Sunday, December 26, 2010
Eh!.. Azam kita sama?
Tahun baru Hijrah baru sahaja berlalu beberapa minggu, dan sekarang tahun baru Masehi pula akan menjengah beberapa hari sahaja lagi, namun adakah keduanya itu memberi apa-apa makna kepada kehidupan kita pada hari ini?
Itu adalah salah satu satu persoalan yang tidak semua orang boleh atau bersedia menjawabnya kerana tidak semua orang akan menghayati atau ghairah menunggu kehadiran tahun-tahun baru itu dalam hidup mereka, melainkan hanya peningkatan angka pada umur mereka.
Secara amnya, nekcun sendiri tidaklah terlalu ghairah di dalam menunggu kehadiran tahun baru, tidak kiralah tahun Hijrah atau Masehi kerana bagi nekcun, datanglah berapa banyak pun tahun baru tetapi kalau kita sendiri tidak menghargai atau berusaha merubah apa yang ada dalam hidup seharian kita, maka ianya memang tidak akan memberi apa-apa makna. Sebaliknya, kalau kita memang sentiasa menghargai setiap sa'at yang ada dalam hidup kita ini, maka tanpa kehadiran tahun baru pun kita pasti mengharapkan setiap hari yang mendatang itu akan memberikan sesuatu yang bermakna dalam hidup kita.
Nekcun sengaja mencoretkan isu ini kerana ramai kawan-kawan dan sahabat handai nekcun yang bertanya: "Apa azam nekcun tahun baru ni?" pada setiap kali kami bertemu dan berbicara. Sebenarnya nekcun hargai semua pertanyaan kekawan tu kerana itu menandakan mereka menyayangi nekcun dan masih mahu ambil tahu pasal keadaan kehidupan nekcun. Maka apa yang dapat nekcun katakan hanyalah... "Terus berusaha mendapatkan keredhaan dan rahmat Allah untuk ke Syurga Firdaus".
Namun hati nekcun jadi agak sedih bila ada seorang kawan nekcun yang berkata, "Apalah nekcun ni... kita tanya pasal azam tahun baru tau, bukan pasal buat amal ibadah!.." Tapi, nekcun tidak salahkan kawan nekcun tu, kerana mungkin dia tidak dapat memahami maksud yang tersirat dari jawapan nekcun itu.
Nekcun yakin, semua orang Mukmin dan Mukminat memang bercita-cita ke Syurga Firdaus kerana itulah syurga yang paling istimewa, namun tidak semua orang boleh ke sana kalau tanpa keredhaan atau rahmat dari Allah SWT. Dan untuk mendapatkan keredhaan dan rahmat Allah, kita perlu terus bertakwa dan berusaha mendapat 'kasih sayangNya' setiap masa tanpa mengira hari, bulan atau pun tahun dengan mengerjakan amal ibadah yang disyariatkan Nya.
Maka, di dalam kehidupan harian, nekcun selalu menggunakan konsep yang sama. Pastinya semua orang mahukan kehidupan yang terbaik segalanya, bagaikan apa yang terdapat di Syurga Firdaus. Oleh itu, untuk mendapatkan yang terbaik dalam kehidupan (simboliknya Syurga Firdaus), kita perlu terus berazam dan berusaha mencari serta mendapatkan kebaikkan itu pada sepanjang masa, dan bukannya hanya pada masa-masa tertentu sahaja.
Dan dengan sebab itulah nekcun membuat azam pada setiap hari dan setiap masa dan bukan pada ketika menyambut tahun baru sahaja, kerana azam yang dibuat pada waktu-waktu tertentu mungkin akan mudah dilupai sekiranya tindakan yang perlu diambil bagi memastikan azam itu dilaksanakan memerlukan tempoh masa yang tertentu.
Bagi nekcun, setiap hari yang dapat kita temui di dunia ini adalah hari yang amat berharga di mana kita perlu membuat azam dan terus melaksanakan azam itu selagi kita masih bernyawa kerana azam yang kita buat semalam mungkin tidak sebaik azam yang kita buat pada hari ini. Contohnya: "Hari ini aku mahu solat sekurang-kurangnya 30 raka'at (solat wajib + sunat) atau pun, hari ini aku mesti membaca sekurang-kurangnya 2 muka surat Al-Quran!". Dan untuk ke esok harinya, mungkin kita perlu membuat azam yang lebih baik lagi bagi menambah amalan kita itu sekiranya kita terus mahu menjadikan Syurga Firdaus sebagai destinasi yang kita tuju. Maka konsep yang sama juga perlu dilakukan bagi mencapai kehidupan yang terbaik ketika di dunia ini.
