Ketika sampai di pejabat pagi tadi, aku telah dikejutkan dengan sejambak bunga dan sekotak chocolate Ferrera Rocher kegemaranku terhias indah di atas mejaku. Berdetik juga hati bertanya, siapakah gerangan yang memberiku semua ini kerana seingat aku tiada apa-apa yang istimewanya hari ini. Tanpa membuang masa aku segera menyelak kad kecil yang tertampal di jambangan bunga itu lalu membacanya dengan penuh syahdu...
Indahnya Dunia hanya sementara
Indahnya Cinta hanya seketika
Indahnya Mimpi kadang tak pasti
Tapi…
Indahnya Persahabatan sukar di cari ganti!...
Selamat Hari jadi, walau pun agak terlambat mengucapkannya!... (kerana berada di luar kawasan semasa hari jadi mu tempoh hari!)
Hatiku jadi benar-benar terusik dengan kata-kata yang singkat tetapi penuh makna buat ku. Walaupun kami jarang bersua muka, salam di kirim hanya melalui e-mail atau SMS sahaja, tapi dia tidak pernah melupakan hari jadi ku dari mula dia mengenali ku sejak hampir tiga puluh tahun dahulu! Itulah indahnya persahabatan yang sejati...
Wahai sahabatku... akan ku abadikan kenangan indah kita bersama sehingga ke akhir hayatku!... semoga keikhlasan dan kemesraan persahabatan kita akan membawa kita ke Syurga Firdaus yang sering menggamit kita setiap waktu.... InsyaAllah!
Tuesday, April 15, 2008
INDAHNYA PERSAHABATAN
Posted by
Nek Cun
at
10:40
2
comments
Thursday, April 10, 2008
Don't Hold Your Problems Too Long, it's painful !!!
When you leave you office today
Study this small story,
Hope that makes a BIG change in YOU !!!!
Professor began his class by holding up a glass with some water in it.
He held it up for all to see & asked the students
“How much do you think this glass weighs?”
'50gms!' .... '100gms!' .....'125gms' …the students answered.
“I really don't know unless I weigh it,” said the professor, “but, my question is:
What would happen if I held it up like this for a few minutes?”
“Nothing” …..the students said.
“Ok what would happen if I held it up like this for an hour?” the professor asked.
“Your arm would begin to ache' said one of the student”
“You're right, now what would happen if I held it for a day?”
“Your arm could go numb, you might have severe muscle stress & paralysis & have to go to hospital for sure!” ventured another student & all the students laughed
“Very good. But during all this, did the weight of the glass change?”asked the professor.
'No‘…. Was the answer.
“Then what caused the arm ache & the muscle stress?”
The students were puzzled.
“What should I do now to come out of pain?” asked professor again.
“Put the glass down!” said one of the students
“Exactly!” said the professor.
Life's problems are something like this.
Hold it for a few minutes in your head & they seem OK.
Think of them for a long time & they begin to ache.
Hold it even longer & they begin to paralyze you. You will not be able to do anything.
It's important to think of the challenges or problems in your life,
but EVEN MORE IMPORTANT is to ‘PUT THEM DOWN' at the end of every day before You go to sleep.
That way, you are not stressed, you wake up every day fresh &strong & can handle any issue, any challenge that comes your way!
So, When you leave office today,
Remember friends to…
'PUT THE GLASS DOWN TODAY! '
What written in the e-mail had really touched my heart!... I can’t hold the hate that I have on him any more!... It makes me more painful rather than to forget him… Thus, from now on… “I’ll put the glass down” as to ensure I’ll live happily without holding anything to other peoples. How about you, all my friends? Aren’t you like to do the same? May be we can discuss & share the impact of this story together…
Posted by
Nek Cun
at
08:17
0
comments
Tuesday, April 1, 2008
MENGAPA BEGITU AKHIRNYA?....
Pada peringkat awal kehidupannya, dia terlalu dikongkong oleh keluarga yang mahukan semua yang terbaik untuknya. Dan dengan itu juga dia berjaya menjadi salah seorang kanak-kanak yang genius. Namun apa yang dirancang dan diharapkan oleh ibu bapanya itu telah menjadi sebaliknya apabila Sufiah merasakan kongkongan yang begitu ketat membuatkan hatinya memberontak.Sufiah mencari jalan hidupnya sendiri. Namun apa yang terjadi kini adalah sesuatu yang amat merugikan dirinya sendiri.
