the full bunch of glory if we always grateful and patience whenever we face any difficulties!..

I always remind myself; “Life is like a wheel, sometimes we are up and sometimes we are down. Don’t get frustrated/give-up when we are down and don’t get arrogant when we are up because the wheel can moves anytime! Look up for inspiration and look down for satisfaction!”

I’m really grateful that Allah still gives me a chance to breathe today and share this story with all my friends. May Allah bless us all…Aaamiiiinnnnn….

Saturday, June 7, 2008

Do we need to change our life style just to meet petrol hike?

The petrol hike had really made everybody annoyed, angry, frustrated, tension and so many other unhappy feelings that I cannot describe. I myself feel very stressful with all the consequences that may happen due to the effect of the petrol hike.

Whether we like it or not, the price of the petrol in Malaysia is already set by the government. RM2.70 per litre is not a small amount to most of us. Government has promised to review it every month and it is not impossible that it can be increased anytime if the world price keeps going up. What can we do?

This morning my hubby had laid out several measures in our family as to cope with the potential inflation.

Hubby: Start form now, mama can only go to Spa once a month instead of every fortnightly.
Mama: Why?
Hubby: To cover your petrol cost!
Mama: How about your golfing, go-cart, tennis or badminton?
Hubby: They remain status quo.
Mama: Why?
Hubby: I need to keep myself healthy in order for me to work harder to earn more income for the family…
Mama: Huhuuhuhu… it’s unfair! (I protested)…
Hubby: Why?
Mama: I also have to keep myself healthy in order to make sure all family members are healthy! If I’m sick, who’s going to take care of you and the children?
Hubby: Eeemmmm… you’re right dear! … (at last we both laughed knowing that we need to find some other alternatives!.. hehehe…)

The morale of the story, what ever happen, we need to continue our living but we also need to find a way how to make our life more meaningful even if we need to change our life style. We cannot change something that beyond our control or beyond our circle of influence, but we can still change that is something within our means.

Those are only my own perceptions. May be my friends, you have some other ideas that we can share, please share them here…

Thursday, June 5, 2008

Mampukah kita membendung semua ini?

Pengumuman Kerajaan menaikan harga petrol sehingga 40% memang sesuatu yang memeranjatkan banyak pihak. Memang ramai yang menjangkakan bahawa bahan itu akan dinaikkan harga dalam jangka masa terdekat ini, tetapi kenaikan mendadak sebanyak 40% itu adalah satu yang diluar jangkaaan.

Apa yang merunsingkan semua orang adalah bukan sahaja harga bahan itu yang naik begitu tinggi, tetapi ‘spinning effects’ yang akan berlaku terhadap semua keperluan harian dalam kehidupan seluruh rakyat di Malaysia inilah yang lebih membimbangkan semua orang sekarang.

Lepas kenaikan harga petrol, tariff elektrik pula akan dinaikkan yang mana kita masih tidak tahu berapa pula kenaikan itu. Apabila bahan untuk pengangkutan naik harga, dan bahan untuk menghasilkan sesuatu barangan (kuasa elektrik) juga naik harga, maka sudah tentulah produk yang terhasil dari kedua kenaikan itu akan turut naik harganya. Produk-produk ini pula adalah merupakan keperluan harian setiap orang, maka siapakah sebenarnya yang akan kesusahan? Siapa lagi kalau bukan kita semua rakyat marhain di Negara ini!...

Bagi orang yang makan gaji, mungkin akan masih ada peluang untuk mengharapkan majikan mempertimbangkan kenaikan gaji tetapi bagaimana pula bagi orang-orang yang tidak bekerja atau orang-orang kampung yang hanya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Dimanakah mahu dikais lagi kalau semua barang keperluan naik harga berganda-ganda?

Mungkin ramai yang tidak menyedari, dengan kenaikan harga semua keperluan hidup ini, besar kemungkinan akan bertambah pula kes-kes ‘criminal’ kerana bagi mereka-mereka yang terdesak dan telah tenggelam punca akan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang untuk memenuhi keperluan kehidupan harian. Tidak mustahil kes ragut, curi dan rompak akan bertambah. Inilah yang amat saya takuti… Tidakkah ada pihak-pihak yang berkuasa menyedari kemungkinan-kemungkinan ini?