Memang nekcun tidak dapat nafikan bahawa "Syurga Firdaus" memang adalah destinasi yang nekcun cita-citakan bagi kedua-dua kehidupan iaitu ketika di dunia yang fana ini dan juga ketika di akhirat kelak. Maka untuk mencapai cita-cita itu, nekcun perlu memastikan yang nekcun mempunyai azam setiap pagi ketika bangun dari tidur dan perlu melaksanakan semua azam itu pada hari yang sama kerana bagi nekcun, azam yang dibuat semalam sudah tidak memberi makna pada hari ini kerana keupayaan kita pada hari ini mungkin sudah tidak sama dengan keupayaan kita semalam.
Bagaimana pun, apa yang nekcun coretkan ini hanyalah pendapat peribadi nekcun sendiri. Tidak berkait samada dengan yang hidup atau yang mati... sekadar ingin berkongsi pendapat.
Dikesempatan ini juga nekcun ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua kekawan yang sentiasa nekcun kasehi. Semoga semua azam dan cita-cita kekawan akan mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah dan semoga kita semua berjaya ditempatkan di "Syurga Firdaus". InsyaAllah.
Posted by
Nek Cun
at
23:41
4
comments
Wednesday, December 8, 2010
Hati tawar kerana kopi tawar...
"Apa tawar ajer air kopi ni?" kedengaran Pak Yob bertanya setelah menghirup air yang dihidangkan oleh isterinya, Mak Temah.
"Gula dah habis..." jawab Mak Temah selamba.
"Kenapa tak pergi beli?" soal Pak Yob lagi.
"Sape nak pergi beli?" tanya Mak Temah balik.
"Minta tolonglah si Budin tu pergi beli!.." arah Pak Yob.
"Saya beri dia duit RM3.00 untuk pergi kedai beli gula, dia kata tak cukup!.. tu yang dia tak beli tu!.." acuh tak acuh Mak Temah menjawab.
"Hai!.. RM3.00 tak cukup nak pergi kedai beli gula? Mahal sangat ke harga gula tu?" rungut Pak Yob.
"Laa... tak kan awak tak tahu? Kan baru ni Kerajaan dah naikkan lagi harga gula... naik 20 sen lagi. Dah tu Budin kata, Kerajaan pun dah naikkan juga harga petrol... jadi RM3.00 mana cukup kalau dia nak beli gula sebab harga gula sajer dah RM2.10 sekilo, belum harga minyak petrol motor dia RON 95 yang dah naik lagi kepada RM1.90 seliter. Takkanlah si Budin nak isi minyak seliter sahaja, dah tentu petrol station tu pun tak mahu layan kalau dia nak isi seliter sajer. Itulah sebabnya duit RM3.00 yang saya bagi tu tak cukup!.." jelas Mak Temah panjang lebar.
"Kenapa awak tak beri dia lebih sikit?" soal Pak Yob lagi.
"Mana saya ada duit lagi?... duit pencen awak tu bukannya banyak sangat, takat RM500.00 sebulan, macam mana nak belanja lebih-lebih? Nak bayar duit letrik lagi, duit air lagi, duit nak beli ubat kita lagi... jadi duit belanja dapur kenalah tak boleh lebih dari RM3.00 sehari... Kita bukannya menteri atau pun orang kaya... jadi kalau harga barang asyik naik sajer... kita kenalah berlapar dan minum air tawar sahaja!.." balas Mak Temah dengan nada agak sedih.
"Eh!... hari tu, aku ada baca surat khabar yang Kerajaan dah janji yang harga minyak RON 95 tak akan naik dan subsidi gula pun tak akan diselaraskan lagi tahun ni... tapi kenapa pulak naik lagi sekarang?" soal Pak Yob agak gusar.
"Manalah saya tahu!.. kita rakyat marhain ni nak boleh buat apa? Terpaksa terima sajerlah apa yang Kerajaan nak buat, walaupun kita terpakasa menderita. Jadi, awak tu janganlah kecoh-kceoh sangat... minum sajerlah air kopi tawar tu!..." ujar Mak Temah seolah terkilan.
"Eeemm... nak buat macam mana, Kerajaan nak suruh kita minum air tawar... jadi Kerajaan tak bolehlah nak marah atau pun menyesal kalau hati rakyat-rakyat marhain pun jadi tawar nak pilih mereka lagi nanti!..." dengan nada penuh maksud tersirat, Pak Yob meneguk air kopi yang semakin kelat rasanya.
"Gula dah habis..." jawab Mak Temah selamba.
"Kenapa tak pergi beli?" soal Pak Yob lagi.
"Sape nak pergi beli?" tanya Mak Temah balik.
"Minta tolonglah si Budin tu pergi beli!.." arah Pak Yob.