Kisah Sufiah ini sedikit sebanyak telah memberi pengajaran kepada kita sebagai ibu bapa. Marilah kita pandang ke belakang dan melihat apa yang sebenarnya berlaku…
Pada awal-awal lagi Sufiah hanya diajar dan dididik ilmu keduniaan semata-mata. Dia menjadi genius pada perkara-perkara yang lahir di dunia sahaja. Otaknya hanya berfungsi untuk memikirkan perkara-perkara berkaitan keperluan kehidupan di dunia sahaja. Ibu bapanya tidak langsung menyemai atau menanam ilmu yang menuju jalan ke akhirat. Fikirannya tidak langsung disogok dengan kepentingan kehidupan rohani tetapi hanya disumbat dengan pentingnya material dalam kehidupan di dunia ini sahaja.
Oleh itu, bila fikiran dan perasaannya terlalu disogok dengan kepentingan kehidupan di dunia sahaja, Sufiah tidak dapat mengawal pemikiran sendiri apabila keadaan terlalu menekan. Dia tidak tahu kepada siapa dia harus memohon pertolongan! Dia tidak tahu bahawa ketika di dalam kesusahan, hanya ALLAH yang akan sentiasa bersedia membantu makhluknya di dunia ini. Sufiah tidak pernah dikenalkan kepada pentingnya KESYUKURAN, QADA & QADAR!... apabila hati telah buta dari pengetahuan itu, maka tidak mustahil dia akan mengambil tindakan yang diluar kawalan pemikirannya!
Dalam perkara ini, siapakah yang harus dipersalahkan? Apa yang saya nyatakan di atas adalah merupakan pandangan dan analisa peribadi saya sahaja berdasarkan maklumat-maklumat yang diceritakan oleh media. Namun ianya saya rasa sudah cukup untuk kita mengambil iktibar di dalam mendidik anak-anak kita. Pendidikan kanak-kanak perlulah seimbang antara kepentingan kehidupan dunia dan juga kehidupan di alam akhirat. Dengan kekuatan iman dan pengetahuan hukum hakam ugama, InsyaAllah, anak-anak kita akan boleh menilai yang mana baik dan yang mana buruk ketika menghadapi sesuatu keadaan yang mungkin menekan perasaan mereka. Sekiranya tiada pengetahuan ugama, maka tidak mustahil mereka kehilangan jati diri & pegangan hidup dan seterusnya sanggup melakukan apa sahaja untuk meneruskan hidup di dalam dunia yang penuh pancaroba ini.
Marilah kita renung-renungkan cerita yang amat menyedihkan ini. Semoga anak-anak atau kita sendiri tidak akan menjadi insan yang suatu ketika amat dibanggakan kerana kepintarannya tetapi akhirnya kecundang ke lembah kehinaan… Na’uzubillah!...
Posted by
Nek Cun
at
23:17
1 comments
Monday, March 31, 2008
SALAH SIAPAKAH INI?
Hati wanita ku menjadi begitu sedih dan pilu bila melihat seorang sahabat ku yang dahulunya ceria dan anggun tetapi sekarang sedang menanggung derita jiwa. Aku amat terkejut melihat wajahnya yang agak cengkung dan tubuhnya semakin kurus ketika kami bertemu di sebuah pusat membeli belah baru-baru ini.
Telah menjadi tabiat ku, setiap kali bertemu sahabat lama, aku mesti bertanya : Berapa orang anak you sekarang? Hubby you mana? Macam mana keluarga sekarang? Soalan-soalan ini seolah telah menjadi lumrah di kalangan wanita-wanita yang berkeluarga kalau telah lama tidak bertemu.
Ketika aku menyuarakan soalan lazim itu, ku lihat wajah sahabat ku yang seketika tadi agak ceria bertukar menjadi sedih dan murung. Perasan akan perubahan itu dan aku yakin mesti ada sesuatu yang telah berlaku terhadapnya, aku segera mengajaknya ke sebuah restoran untuk berbual lebih panjang. Aku berbisik kepada suamiku yang kami memerlukan masa sebentar untuk perbincangan perempuan dengan perempuan sahaja, maka suami ku dengan senang hatinya menuju ke kedai kesukaanya – apa lagi kalau bukan kedai alat-alat sukan!.
“Beruntung you dapat hubby yang penyayang dan boleh bertolak ansur begitu!” ujar sahabat ku sebaik sahaja kami tinggal berdua.
“Eh… hubby you pun apa kurang? Ingat dulu masa kita buat alumnai di Langkawi, bukan main gentleman lagi hubby you!” aku cuba mengingatkan kenangan manis kami bersama.
“Itu dulu!... sekarang semua itu sudah tiada! Semuanya tinggal mimpi sahaja dalam hidupku” katanya perlahan.