Eeemm… entahlah… kekadang takut saya nak memikirkan segala kemungkinan itu. Sekarang ini pun, kes ragut, curi dan rompak bagai sudah tidak terkira lagi banyaknya berlaku di mana-mana… contohnya, di kawasan rumah saya, walaupun ada security guards namun pada hari Isnin baru-baru ini 3 kes pecah rumah telah berlaku dalam satu hari ketika semua penghuni di kawasan kami sedang sibuk mencari rezeki di siang hari. Terlalu liciknya mereka ini sehingga security guards pun tidak dapat menghalang mereka dari melakukan jenayah tersebut.
Sebagai rakyat marhain, apakah daya kita untuk membendung jenayah begini? Dapatkah pihak yang berkuasa membendung perkara-perkara ini dari terus berlaku kerana ada yang sehingga membahayakan nyawa? Mungkin pembaca budiman ada idea-idea lain yang boleh kita kongsi bersama demi keselamatan kita dan keluarga kita...

Sunday, June 1, 2008

Krisis beras!... lapar kah kita?

Semenjak cuti sekolah ni, boleh dikatakan setiap Sabtu dan Ahad dapor rumah saya tidak berasap. Tetapi perut tetap kenyang juga sampai tak larat nak makan. Hari ini sahaja, saya dan suami terpaksa makan nasi beriani 3 kali dalam masa 4 jam kerana kami perlu menghadiri 3 majlis perkahwinan yang berlainan tempat.

Bayangkanlah macam mana perut nak terima kalau 3 kali makan dalam masa 4 jam sahaja. Belum sempat makanan yang pertama nak hadam, dah terpaksa menerima makanan yang kedua. Kalau tak makan, takut tuan rumah berkecil hati pula… takut dikata tak sudi pula… Demi menjaga siratulrahim dan tidak mengecilkan hati tuan rumah, maka mahu tak mahu, terpaksa jugalah perut saya dan suami di isi dengan makanan yang telah dihidangkan.

Begitulah, makmur dan bertuahnya kita menjadi rakyat Malaysia!… walau pun dunia sedang dilanda krisis makanan, tetapi kita di Malaysia tetap tidak kurang makan!… Lihat sahajalah majlis-majlis perkahwinan yang ada di merata tempat sekarang ini… macam-macam lauk dan nasi yang dihidangkan sehingga kekadang kita sendiri tidak tahu lauk apa nak pilih.

Itu belum lagi, hotel-hotel yang menyediakan ‘buffet lunch / dinner”. Berlambak-lambak lauk pauk yang disediakan sehingga kekadang kita sendiri tak tahu apa yang nak di makan kerana terlalu banyak pilihan.

Tidakkah kita pernah terfikir, apa akan jadi pada makanan yang berlambak-lambak yang mungkin tidak akan di makan semuanya itu? Selalu saya melihat orang-orang kita di Malaysia ni, kalau makan secara buffet, akan mengisi pinggannya dengan macam-macam makanan sehingga penuh pinggan. Tetapi apa yang benar-benar di makan mungkin hanya setengah pinggan sahaja. Jadi apa akan jadi pada makanan yang selebihnya itu? Ke tong sampah juga akhirnya makanan-makanan itu akan dicurahkan….

Cubalah kita bayangkan insan-insan malang di negara-negara miskin atau negara yang ditimpa bencana alam seperti Afghanistan, Myanmar dan lain-lain. Mendapat sepinggan nasi sehari bagai mendapat segunung emas… mungkin lebihan makanan kita yang sering tidak habis di makan di Malaysia ini merupakan makanan yang cukup hebat dan lazat untuk mereka sekiranya mereka boleh mendapatnya.

Lihat sahajalah di kaca-kaca televisyen bagaimana kanak-kanak di negara yang malang itu berebut-rebut mengutip makanan, tidak kira apa pun makanan yang diberi setiap kali ada bantuan. Tetapi amat berbeza sekali dengan anak-anak kita di Malaysia ini… mereka boleh memilih makanan yang mereka suka sahaja. Malah kekadang ada yang akan membazirkan sahaja makanan yang ada sekiranya makanan itu tidak memenuhi selera mereka.

Bilakah kita mahu insaf dari membazir makanan? Adakah kita hanya akan insaf apabila negara kita sudah tidak ada makanan lagi seperti negara-negara yang malang itu? Marilah kita fikir-fikirkan…