"Saya beri dia duit RM3.00 untuk pergi kedai beli gula, dia kata tak cukup!.. tu yang dia tak beli tu!.." acuh tak acuh Mak Temah menjawab.
"Hai!.. RM3.00 tak cukup nak pergi kedai beli gula? Mahal sangat ke harga gula tu?" rungut Pak Yob.
"Laa... tak kan awak tak tahu? Kan baru ni Kerajaan dah naikkan lagi harga gula... naik 20 sen lagi. Dah tu Budin kata, Kerajaan pun dah naikkan juga harga petrol... jadi RM3.00 mana cukup kalau dia nak beli gula sebab harga gula sajer dah RM2.10 sekilo, belum harga minyak petrol motor dia RON 95 yang dah naik lagi kepada RM1.90 seliter. Takkanlah si Budin nak isi minyak seliter sahaja, dah tentu petrol station tu pun tak mahu layan kalau dia nak isi seliter sajer. Itulah sebabnya duit RM3.00 yang saya bagi tu tak cukup!.." jelas Mak Temah panjang lebar.
"Kenapa awak tak beri dia lebih sikit?" soal Pak Yob lagi.
"Mana saya ada duit lagi?... duit pencen awak tu bukannya banyak sangat, takat RM500.00 sebulan, macam mana nak belanja lebih-lebih? Nak bayar duit letrik lagi, duit air lagi, duit nak beli ubat kita lagi... jadi duit belanja dapur kenalah tak boleh lebih dari RM3.00 sehari... Kita bukannya menteri atau pun orang kaya... jadi kalau harga barang asyik naik sajer... kita kenalah berlapar dan minum air tawar sahaja!.." balas Mak Temah dengan nada agak sedih.
"Eh!... hari tu, aku ada baca surat khabar yang Kerajaan dah janji yang harga minyak RON 95 tak akan naik dan subsidi gula pun tak akan diselaraskan lagi tahun ni... tapi kenapa pulak naik lagi sekarang?" soal Pak Yob agak gusar.
"Manalah saya tahu!.. kita rakyat marhain ni nak boleh buat apa? Terpaksa terima sajerlah apa yang Kerajaan nak buat, walaupun kita terpakasa menderita. Jadi, awak tu janganlah kecoh-kceoh sangat... minum sajerlah air kopi tawar tu!..." ujar Mak Temah seolah terkilan.
"Eeemm... nak buat macam mana, Kerajaan nak suruh kita minum air tawar... jadi Kerajaan tak bolehlah nak marah atau pun menyesal kalau hati rakyat-rakyat marhain pun jadi tawar nak pilih mereka lagi nanti!..." dengan nada penuh maksud tersirat, Pak Yob meneguk air kopi yang semakin kelat rasanya.
Posted by
Nek Cun
at
16:24
6
comments
Thursday, November 25, 2010
Hebatkah GPS menunjukkan jalan?
Rasa nak menangis nekcun dibuatnya apabila membaca surat khabar semalam yang mengisahkan seorang isteri di Johor yang sedang mengandung sebulan, mati kerana di kelar dan besar kemungkinan adalah perbuatan durjana suaminya sendiri.
Seingat nekcun, kisah isteri yang sedang mengandung mati akibat perbuatan durjana suaminya ini bukanlah kali pertama yang berlaku di Malaysia ini kerana sebelum ini pun pernah ada kisah seorang isteri yang mengandung mati kerana didera dan di pijak oleh suaminya sendiri, tetapi nekcun dah tak ingat di negeri mana...
Eeemmm.... mengapakah harus begitu jadinya? Adakah lelaki yang bergelar suami ini sudah tidak punya ugama atau pun akal fikiran? Di manakah diletaknya akal yang Allah kurniakan untuknya itu? MasyaAllah!... apa sudah jadi dengan manusia yang tidak berhati perut ini? Sanggup menjadikan dirinya lebih hina dari seekor binatang!..
Itulah akibatnya apabila akal yang Allah anugerahkan sebagai sesuatu yang memuliakan manusia dari makhluk-makhluk yang lain di dunia ini sudah tidak diletak di tempat yang betul!.. Manusia-manusia sebegini membiarkan nafsu mengawal kehidupan mereka dan bukannya akal fikiran. Inilah akibatnya kalau hidup hanya mengejar keduniaan dan mencampakkan Allah jauh-juah dari hati mereka!... Na'uzubillah!...
Oleh sebab itulah Allah turunkan Al-Quran sebagai panduan dan juga Ilmu kepada manusia untuk keselamatan kehidupan di dunia dan akhirat, tetapi... berapa ramaikah manusia yang benar-benar berpegang kepada ajaran Al-Quran pada hari ini?...