“Maksud you?” aku cuba merisik.
“Kami dah bercerai tiga tahun lalu!”
“Dalam umur-umur kita yang begini pun, you all sanggup bercerai?” Aku tidak dapat menerima hakikat apa yang dikatakannya!
“Memang I tidak pernah menduga ianya akan terjadi, tapi bila telah terjadi begini, apa yang boleh I buat? Kuasa talak itu di tangan dia, bukan di tangan I” ujar sahabatku dengan penuh kesal.
Setelah hampir setengah jam bercerita, aku jadi amat terharu dengan penderitaan yang dialami oleh sahabatku itu. Hati ku bagai tidak percaya mengapa seorang lelaki yang bernama suami sanggup menyiksa batin seorang wanita yang pernah berkorban untuknya selama ini, hanya kerana wanita itu tidak mampu melayan serakah nafsunya seperti dahulu akibat penyakit yang dihidapinya.
Baru ku tahu yang sahabat ku itu pernah mengalami komplikasi semasa melahirkan anak bungsu mereka dan sebab itu uterus nya perlu dibuang. Tanpa dia menyedari, semasa dalam proses pemulihan yang mengambil masa berbulan-bulan, suaminya telah membuat hubunga sulit dengan seorang gadis sepejabat dengannya. Bertahun jugalah suaminya menipunya begitu. Kerana tidak mahu bermadu, gadis itu telah memaksa suami sahabat ku itu menceraikannya. Bukan takat bercerai sahaja, malah semua harta sepencarian dan nafkah untuk anak mereka yang empat orang itu pun, tidak dibenarkan oleh isteri mudanya, almaklum sahajalah, gaji bekas suami sahabat ku itu bukanlah banyak sangat! Malahan selama ini sahabt ku itu yang banyak menanggung keluarga mereka kerana gaji dan pangkatnya lebih tinggi dari suaminya.
Rupa-rupanya sekarang ini sahabat ku ini tengah penat turun naik mahkamah syariah untuk menuntut kembali harta sepencarian dan juga nafkah anak-anak yang tidak pernah diberikan semenjak mereka bercerai dahulu. Aku menjadi amat belas melihatnya dan hati ku jadi radang dengan sikap pihak yang berkuasa yang seolah tidak mengambil berat akan kesengsaraan yang ditanggung oleh ibu-ibu tunggal seperti sahabatku ini. Bayangkan, mereka telah bercerai hampir tiga tahun, tapi kes pembahagian harta sepencarian dan nafkah anak-anak masih belum selesai. Nasib baiklah sahabatku ini mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang kukuh, kalau tidak macam manalah dia mahu menyara anak-anak yang empat orang itu?
Bagaimanakah kalau anda semua di tempat sahabat ku ini? Siapakah yang harus dipersalahkan di dalam perkara ini sekiranya anak-anak mangsa perceraian ini menjadi punca gejala sosial di kalangan remaja seperti penagih dadah, mat rempit atau lain-lainnya? Haruskah mereka juga dipersalahkan? Pendapat dan komen anda semua adalah dialu-alukan.
Posted by
Nek Cun
at
18:16
0
comments
Thursday, March 20, 2008
Noktah sebuah penantian
Setiap kali ku dengar suaramu
Hati ku bergetar tidak menentu
Ingin berbicara terasa malu
Ku biar rinduku terus berlalu…
Hari ini kita bertemu lagi
Cuba melempias rindu di hati
Tapi…
Kau bagai tidak mahu mengerti
Segala derita yang ku alami…
Hati ku sering bertanya…
Mengapa dia yang ku harapkan
Namun….
Bila sayang sudah bertandang
Tiada apa yang mampu menghalang…
Sering ku ingat pesanan taulan
Bahawasanya…
Penantian itu satu penyeksaan
Namun…
Ku tetap yakin pada takdir
Tentu ada sebab kita dipertemukan!
Wahai insan yang ku sayang…
Ketahuilah…
Bahawa aku tidak mudah mengalah!...
Walau beribu badai mendatang
Aku tetap yakin…
Walaupun seribu tahun lagi…
Kau pasti akan kembali
Untuk menoktahkan penantianku ini…
Posted by
Nek Cun
at
22:50
0
comments
Thursday, March 13, 2008
NOSTALGIA
(Untuk sahabat yang ku kenali di Brunei)
Detik pertemuan kita
Ketika itu aku jatuh cinta
Pandang pertama!...