Astagfirullahilazim!... semoga Allah sentiasa mengampunkan dosa-dosa kita dan sentiasa menganugerahkan dan mengekalkan hidayahNYA ke dalam hati-hati kita!... Janganlah kita jadi manusia yang tidak berpegang kepada ajaran Al-Quran.
Sekiranya kita mengejar dunia, dia tidak akan pernah puas dan sentiasa meninggalkan kita. Tetapi kalau kita mengejar akhirat, dia akan tetap menunggu kita. Namun hanya kita sendiri yang perlu tahu menentukan ke belah manakah arah kita akan berada di akhirat nanti, samada kita mahu di syurga atau pun di neraka!... Allah telah memberi kita pilihan itu, maka terserahlah kepada kita jalan mana yang hendak kita pilih kerana Allah telah pun memberikan petunjukNYA kepada kita!...
Jangan salahkan Allah kalau manusia itu dimasukkan ke neraka kerana dia yang telah memilih jalannya sendiri. Allah maha adil dan maha pemurah dengan memberikan manusia segala pilihan yang mereka mahu, tetapi manusia itu sendiri yang tidak mahu mengambil kesempatan itu ketika di dunia ini. Semoga kita tidak termasuk ke dalam golongan manusia yang rugi ini...
Kita tidak perlukan GPS untuk memilih jalan yang betul ke akhirat kerana Al-Quran yang Allah turunkan lebih lengkap dari GPS. Oleh itu, sukalah nekcun mengingatkan diri nekcun sendiri dan juga kekawan semua supaya terus mendampingi Al-Quran sebagai teman sejati kita di dunia ini kerana Al-Quran tidak akan pernah meninggalkan kita atau pun berpaling tadah dari kita.
Posted by
Nek Cun
at
14:51
4
comments
Sunday, November 14, 2010
Sabarkah aku?...Hanya Dia yang tahu!...
Hati nekcun benar-benar tersentuh setiap kali menonton rancangan Khabar Haji di Astro Oasis. Terasa bagai hendak terbang ke sana ketika itu juga bersama mereka menjadi tetamu Allah SWT lagi di Masjidil Haram dan menziarah makam Rasullullah SAW di Masjid Nabawi.
Walaupun mengerjakan Ibadah Haji merupakan satu-satunya perkara yang semua orang tahu banyak dugaan yang perlu dilalui ketika melaksanakannya, terutamanya ketika ukuf di Arafah, melontar jamrah, bertawaf dan bersa'ai, tetapi kita tidak akan pernah serik untuk mengerjakannya walaupun berkali-kali kalau ada peluang yang mengizinkan. Malah segala dugaan yang kita lalui itu bagai menjadi satu nikmat yang tidak dapat kita ceritakan apabila kita berjaya mengharunginya sehingga kita selesai mengerjakan ibadah rukun Islam yang kelima itu dengan segala kesabaran dan kesempurnaan.
Sabar adalah satu sifat yang perlu ada dalam diri setiap muslimin dan muslimat, tidak kira ketika mengerjakan ibadah Haji atau pun di mana sahaja, selagi kita bernyawa. Ada ustaz memberitahu bahawa sifat sabar itu adalah wajib kerana Firman Allah yang mengatakan 'Sabar adalah separuh dari Iman'.
Apabila sabar adalah separuh dari iman, maka untuk menjadikan seseorang itu beriman dan bertakwa kepada Allah, ia wajiblah mempunyai sifat sabar dalam dirinya selain amalan-amalan lain yang wajib ia laksanakan.
Ingin nekcun berkongsi sedikit ilmu yang telah disampaikan oleh ustaz tentang sifat-sifat sabar ini. Secara asasnya kita wajib bersabar ketika melaksanakan perkara-perkara berikut:-
1) Sabar meninggalkan perkara-perkara yang haram dan berdosa. Memang susah untuk kita manusia meninggalkan perkara-perkara yang menjadi kegemaran kita tetapi kekadang meyalahi hukum syarak, maka di sinilah perasaan sabar itu wajib ada dalam diri kita untuk terus mendorong kita berusaha meninggalkan perkara-perkara yang haram dan berdosa. Jangan sekali-kali kita berputus asa untuk kembali ke jalan yang diredhai Allah seandainya kita telah tersasar. Kita perlu terus berusaha memperbaikki diri kita walaupun kita dicemoh, dicaci dan dipinggirkan oleh masyarakt yang kononya 'bertamadun' kerana kita menghindari perkara yang haram dan berdosa.