Setelah mengenalimu
Kini ku sedari
Pelbagai rintangan dan cabaran
Harus ku lalui
Untuk terus kekal bersamamu
Onak duri telah ku tempuhi
Suka duka, pahit manis ku rasai
Semuanya bagaikan mimpi
Suaramu bagaikan ombak rindu
Tawamu penawar sendu pilu ku
Walau pun ia hanya sebentar
Membuat hatiku sentiasa bergetar….
Masa berlari begitu pantas
Kini…
Perpisahan menjelma jua…
Berat rasanya untuk meninggalkanmu
Kerana kaulah yang teristimewa
Sa’at-sa’at indah bersamamu
Akan ku abadikan
Nostalgia kita bersama…
Posted by
Nek Cun
at
12:24
0
comments
Friday, February 22, 2008
YOU ARE MY FRIENDS
Do you know the relation between your two eyes?
They blink together
They move together
They cry together
They see things together
And they sleep together
… Even though they never see each other!
Friendship should be just like that!!!!
Life may be ‘hell’ without friends…
I’m happy to be your friend
Even though if you have never think about it before…
Sharing experiences with friends are great…
Look for it at “MENGGAMIT SYURGA FIRDAUS”
Posted by
Nek Cun
at
07:42
0
comments
Monday, February 11, 2008
Antara Tugas Dan Tanggungjawab
Mengapa kau kata begitu? Adakah kalau kau dah bersara dan menjadi surirumah sepenuh masa, beban tugas kau tidak akan seteruk kalau kau bekerja? Saya bertanya, ingin tahu sebabnya.
Sebagai surirumah, aku boleh “outsourced” separuh tugas aku kepada “bibik”, jadi apa yang aku perlu pastikan sekarang hanyalah tanggungjawab sahaja!.. tapi kalau sebagai guru, tugasnya tidak boleh di “outsourced” dan tanggungjawabnya pun berat juga… jawabnya selamba. Saya menggaru kepala yang tidak gatal untuk memahami kata-katanya.
Kalau sekali dengar, memang kita tidak dapat mengesani perbezaan antara keduanya. Terutamanya bagi insan-insan yang bekerjaya, tugas dan tanggugjawab adalah merupakan perkara rutin yang mesti dilaksanakan. Namun kalau dihalusi, memang terdapat perbezaan dan pengertian yang besar antara keduanya.
Tidak mahu mengaku kalah, saya terus menganalisa kata-kata kawan saya itu, dan akhirnya saya dapat membuat rumusan sendiri. Tugas adalah sesuatu yang perlu kita laksanakan tak kira samada menggunakan daya fikiran atau pun kekuatan fisikal. Tugas juga merupakan suatu perkara yang perlu diselesaikan secara lahiriah, manakala tanggungjawab pula adalah perasaan yang perlu ada di dalam memastikan tugas yang dilaksanakan dapat memberi impak dan kesan yang boleh dirasa, tidak kira samada yang dapat dilihat secara lahiriah atau pun perasaan dalaman dari tugas yang telah kita laksanakan itu.
Contohnya, tanggungjawab seorang isteri adalah memastikan pakaian suaminya sentiasa bersih dan kemas, maka tugas isteri pula ialah mencuci dan menguruskan pakaian suaminya dengan sewajarnya. Di sini kita dapat lihat akan dua fungsi yang berbeza dari satu perkara yang sama. Mungkin sebab itu jugalah sahabat saya tadi menyatakan bahawa separuh dari tugasnya sebagai suri rumah boleh di “outsourced” kepada pembantu rumah tetapi tanggungjawab sebagai suri rumah, hanya dia yang tahu sejauh mana keperluannya! Begitu juga bagi seorang suami, tanggungjawabnya adalah mempastikan segala keperluan keluarganya dapat disediakan dalam mendidik dan menguruskan keluarganya dengan sempurna, maka tugasnya pula ialah pergi bekerja mencari rezeki bagi menampung keperluan tersebut.
Begitu juga di dalam dunia pekerjaan. Contohnya tugas seorang akauntan adalah menyediakan lapuran kewangan syarikat dengan betul, manakala tanggungjawabnya pula ialah memastikan kedudukan kewangan syarikat sentiasa terjamin pada setiap masa.
Itulah beberapa contoh dan rumusan yang dapat saya fikirkan. Namun rumusan di atas hanyalah pandangan peribadi saya sahaja. Mungkin kawan-kawan yang lain mempunyai idea atau pandangan yang lain yang boleh kita kongsikan bersama. Pandangan dan komen kekawan semua amatlah dialu-alukan.
Posted by
Nek Cun
at
17:55
2
comments