2) Sabar di dalam mengerjakan perkara-perkara ta'at atas perintah Allah. Tidak dapat dinafikan bahawa memang susah untuk kita melaksanakan perintah Allah tanpa sebarang dugaan dan halangan. Contoh yang paling mudah adalah menjaga solat 5 waktu. Berapa ramai di antara kita yang tidak dapat menjaga solatnya dengan baik dan sempurna kerana melebihkan kepentingan duniawi dari perintah Allah itu. Maka di sinilah sifat sabar itu benar-benar kita perlukan supaya kita tidak akan merasa susah di dalam mengerjakan apa juga perintah Allah. Ibadah Haji dan ibadah qurban adalah contoh beberapa ibadah yang akan menguji kesabaran kita sebagai umat muslimin dan muslimat.
3) Sabar atas ketibaan musibah-musibah dari Allah. Ini juga adalah salah satu ujian Allah yang ramai antara kita tidak dapat menerimanya dengan redha. Sesungguhnya Allah yang maha mengetahui segalanya, Dia yang menjadikan kita maka Dia yang mengetahui segala keupayaan dan kelemahan kita. Percayalah!... Allah hanya akan menguji kita dengan kedatangan musibah yang kita upaya menghadapinya sahaja. Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang, maka kalau kita diuji dengan musibah, pasti ada hikmah atau nikmat di sebaliknya yang Allah hendak beri pada kita. Kalau tidak di dunia, kita pasti akan mendapatnya di akhirat. Oleh itu, wajiblah kita bersabar atas ketibaan musibah dari Allah kerana sekiranya kita bersabar, maka pastinya Allah tidak akan menganiaya hambanya yang bersabar.
Sempena Hari Raya EidilAdha atau Hari Raya Qurban tidak lama lagi, sukalah nekcun mengingatkan diri nekcun sendiri dan juga kekawan yang dikasehi agar kita meningkatkan kesabaran kita dan jadikanlah ialah sebagai pembantu kita di dalam mengharungi hidup yang sementara sahaja di dunia ini. Semoga berkat sabar dan takwa kita kepada perintah-perintah Allah SWT, kita akan beroleh kenikmatan dan kesejahteraan yang berkekalan di akhirat kelak. Wallahualam!...
Posted by
Nek Cun
at
16:00
2
comments
Friday, October 29, 2010
Sanggupkah kita berQurban?...
Pejam celik pejam celik kita sudah pun hampir kepada bulan Zulhijjah tidak lama lagi. Bulan yang memberi pahala ‘pengurbanan’ bagi umat Islam iaitu pengurbanan dari segi penyerahan jiwa dan hati kepada Allah dan juga pengurbanan tenaga di dalam melaksanakan rukun-rukun ibadah Haji. Disamping itu, bagi umat Islam lain yang tidak berkesempatan melakukan ibadah Haji juga adalah digalakkan ‘berqurban’ dengan menyembelih binatang ternakkan berkaki empat untuk diberi makan kepada fakir miskin dan insan-insan yang memerlukan.
Adapun perkataan ‘Qurban’ adalah diambil dari perkataan Arab ‘Qarib’ iaitu dekat atau rapat. Maka ‘Qurban’ yang dilakukan pada 10 Zulhijjah dan hari-hari Tasyriq adalah mendekatkan atau merapatkan diri dengan Allah. Adalah dijelaskan bahawa hukum untuk melakukan qurban ini adalah ‘sunat muaqat’ atau sunat yang dituntut bagi insan-insan yang mampu.
“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah” (Surah al-Kauthar – ayat 2).
Sebenarnya ada beberapa lagi ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW yang menuntut untuk orang-orang mukmin & mukminat mengerjakan ibadah Qurban. Jadi nekcun rasa, sebagai seorang mukmin yang sentiasa bersyukur kepada Allah, marilah kita sama-sama menginfakkan sedikit dari rezeki kita untuk melakukan ibadah Qurban pada tahun ini kerana terdapat banyak hikmah dan kebaikkan dari ibadah qurban ini seperti yang diberitahu oleh ustaz:-
1) Untuk menambahkan pahala amalan kita kerana kita tak tahu berapa banyakkah amalan kita yang telah diterima Allah.
2) Untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kita masa lalu. (Dengan syarat kita sentiasa menjaga solat dan ibadah-ibadah lainnya).
3) Untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. (Melaksanakan perintah Allah).
4) Untuk menambahkan keberkatan rezeki yang diberi Allah.
5) Sebagai tanda syukur kepada nikmat Allah.
6) Sebagai tanda kekuatan ekonomi Umat Islam
7) Sebagai menunjukkan kefahaman orang Islam terhadap ajaran Islam
8) Sebagai sedekah orang kaya (orang yang mampu) kepada orang miskin.
9) Mengikut jejak langkah syariat Nabi Ibrahim sebagaimana yang diikuti juga oleh Nabi Muhammad SAW.
10)Untuk sebagai kenderaan di akhirat.
2) Untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kita masa lalu. (Dengan syarat kita sentiasa menjaga solat dan ibadah-ibadah lainnya).
3) Untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. (Melaksanakan perintah Allah).
4) Untuk menambahkan keberkatan rezeki yang diberi Allah.
5) Sebagai tanda syukur kepada nikmat Allah.
6) Sebagai tanda kekuatan ekonomi Umat Islam
7) Sebagai menunjukkan kefahaman orang Islam terhadap ajaran Islam
8) Sebagai sedekah orang kaya (orang yang mampu) kepada orang miskin.
9) Mengikut jejak langkah syariat Nabi Ibrahim sebagaimana yang diikuti juga oleh Nabi Muhammad SAW.
10)Untuk sebagai kenderaan di akhirat.
Nekcun percaya ramai dikalangan kekawan semua adalah dari gulungan yang lebih dari mampu untuk melakukan ibadah Qurban yang tak seberapa itu, kerana jika kita boleh tanpa sebarang soal membayar bayaran bulanan sekurang-kurangnya RM68-00 sebulan untuk sewa Astro setiap bulan, maka apalah sangat kalau dibandingkan dengan harga lebih kurang RM350-00 untuk satu bahagian lembu Qurban yang hanya setahun sekali itu. Tambahan pula, kalau di dunia ini kita boleh membeli kenderaan berjenama yang beratus-ratus ribu ringgit untuk mendapatkan keselesaan ketika ke sana ke mari, mengapa kita tidak mahu mempunyai kenderaan yang canggih juga ketika meniti Siratulsirat kelak!..
Semoga apa yang nekcun coretkan ini akan dapat kita hayati bersama, sekadar nekcun ingin mengingatkan diri nekcun sendiri dan juga berkongsi sedikit ilmu dengan kekawan yang sentiasa nekcun kasehi… Marilah kita berpesan-pesan walaunpun hanya sebaris ayat!... Wallahualam…
Posted by
Nek Cun
at
21:44
6
comments
Friday, October 15, 2010
Seimbangkah makanan yang diberi?....
Dalam pada seronok menghadiri 'open house' sana sini di bulan Syawal, kini nekcun telah terpaksa kembali kepada rutin harian yang lebih menyebukkan sehingga kekadang tu rasa 24 jam macam tak cukup untuk sehari. Namun nekcun tetap bersyukur kepada Allah kerana masih memberi kesihatan yang baik dan sempurna kepada nekcun sekeluarga untuk terus hidup dan menikmati rezeki dan nikmat-nikmat Allah di dunia dan di bumi Malaysia yang aman tenteram ini walaun pun terpaksa berkejar ke sana ke sini.
Ketika nekcun makan tengahari dengan seorang kawan ketika balik dari satu perbincangan di PKNS beberapa hari lepas, ada dia mengemukakan soalan yang amat menarik perhatian nekcun yang nekcun rasakan boleh dikongsi bersama kekawan semua.
Kawan: "Hajjah tahu tak apa itu manusia?"
Nekcun: "Hai takkanlah itu pun tak tahu... manusia tu oranglah!.."
Kawan: "Mengapa Allah jadikan manusia itu ada roh, ada jasad, ada akal, ada hati dan ada nafsu?"
Hai!... dia ni nak kena ni!... sengaja nak test aku pulak!... bisik hati kecil nekcun agak bosan dengan telatah kawan nekcun seorang ni. Namun tiba-tiba hati nekcun berdetik dan teringat akan kata-kata seorang ustaz pada satu kelas Ilmu yang nekcun pernah ikuti.
1) Manusia perlu ada roh dan jasad kerana kalau ada roh sahaja tanpa jasad, ia bukan manusia tetapi Jin, dan jika ada jasad tetapi tidak ada roh, ia adalah mayat.
2) Manusia ada akal kerana kalau manusia yang tidak ada akal dia adalah sama macam haiwan kerana manusia yang tidak berakal adalah manusia gila, tidak boleh berfikir.
3) Manusia perlu ada hati kerana hati yang akan menimbulkan perasaan dan perasaan itu akan mendorong akal untuk menguasai seluruh gerak laku manusia. Tanpa hati dan perasaan manusia tidak akan merasakan apa-apa di atas kejadiannya.
4) Manusia perlu ada nafsu kerana tanpa nafsu, tiada apa yang akan dapat membezakan antara manusia yang beriman atau sebaliknya. Nafsu juga sebagai penggerak atau pencabar kepada akal dan hati untuk berfungsi dengan betul.
Nekcun: "Oooh!... you sengaja nak test saya ya?" nekcun menempelak sambil tersenyum.
Kawan: "Bukan test tetapi sengaja nak mengimbau kembali apa yang ustaz dah cerita hari tu! I tahu kalau kita tak ingat mengingati begini, kita akan lupa apa yang ustaz ajar, betul tak? Eeemm... sedap juga lauk kat sini ya!... oh ya!... apa yang kita makan ini adalah makanan yang seimbang yang diperlukan oleh jasad kita, jadi apakah makanan-makanan seimbang untuk roh, akal, hati dan nafsu?"
Nekcun: "Hei!... you asyik nak suruh I jawab!... kali ni you jawablah pulak!..." nekcun menyarankan.
1) Makanan yang baik untuk roh adalah amalan-amalan soleh dan juga amalan-amalan yang disyariatkan oleh Islam sebagaimana yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadith. Amalan membaca Al-Quran juga akan menjadikan Roh sehat dan tenteram.
2) Makanan yang baik untuk akal adalah Ilmu iaitu 'ilmu Duniawi dan ilmu Ukhrawi'. Tanpa Ilmu yang betul, akal tidak akan dapat berfikir dengan baik. Ilmu yang dipelajari juga perlu diseimbangkan antara ilmu keperluan dunia seperti ilmu Science, Methametik dll dan juga ilmu keperluan untuk menuju ke akhirat iaitu Ilmu Ugama seperti Tauhid, Fiqh, Tasauf dan segala yang berkaitan syariat Islam.
3) Makanan yang seimbang untuk hati adalah Iman dan Takwa. Apabila manusia beriman dan bertakwa kepada Allah, maka tidak akan ada rasa hasad dengki dalam hatinya, tidak akan ada rasa marah atau tidak redha akan apa yang berlaku dalam kehidupannya. Iman dan Takwa yang kukuh akan menjadikan hati sentiasa bersyukur dan redha maka ia akan menghilangkan rasa stress dan menghindarkan segala penyakit dalam hati. Dengan Iman dan Takwa, manusia akan sentiasa dekat kepada Allah.
4) Makanan yang seimbang untuk nafsu adalah tidur & berkahwin. Ketika tidur, nafsu manusia akan berada dalam keadaan yang normal dan terkawal dari nafsu yang berlebihan, manakala melalui perkahwinan akan dapat memenuhi segala kehendak nafsu fikrah seorang manusia dan akan menjauhkan manusia dari kejahatan maksiat.
Begitulah sedikit sebanyak yang nekcun dan kawan nekcun bincangkan ketika kami memberi makanan seimbang untuk jasad kami. Namun, kami tetap masih berusaha untuk menseimbangkan makanan-makanan untuk roh, akal, hati dan nafsu kami kerana kalau ada di antara salah satunya tidak mendapat makanan yang seimbang atau sepatutnya, mungkin perjalan kehidupan kita untuk menuju alam akhirat akan pasti bertemu dengan banyak onak dan duri yang kalau tidak betul-betul diperbaikki, ianya mungkin akan menjadikan kita sebagai manusia yang rugi ketika kembali kepadaNYA kelak.
Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kita sendiri. Marilah kita ingat mengingati walaupun hanya sebaris ayat..... Semoga kita semua akan mendapat makanan yang seimbang yang diperlukan oleh roh, jasad, akal, hati dan nafsu kita!..
Posted by
Nek Cun
at
15:03
1 comments
Friday, October 1, 2010
Betul ke Raya sebulan?....
Hari raya adalah hari di mana ramai kaum keluarga dan sahabat handai akan dapat bertemu dan mengiratkan lagi siratulrahim. Begitulah juga keluarga nekcun dan juga keluarga di sebelah Atok.
Hari raya kali ini, keluarga sebelah Atok telah mengadakan perjumpaan keluarga semua adik beradik dan anak cucu-cicit mertua di sebuah hotel di Sungai Petani. Memang seronok bila sekali sekala semua ahli keluarga dapat berkumpul. Riuh rendah dibuatnya di sekeliling ruang di tepi kolam renang hotel itu ketika majlis perjumpaan keluarga itu diadakan kerana lebih kurang 120 orang kaum keluarga kami telah menghadiri perjumpaan tersebut, dari yang tua sampai yang baby. Almaklumlah, Atok mempunyai 8 orang adik beradik dan Atok pula adalah yang no. 7, sedangkan Atok pun dah bercucu, maka apatah lagi semua kakak dan abang beliau semuanya dan beranak pinak dan bercucu-cicit. Itulah yang menjadikan perjumpaan keluarga itu seronok dan menggembirakan.
Ketika kembali di rumah nekcun di Shah Alam, nekcun dan atok pun tak berhenti juga dapat jemputan 'open-house' di sana sini hingga dapor rumah nekcun macam dah merajuk pulak kerana nekcun tak gunakan dia agak lama!... hehehe...
Kalau Ramadhan sebulan, maka meraikan Syawal pun sebulan jugalah!... begitulah rata-rata nekcun mendengar gurau senda kekawan apabila bertemu ketika meraikan beberapa 'open house' yang sempat nekcun kunjungi.
Memang tak salah kita meraikan hari raya di bulan Syawal ini sebulan penuh sebagai meraikan kemenagan kita setelah berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, tetapi... adakah kita merayakan Syawal ini mengikut amalan-amalan yang seharusnya supaya amalan yang telah kita laksanakan di sepanjang Ramadhan berjaya diterima Allah atau sebaliknya?
Ustaz ada memberikan beberapa perkara yang harus kita lakukan semasa meraikan kedatangan Syawal
agar Ramadhan kita tetap terpelihara dan keriangan menyambut hari raya kita pula akan tetap mendapat keberkatan:-
agar Ramadhan kita tetap terpelihara dan keriangan menyambut hari raya kita pula akan tetap mendapat keberkatan:-<> gambar nekcun, atok, anak2, menantu2 dan cucu <>>
1) Lakasanakanlah puasa Sunat 6 hari di bulan Syawal kerana pahalanya adalah bagaikan kita berpuasa sepanjang tahun. Janganlah kita tidak melakukan puasa sunat hanya kerana terpaksa memenuhi undangan 'open house' setiap hari!...
2) Menziarahi kaum keluarga terutamanya kedua ibu bapa dan saudara mara yang lebih tua.
3) Mengiratkan siratul-rahim antara sesama Islam - utamakan yang rapat dan yang dekat (lebihkan saudara mara dan jiran tetangga) perlu diziarahi dahulu atau dipanggil untuk 'open house'. Jangan kita panggil kekawan yang jauh sedangkan jiran sebelah rumah kita lupakan.
4) Teruskan menjaga dan jangan abaikan waktu solat walau pun kita sibuk dengan amalan ziarah menziarahi dan menghadiri 'open house'. Adap bersalaman dengan maharam dan bukan mahram juga perlu dijaga kerana yang haram tetap haram walaupun ketika meraikan hari raya.
5) Mengasehi, memberi dan menyantuni fakir miskin dan anak-anak yatim. Lebih elok sekiranya 'open house' kita dapat menggembirakan juga mereka-mereka ini. Adat memberi duit raya atau 'angpow' juga akan lebih bermakna dan berkat sekiranya diutamakan kepada gulungan ini daripada kepada anak-anak saudara yang ibu bapanya sudah sedia orang yang berada dan mampu.
6) Memperbaiki hubungan dan menyelesaikan permasalahan sekiranya ada terdapat selisihan faham sebelum itu. Berma'af-ma'afanlah agar siratulrahim akan dapat disambung kembali.
Begitulah sedikit sebanyak yang dapat nekcun kongsikan dengan kekawan, sekadar ingat mengingati....
Di hari yang mulia ini, sukacitalah nekcun menjemput semua kekawan yang sudi dan ada kelapangan datang ke teratak nekcun di Shah Alam. Nekcun tidak membuat sebarang 'open house' yang khusus tetapi rumah nekcun sentiasa terbuka kepada kekawan!... Semoga Allah akan sentiasa memberkati persahabatan kita dan akan menerima segala amalan kita selama ini.
"Kueh tat dalam tin. Ma'af zahir batin!..."
Posted by
Nek Cun
at
14:53
8
comments
Thursday, September 23, 2010
Tak sama dengan Malaysia tanah airku!..
Hujan emas di tempat orang, hujan batu di tempat sendiri, walau apapun keadaannya sedap lagi di tempat sendiri! Itulah ungkapan Melayu yang nekcun sekeluarga dapat rasakan ketika jauh dari Malaysia!…
Nekcun rasa, masih tidak terlambat untuk nekcun mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MA’AF ZAHIR BATIN kepada kekawan semua.
Nekcun juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan ma’af dari kekawan kerana tidak dapat membalas kad-kad dan juga SMS ucapan selamat hari raya yang telah dikirim /dihantar kepada nekcun disebabkan beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun, ketahuilah bahawa nekcun amat menghargai semua kiriman kekawan itu dan nekcun berharap agar persahabatan yang terjalin akan terus kekal sehingga ke akhir hayat….
<> teringat masa honeymoon dulu... hehehe...
<> Atok sempat ambil dan rasa buah kurma yang fresh tu!...
<> Terlupa sekejap yang cucu ada kat depan tu tengok Tok ayah & Tokma dia posing!... hehehe...
Posted by
Nek Cun
at
12:45
2
comments
Subscribe to:
Comments (Atom)


